Ketupat Palas Tradisi Zaman Berzaman | Julia Johari
Booking.com

Ketupat Palas Tradisi Zaman Berzaman

Minggu ni minggu last bulan Syawal kan Sabtu ni last (belek kalender cepat), nak penghujung Syawal ni anak tekak terasa nak makan ketupat palas balik, masa awal-awal menyambut Syawal tak berapa nak sangat makan, nak hujung2 bulan Syawal dia punya mengidam boleh terbalik periuk kukus heheh. Gambar kat atas tu gambar original kami satu family abah mama dan adik beradik serta menantu dok sakan buat ketupat palas malam raya.

Seronok, ada rupa ketupat palas rupa jantan dan betina, tapi aku kalau lipat ketupat palas bukan jadi rupa betina ke jantan ke...pelik2 rupa aku buat adoiiii. Dari kecik sampai dah besar beranak pinak pun aku still tak lulus buat ketupat palas cantik-cantik, lawa-lawa ikut piawaian bapak aku. Adik bongsu aku pandai buat, kakaknya tangan kayu sikit hahhaa, suami? Dia masih tempoh belajar, nak belajar dengan aku pun tak betul, so kena berguru ngan pak mertua dia lah baru okey hehe.

Tengok gaya pusing buat ketupat palas dari abah julia, dia punya ajar bersungguh2 tiap2 tahun cam ni la...tapi anak murid dia masuk telinga kiri keluar telinga kanan, yelah nak buat pun setahun sekali je, mana lah nak khatam skill tu kan hehhehe

Menantu Baru vs Menantu Tak Berapa Nak Baru 
Hahahhaha sesuka hati kau letak nama kat diorang kan hehehe
Yang pakai baju Hitam tu adik ipar julia yang paling bongsu, belah kanan tu asben julia lah...diorang ni menantu-menantu tersayang, tu yang diorang selalu dapat makan sedap2, layanan mertua lebih kekekke jgn marah haaa nanti korang berdua kena juai!

Si budak tecik tu nampak tak?
Dia pun tak lokek nak menolong dimalam raya, tahun lepas dia baru umur 2 tahun kan apa pun tak tau lagi, sekarang dia nak masuk 3 tahun, semua nampak dia nak tolong, very helpfull person lah, so kasi dia job lap daun palas dengan kain buruk, dia buat, good boy!


Alolololo Abg Qaiser ilman ni, suruh tengok kamera buat muka comel plak...gigittttttt pipi dia heheh
 

 Malam raya, memang paling happening, siap dah 3 tingkat ketupat palas yang sedia untuk di kukus, kukus pun ambil masa dalam 40 min, lama juga kan, hmmmm cicah dengan rendang atau kuah masak lemak ayam perghhhhhhhhhh terangkat!

Mana nak cari ni, kena buat sendiri balik ni, sedappp yeeeeeee

10 comments:

  1. Wahhh ketupat palas sedapnyaa. Nani sampai sekrang tak pandai anyam ketupat. Hahahha . Amboii Qi tu pun nak buat jugak dia :D

    ReplyDelete
  2. Salam singgah sini...wahh...ketupat palas...sedap macam rasa ketupat yang biasa ke sb Diana tak pernah makan ketupat palas ni...kalau ketupat yang biasa tu selalu juga kalau musim perayaan...

    ReplyDelete
  3. Ena baru lepas makan semalam.. kawan buat sendiri.. hebat betul dia.. ena pun nanti nak try belajar.. apapun, bg ena yang menyedapkan ketupat palas ni adalah terletak pd kesedapan rendang yang dibuat...

    ReplyDelete
  4. Wah!! suka eh ketupat palas...hehehe kite mertua yang buat, my mom x reti buat, HEHEHE tapi i bukan le minat ketupat palas sebab pulut kan angin so makan gak le sikit2 je. HEHEHE,

    ReplyDelete
  5. sedapnya, saya suka makan ketupat palas.

    ReplyDelete
  6. nasib akak jauh..klau tak mmg cik nor dah ambik tmpahan akak..:)

    ReplyDelete
  7. Ketupat palas ni menu utama kitaorg pagi raya...sedapnyee lahaiii...bab menganyam tu, ciknad pon tak pass lagi sampai sekarang..hehee

    ReplyDelete
  8. alamak..teringin laa plak nk mkn. nnt nk singgah kt tepi mrr2 tu kalau ade jual

    ReplyDelete
  9. aida memang minat ketupat palas ni, ju.
    just kat melaka susah nak cari :(
    sedih!

    ReplyDelete
  10. memang la sedap aduyai.. mana nak cari ni huhuuh

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com