Julia suka makan buah delima, siapa suka angkat tangan? Buah delima ni khas suami beli dari Hatyai kebetulan dia bawa group bercuti di sana boleh kirim padanya. Delima memang banyak khasiatnya, tapi awas tak semua orang boleh ambil buah ini jika ada simptom seperti dibawah. Julia ingat buah ni boleh je diambil pada bila-bila masa, rupa-rupanya kalau sakit macam selsema atau batuk pun paling elok kena elakkan. Kalau tengah makan ubat doktor pun jangan lah makan buah ni, sebab dia boleh potong unsur ubat-ubat tu kan. 

Huhhh kuatnya khasiat buah delima ni, kalau nak cantik luar dalam beli lah buah delima sekali sekala. Makan waktu bekerja atau dirumah, tapi julia suka bawa ke tempat kerja so agak fokus makan perlahan-lahan. Kalau di rumah sampai esok pun belum tentu buah ni terusik. Jom baca sumber dibawah. Semoga tambah ilmu.


4 Peringatan Tentang Pengamalan Buah Delima
Sebelum anda mengamalkan pemakanan buah delima, anda perlu mempertimbangkan beberapa perkara kerana buah ini boleh memberikan kesan yang negatif sekiranya anda tidak mengikut senarai di bawah:


1. Jus delima tidak digalakkan diambil oleh orang yang sedang mengalami selesema, batuk, cirit birit ataupun penyakit yang berkaitan.

2. Jus delima mempunyai anti oksida yang boleh merendahkan tekanan darah. Oleh itu, sekiranya anda sedang mengambil ubat tekanan darah dari doktor anda, anda tidak digalakkan untuk meminum jus delima ini. Hal ini kerana berbuat demikian boleh menyebabkan anda mendapat tekanan darah yang sangat rendah (hypotension).

3. Orang yang mempunyai alahan pada sesetengah tumbuhan dan asma ada kemungkinan mempunyai alahan pada buah ini. Alahan yang biasa adalah muntah, mata berasa gatal dan kesukaran bernafas.


4. Buah delima boleh mengganggu kesan beberapa ubat, terutamanya ubat kolestrol.


3 Kajian Kes Ke Atas Khasiat Buah Delima

Sekiranya anda tertanya-tanya, betul ke buah ini mempunyai banyak khasiat? Percayalah bahawa sudah ramai pakar penyelidik melakukan kajian terhadap buah ini, bahkan sejak zaman dahulu lagi. Berikut adalah salah satu daripadanya.

1. Kanser Prostat

Satu kajian pada 2006 telah menemui bahawa meminum 227ml jus buah delima setiap hari boleh melambatkan perkembangan kanser prostat lelaki. Namun, walaupun kajian tersebut dilakukan dengan penuh teliti, terdapat beberapa pihak yang tidak bersetuju dan meminta beberapa kajian tambahan untuk menyokong penemuan ini.

2. Arteri yang sempit (Carotid Artery Stenosis)

Satu kajian telah dilakukan pada 2004 tentang pesakit Carotid artery stenosis, mendapati bahawa pengambilan 50ml jus delima setiap hari selama 3 tahun boleh mengurangkan kesan buruk kolestrol kepada arteri sebanyak 50%, dan boleh menghalang perbentukan kolestrol dalam badan.

3. Masalah Jantung

Satu kajian telah dibuat pada 2005 ke atas 45 pesakit yang mempunyai masalah jantung. Mereka diberi minum 238ml jus delima selama 3 bulan dan hasilnya sangat memberansangkan. Peredaran darah mereka semakin baik dan risiko sakit jantung semakin berkurang.(Sumber: http://www.panduansaya.com/)

Sampai sekarang nenek Qaiser ilman suka sangat amalkan minuman jus buah delima, sampai berkotak-kotak menantu baru dia beli khas untuknya. Sampaikan Qi pun turut suka minum jus delima, hmmm tu baru 3 tahun tu dah pandai minum, uminya masih bertatih nak minum, tapi lebih suka makan buah delima merah yang fresh masak di pokok sedapnya manisnya Allah yang tahu. 

Jom Amalkan Buah Delima.

14 Comments

  1. Sedap delima ni.semalam suruh abah beli.abes sebijik layan makan dgn anak bujang.

    ReplyDelete
  2. elok makan buah delima masa pregnant.. nanti baby kemerah2an..

    ReplyDelete
  3. Baru tau ada yg tak boleh makan buah delima..

    ReplyDelete
  4. Nani pun suka makan buah delima, sedaap :)

    ReplyDelete
  5. Kakak boleh katakan tiap minggu mesti beli buah delima tapi baru tahu info ini Ju
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Baru tahu. Terima kasih kak juju hee

    ReplyDelete
  7. Makanan Sunnah kan? Makanan yang disukai oleh Nabi Mohammad saw mestilah yang terbaik.Jadi kalau nak jadi orang baik, kita kena ikut cara beliau dalam kehidupan harian kita

    ReplyDelete
  8. Ena sukaaa... terutama time ena batuk, lepas makan buah ni time batuk, lega je rasa kerongkong

    ReplyDelete
  9. peberet ni..buah delima mmg byk sgt khasiat..tp tu laa..mcm yg ju ckp tu, boleh rendahkan tekanan darah..yg slalu darah rendah kene hati2 la..

    ReplyDelete
  10. Sebelum nie dok igt buah delima nie bagus utk semua penyakit..rupanya ada jugak yg tak yer... Thanks 4 sharing jue..:)

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)