Terpegun Fesyen Baju Kerabat Diraja Brunei | Julia Johari
Booking.com

Terpegun Fesyen Baju Kerabat Diraja Brunei

Pasangan Diraja, Pengiran Muda Abdul Malik, 31, selamat di ijab kabulkan dengan pasangannya, Dayangku Raabi’atul Pengiran Haji Bolkiah, 22, di hadapan tetamu yang terdiri dari kerabat diraja dan jemputan khas.
Dari semalam, teringin nak ketahui pesona negeri Brunei, ada cita-cita nak travel ke Brunei, cita-cita jelah, bila tu tak tahu lagi. Yang buat julia suka sangat dengan Negara Brunei ni adalah adat istiadatnya yang sangat kaya dan sangat bertatasusila. Itu yang cair tu, teringin lah suatu hari nanti dapat bergambar di luar perkarangan Istana Nurul Iman yang terletak di Bandar Seri Begawan. Pasti gah kan Istananya. 

Lihat pakaian Dayangku Raabi'atul Pengiran Haji Bolkiah diatas, lawa kan sepersalinannya, warna kuning emas yang turut dihiasi permata, kemudian memegang sejambak bunga yang digubah dari batu berlian tulen. [Tiup kuku] Fuhhh kelip-kelip mata i tau hehehe.

Pelamin pasangan Diraja ini pun disaluti emas, 7 hari 7 malam diraikan secara gilang-gemilang, memang hebatlah pasangan anak-anak Diraja Brunei. Tengoklah kasut tu, menyarungkan sepasang sepatu jenama mewah Christian Laboutin yang penuh diselaputi permata dan juga gelang kaki yang diperbuat dari emas tulen.

Paling buat julia terpegun, lihatlah fesyen pengantin perempuan, cantiklah baju dia, warna deep purple, design pun lawa betul walaupun sebenarna design simple je kan, tapi nampak sangat esklusif!


Jom tengok video. Pasti korang terpukau.
Penuh kesantunan dan suka lihat mereka berdua sentiasa tersenyum, bangga!
Lagi satu lihat fesyen pakaian dari tetamu jemputan dikalangan kerabat Diraja juga tau, semua hebat2, lawa2...sukaaa tgk


Rasa nak cari warna deep purple tulah buat baju, lawa lain macam hahahahha, pompuan memang suka mainan warna dan fesyen, alang-alang dah lama tak beli baju kerja ni weh...pesalahnya cari mood :)

11 comments:

  1. tapi fesyen tudung dorang selalu rase macam pelik kan..

    :)

    ReplyDelete
  2. cantik...
    teratur...
    yes la julia, kaya giler :)
    apa lagi, spend la hi hi hi...

    ReplyDelete
  3. SubhanaAllah, gahnyaa persandingan mereka... tersusun je.. cantik pula tu

    ReplyDelete
  4. identiti tersendiri...teringin jugak nak ke Brunei

    ReplyDelete
  5. sila booking warna ini utk raya haji nanti ye Jue. HIHIHI

    ReplyDelete
  6. Salam, phew...tgk video tu, mata saya terpukau pada kebesaran meja bulat tu sebenarnya..hahaha..mmg hebat...tp best, brunei is islamic :D

    ReplyDelete
  7. Cantik sangat ..deep purple tu pun warnanya mengancam sungguh

    ReplyDelete
  8. Meriah dan pastinya rasa kagum ngan diorg punya majlis kahwin

    ReplyDelete
  9. Meriah..tp tutup aurat..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. Meriahnya dan bergerlapan dengan busana pakaian yang perhiasan yang mewah2......

    ReplyDelete
  11. Cantik yang purple tu!! kasut itewww i boleh cairrrr aduhhhh

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com