Anak Lambat Bercakap dan Kurang Bergaul Punca Autisme - Late Talkers | Julia Johari
Booking.com

Anak Lambat Bercakap dan Kurang Bergaul Punca Autisme - Late Talkers

Seorang rakan kenalan yang dikenali sewaktu di bangku sekolah lagi sudah lama PM julia di FB menceritakan kisah tentang anaknya yang mengalami gejala Autisme. Beliau adalah seorang bapa yang sangat prihatin, begitu juga anda di luar sana, pasti tertanya-tanya apakah sebenarnya autisme dan ciri-ciri autisme bukan? 

Ya, pandangan sinis, pandangan mencebik, pandangan kata-kata belakang, itu belum didengari kata-kata yang menghiris hati perasaan ibu bapa yang mempunyai anak autisme. Helllooooooooooooo, kawan-kawan, selagi Allah beri kita ni deria mata, hati dan perasaan, guna dengan cara elok, jangan disakiti mereka dengan mengatakan mereka ini BERPENYAKIT! JANGAN BAWA KELUAR RUMAH! MENYUSAHKAN BLA-BLA-BLA.

Apa perasaan anda?
Letakkan diri anda pada mereka, letak diri anda pada anak mereka. Mereka perlukan bimbingan dan sorotan motivasi yang tinggi. Jika anda diluar sana tidak mampu untuk beri yang positif, cukup sekadar DIAM. Pernah melihat bagaimana anak-anak autisme bergaul? Mereka ada kala banyak bermain dunia fantasi mereka sendiri, adakalanya bermacam-macam peri laku yang aneh ditonjolkan, fizikal mereka seperti anak-anak normal, cuma hanya perlakuan, ia boleh dibentuk, tapi dengan kesabaran yang tak pernah kenal erti putus asa, anak-anak ini boleh berjaya berdikari sendiri. SERIUS!


Hasil pembacaan dan kajian julia selama beberapa bulan melalui internet, julia dapati gejala autisme ini kita boleh detect seawal anak itu berumur 3 tahun ke atas. Jika anak lambat bercakap atau LATE TALKERS pun kita jangan push sangat mereka. Kita perlu banyakkan bercakap dengan mereka melalui rentak muzik (menyanyi). The More They Play, The More There Learn. Ingat tu. Mari sama-sama kita tambah ilmu parenting hari ini. Kenali ciri dan cara tangani anak autisme dirumah. Anda boleh lakukannya, mereka lagi boleh!

Ciri-ciri Autisme



a) Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang.

b) Lebih suka bermain bersendirian atau mengasingkan diri – biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk, marah-marah atau perlakuan yang merosakkan diri sendiri.

c) Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan. Mereka mudah terganggu jika ada sebarang perubahan dan enggan melakukannya.

d) Sangat sensitif pada rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan.

e) Menunjukkan minat yang pelik, seperti terhadap peta, peralatan elektronik dan sebagainya.
                                                         >>>>Mengenal Tanda Masalah Autism - Dr. Zubaidi


Tips & Strategi Atasi Anak Autisme

a ) Gunakan cara yang mudah difahami, contohnya gambar untuk berinteraksi seperti buku berwarna-warni ataupun kad bergambar (flash cards). Pada peringkat awal, gunakan bantuan visual selama satu hingga dua minggu, mengikut keupayaan anak anda. Dengan cara ini, kita dapat melatih mereka mengolah deria visual mereka dengan lebih baik dan dapat menarik perhatian mereka untuk belajar dengan mudah.

b) Ajari anak cara sesuai untuk meminta sesuatu dengan beratur mengikut susunan ( how to takes turn ) walaupun antara dia dan adiknya sahaja di rumah. Gunakan cara hubungan komunikasi yang baik dengan ajari mereka mengucapkan terima kasih dan menggunakan pandangan mata ( eye contacts) dengan anda. Cara ini akan melatih mereka untuk bertenang dan bersabar dalam setiap perkara yang mereka hendak lakukan.  Jika tidak, dia akan kembali ke cara negatif dengan mengamuk apabila permintaannya tidak dipenuhi.

c) Alunan muzik dan disertai pergerakan badan yang tersusun seperti di dalam kelas khasbagi melatih kebolehan tindak balas terhadap arahan yang mudah di dalam pembelajaran. Contohnya, apabila bait lagu menyuruh mereka please sit down and turn around, mereka akan melakukan setiap langkah itu satu per satu mengikut urutan dan meniru apa yang guru mereka lakukan walaupun dalam keadaan yang lambat. Jika dipraktis setiap minggu, kepantasan tindak balas gerakan tubuh ini akan meningkat.

c) Gunakan konsep pembayang awal. Kalau mahu menghentikan sesuatu aktiviti, beri amaran bahawa ia akan ditamatkan dalam masa beberapa minit supaya kanak-kanak itu bersedia. Jangan berhenti mendadak kerana walaupun mereka tahu bercakap, kanak-kanak autisme ada masalah kenali konsep masa.

Contohnya  ‘dalam kiraan lima kita akan berhenti bermain’. Guru perlu mengira penurunan masa dengan terang supaya kanak-kanak autisme mendengarnya. Konsep pembayang awal ini juga memberi peluang kanak-kanak autisme bersedia untuk peralihan aktiviti.

Bagi kanak-kanak normal, kepelbagaian rutin akan menambah keseronokan, tapi bagi kanak-kanak autisme, perubahan rutin membuatkan mereka berasa cemas dan gelisah, terutama yang kurang faham bahasa. Pendekatan ini perlu dilakukan secara konsisten sama ada di sekolah atau rumah bagi mendapat perubahan yang memberangsangkan.

Late Talkers Bukan Autism
Late Talkers‘ adalah kanak-kanak yang berumur antara 18-30 bulan yang mempunyai kefahaman bahasa yang baik. Mereka biasanya mengikut perkembangan normal dalam kemahiran bermain, motor, pemikiran and sosial, tetapi hanya boleh menggunakan perkataan yang terhad untuk tahap umur mereka.
Penyelidik masih belum dapat mengenalpasti punca atau penjelasan untuk kelewatan ini. Walau bagaimanapun, mereka mendapati ‘Late Talkers’ biasanya :
  1. mempunyai sejarah ahili keluarga lain yang mempunyai kelambatan bahasa,
  2. adalah lelaki,
  3. dilahirkan dengan kurang berat badan, atau
  4. dilahirkan sebelum 37 minggu dalam kandungan (pra-matang)
Sekiranya perkembangan bahasa dan pertuturan anak anda tidak mengikut umur atau disyaki sebagai Late Talkers, anda adalah disyorkan untuk mendapatkan rawatan secepat mungkin. Ini adalah kerana penerimaan rawatan pada usia yang awal akan memberi kesan yang lebih positif.
  • Sila jumpa doktor kanak-kanak/pediatrik untuk mendapatkan diagnosa awal
  • Sila jumpa Speech-Language Pathologist/Therapist untuk mendapatkan penilaian dan rawatan
  • Sila jumpa Audiologist untuk memastikan tiada masalah pendengaran walaupun anda berpendapat bahawa anak anda tiada masalah pendengaran. Ini kerana masalah pendengaran yang ringan (masih boleh mendengar bunyi tetapi kurang jelas) boleh juga memberi kesan kepada perkembangan bahasa dan pertuturan.
>>>>>Ms. Yong Ennie - Doktor Budak

Lihat video ini, situasi bagaimana anak autisme berada di dalam restoren, menangis julia tonton sebab public di luar negara sangat-sangat beri motivasi kepada anak autisme, anda lihat sendiri bagaimana public tangani anak autisme. Banyak kita boleh belajar melalui video ini.

Untuk dapat lebih info terkini, marilah sama-sama kita join 

Disana kita boleh dapat ilmu lebih mendalam tentang autisme, mungkin anak kita tidak mengalami gejala ini, tapi anak kawan kita, anak saudara kita, anak masyarakat diluar sana perlu sama-sama kerjasama dari kita semua untuk mereka dapat jalani kehidupan seperti anak-anak yang lain. 

Jangan sisihkan mereka, mereka normal cuma perlu lebihkan garapan perhatian dan kesabaran yang tinggi dalam diri kita, julia sarankan kita dulu perlu perbetulkan diri untuk kuat hadapi situasi ini.

Selamat maju jaya menjadi ibubapa yang kreatif  !

16 comments:

  1. boleh juga join support group "Autisme Malaysia". https://www.facebook.com/groups/autisme.malaysia/

    ReplyDelete
  2. gud info sis , tq much ^_^

    *jemput singgah blog ya zianaeunos.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Kat sekolah cikgu2 pun dh expert cam bdk2 yg autisme ni sis..ada yg parents pun xthu.huhu

    ReplyDelete
  4. good info juju... sedang memperhati dan pantau tingkah laku irine..

    ReplyDelete
  5. thanks julia...

    anak sy pon late talker.boleh sebut satu satu ja pkataan tp x pndai nk gabung2kn lg tp klau abc 123 dia mmg dh boleh nyanyi2 dh.dokte bg ms 6 bln lg utk tgk pkmbgan dia

    ReplyDelete
  6. info yang sangat baik..ilmu br..nak kena study tanda2 autisme nie..

    ReplyDelete
  7. Good info,Juju...Bagus itu parents yang sangsi....
    Pray for me too..To take care of my Autism Boy,Qayyum...

    ReplyDelete
  8. Kawan saya pun ada yng anak dia alami masalah ni..kat sekolah pun dia masuk kelas khas .dalam kelas tu ada 4,5 orang yang alami masalah sama..

    ReplyDelete
  9. Thank you for your sharing pasal late talkers rasanya Anak saya maybe late talkers. Hopefully takda apa apa. nanti bawak jumpa doctor

    Petua Sempoi hilangkan batuk

    ReplyDelete
  10. Thanks ju...info yang sangat berguna...

    ReplyDelete
  11. yes. lambat cakap bukan autisme.
    ijat until now masih few words dia boleh sebut.
    but none of the autisme simptom atas tu dia ada.
    kita kena byk bercakap.
    byk kan interaksi...

    ReplyDelete
  12. Thanks sis kerana berkongsi yang sangat bermanfaat ni.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com