Macam Mana Nak Web Check In Air Asia | Julia Johari
Booking.com

Macam Mana Nak Web Check In Air Asia

Ramai yang tak tahu dari yang tahu sebenarnya, walaupun Air Asia sekarang makin canggih bagi reminder 2 hari sebelum berlepas untuk web check in AA, tapi disebabkan belum pernah cuba buat, kena buat! Sebabnya rugi tak buat, memanglah dekat KLIA2 penuh kaunter self check in sendiri disana tapi jangan sambil lewa, kalau kita bernasib baik waktu tu dapat datang awal tak apalahkan, manalah tau tetiba mesin kat kaunter self check tu banyak yang buat hal, rosak dan tetiba hang...

Eh julia pernah terkena dah banyak kali, serius, kadang-kadang mesin tu tetiba hang, dah kena masukkan balik no e-ticket kita tu balik semula, cari mesin lain, memang banyak mesin, tapi time tu lah anak plak minta dukunglah, tangan mengigillah nak tekan nombor hahhaha (gugup lama tak naik flight nebes hahahha), time tulah tetiba jem lah, tak semua nak naik ERL weh, aku pun berkira nak naik ERL tu, sanggup naik Bas ke KLIA2, tapi mujur walaupun ada orang hantarkan tapi jangan kita pandang ianya alahhhhhh kat sana banyak kaunter jangan risau.

Malang tak berbau, walhal ia boleh dibuat simple gila awal-awal lagi, mana tahu tetiba terlambat, kes tayar kereta pecah ke, kes kereta rosak ke, kita tak boleh jangka. So baiklah kita sedia payung sebelum hujan.

Check in awal-awal untuk masa pergi dan balik. Aah waktu balik pun nanti ko check in je sekali, mudah je pun tak payah risau-risau.

Mula-mula anda pergi ke web ini click http://checkin.airasia.com/ 
Kemudian akan keluar paparan ini kan, aku mula-mula buat tadi blur hahhaha, tang family name dan surname family tu, aku masukkan nama Johari/Julia lah (salah), aku masukkan Julia/Johari (pun salah), last sekali aku terfikir, dia nak surname je, almaklumlah aku mana biasa ada nama-nama family ni, so aku letak nama bapa aku je JOHARI. Haaa baru betul. Len kali korang nak web check in jangan gatai letak nama korang sekali, key in nama BAPA sahaja. Done!

Pastu dia akan keluar penyata macam ni, flight check in pergi dan balik, alahhh korang tick je belah kiri tu dua-dua sekali untuk masa check in pergi dan balik, senang. Next....

Kot-kotlah korang nak add on baggage punya berat ke, apa-apalah, leh buat kat sini juga, tapi aku tak add on pun, banyak hand luggage je senang cepat pun cepat, yang berat2 macam baju je masuk perut kapal hehhe.

Pastu semaklah seat korang tu dok kat area mana, nanti masa nak masuk AA, tak adalah ko menerawang mencari, ko dah boleh agak, macam aku ye flight masuk je pandang belah kanan, cari nombor 15A, sonang.

Last sekali part confirmation, semaklah nama korang dan nama-nama family yang ikut, kot-kotlah terhilang salah satu huruf pun susah jugak tu, kena sama dengan IC, baru valid.

Paling penting, bacalah important notice tu, silap hari bulan kalau konfiden sangat ko pun akan terbabas, yelah cuba tengok perbezaan masa untuk AA dan AAX punya jarak masa check in baggage, diorang nak buat kerja awal, so kita kena datang awal beb, kalau tak korang ye beg besar-besar tu maybe tak boleh hand luggage plak sebab tak menepati piawai, so jangan menyusahkan diri sendiri lagi-lagi kalau flight oversea, lagi kena datang awal 4-5 jam sebelum, serius ramai gak aku nampak flight terlepas dek kerana rasa konfiden sangat flight akan tunggu korang, AA takde ye nak tunggu, kadang-kadang 45 min sebelum masanya pun dah berlepassssssssss...masa tu tak payah nak menangis depan kaunter AA, malu je.

Sekarang boleh print Boarding Pass untuk pergi balik sendiri yeyyyyy, nanti boarding pass ni korang tunjuk kat kaunter check in baggage je terus, lepas tu korang nak pi makan ke, nak pi tandas ke terpulang, boleh senang hati dah tunggu nak check imegresen je.

Esok jam 4 pagi kena bangun dah, sebab driver akan hantar kami ke KLIA2 nanti awal-awal, Subuh maybe kat sana je, sebab driver suami ada job pagi kena pick up shuttle di tempat lain, so nak tak nak mandilah pagi2 buta julia esok anak beranak hahahhahaha boleh tak nak mandi style P.Ramli, hehhehe doakan kami ye selamat pergi dan pulang, alahhh dekat je, saje2 lepas gian si budak kecik Qaiser ilman tu nak naik flight, mujur grab promosi dari Nov tahun lepas, tak terasa mahal sangat.

Nanti sekodeng kat instagram dan FB julia jangan lupa LIKE 
>>>Fan Page Julia Johari Dot Com<<<, adalah tu nanti dia upload memacam. 
Bye!

32 comments:

  1. dlu cik nor tak thu sgt nak booking tiket flight..tp sjak bos kerap sgt outstation cik pulak lbh arif dr bos..:)

    ReplyDelete
  2. wahh, canggih skang... hehe

    wawa singgah cni.. ")

    ReplyDelete
  3. selamat bercuti..kemana pulak Ju kali ni..

    ReplyDelete
  4. Sekarang ni air asia punya tiket murah woo. Boleh lah nak pergi melancong. Heheh

    ReplyDelete
  5. perkongsian menarik..happy holiday Juju ;)

    ReplyDelete
  6. aida cek in kat kiosk dia.
    lebih kurang sama aje, ju...
    apapun, selamat holiday ye... take care!

    ReplyDelete
  7. farah pun sekali buat web check in dulu...lagi senang & cepat..=D

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. Tu kak jue Ats info
    😀

    ReplyDelete
  9. Tq ju..wlupun dh penah buat tp ade jgk yg terlps pandang..kite lettew..hikhikhik..

    ReplyDelete
  10. salam Dik, untuk web check in ....ngapa ruang yg kita letak no pasport tu tetiba jd kuning bila kita nak 'continue' web check-in? Imigresen dah disemak no pasport dan tiada halangan travel (bandung aja pun) .... nak tanya air aisa xtau nak tanya kat mana... mcm mana nak buat ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalikumsalam sis jainah, haa selalu jadi macam tu terkadang masalah gangguan line internet atau server air asia tak stabil, kena reupdate selalu sis, kena baca arahan juga mana tau ada yang tak sepatutnya di masukkan seperti dash (-)

      Delete
  11. kalau x letak BIN or BINTI xpe kan? sbb da booking ticket da without BIN/BINTI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wan Seri...selalu dia ada letak first name dan sur name je kan...so ikut je ruangan online AA yang disediakan...senang je...bin binti tu nanti masa cek in tunjuk IC dah diorang cek kan nanti

      Delete
  12. good information. btw,lepas dah web check in kena buat ape pulak? pastu macam mne nak tahu gate pelepasan kita?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas web check in...jgn lupa print nombor flight kita tu...lepas tu masa pi airport tak payah dah cari mesin check in...terus pergi ke kaunter pertanyaaan...tanya kaunter nombor berapa nak check in luggage...masa tu lah bagi passport, ic dan luggage...simple je

      Delete
  13. salam.nak tanya,kalau sy masa booking flight dh bayar add on extra baggage+ insurance,masa check in perlu beli lagi ke ?atau sy hanya perlu tandakan sahaja.taktahu ada kena charge lain untuk add on..first time sy buat check in sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalikumsalam Alice...bagus pertanyaan...masa booking online dah include bayar sekali kan...so sampai kat airport dah tak perlu bayar lg sekali...jgn lupa print detail flight...di situ semua tercatit jelas....jgn tanda apa2 dalam detail flight...tak ada caj lain masa add on baggage extra + insurance setahu saya...itu aje...all the best

      Delete
  14. assalamualaikum sis..nak tanye..kalo kita tersilap letak gender..pastu xboleh tick plak kat female..camne yek sis..lpas tu mse nk tick kat tiket balik sini x boleh jugak..camne sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik tirah dah buat pembayaran online ke booking flight? Kalau belum masih boleh lg back dan tick female...kalau dah buat bayaran...maka nya kena call Air Asia direct utk pembetulan return dlm sistem diorg...tq

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  15. Salam kak kalau saya trasalah tiap nama ic masa cek in nnti bole ubahkan balik ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalikumsalam Nurul, oh ini saya tak pasti...selalunya kes macam ini saya titik beratkan sebelum nak tekan NEXT session...kena perhatikan betul2 masa key in nama dan ic...kalau tersalah masuk kena call Air Asia untuk double cek ye...hati-hati key in lepas ni.

      Delete
    2. Oke kak tapi saya dah buat isi form semua dye dah antar no case lepas tu kene buat ape ye selepas tu risau lah first time buat on9 ni

      Delete
    3. kalau ikut cara-cara diatas pasti tak susah...nurul baru nak booking flight tix ke? ikut je arahan satu-satu sebelum klik next...lepas dah selesai kena tunggu ada masa dibuka untuk web check in...selalunya seminggu sebelum tarikh berlepas dah boleh buat web check in online...semoga berjaya.

      Delete
  16. salam..macam mane ye kalo nk tukar jantina? dekat check in xleh tukar ekh?

    ReplyDelete
  17. Salam..sy dah bo0king tket return..nk tnye..kite blh check in 14 hri sblm kn? S0..blh x klau check in pergi je..tiket return tu kite check in kmudian? Eh..mcm c0unter prtnyaan lak...hehe ..tq

    ReplyDelete
  18. Salam..sy dah bo0king tket return..nk tnye..kite blh check in 14 hri sblm kn? S0..blh x klau check in pergi je..tiket return tu kite check in kmudian? Eh..mcm c0unter prtnyaan lak...hehe ..tq

    ReplyDelete
  19. Boleh ke add on luggage lg slps print Web check in. Tolonggggg !! tlps nk tmbh bag

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com