Afamosa Water World Melaka | Best yer berendam! | Julia Johari
Booking.com

Afamosa Water World Melaka | Best yer berendam!

Sebut sahaja nama Afamosa Melaka sudah pasti korang dah familiar sangatkan, dari tepi hiway dah boleh nampak betapa gahnya water theme park ni. Alang-alang bulan 3 hari tu suami sambut birthday julia kat Melaka, alang-alang menyeluk pekasam ada voucher diskaun kami dah beli awal-awal di Paradigm Mall so tebus di sana.

Harga lebih murah lah dari beli kat kaunter tu, mahai bebenor, RM25 dewasa, kat kaunter jadi double ke triple rasa. Jimat berganda, tu pun ternampak diorang letak banner masa jalan-jalan dengan suami kat Paradigm, kami ni pantanggggggg nampak tempat holiday murah, walaupun ini kali ke dua dah kami pergi, tapi disebabkan lama dah tak pergi so apa salahnyakan.

Masa nak puchase voucher tu kena pi kaunter gak...print resit kosong katanya buat syarat hehehhehe time ni kami pi lepas solat jumaat, pi petang2 lah beb nak pi pagi tak cukup masa, pi petang sampai lewat senja leh balik hehehhe...jangan terlepas asar sudah.

Tengok tarikh tu bila kami pi...berkurun dah, baru nak update...apadah....patut gambar beribu dalam hp...lepas ni leh delete hahahhahaha ringan sikit

Apa lagi jom lah masuk tukar baju bikini hahahhahahhahha bikini muslimah u olls, i tak ada, i hentam je pakai tracksuit bertudung, hehehhehhee 

My boy, Qaiser ilman ni memang suka mandi kolam, dulu masa bercuti kat Tambun Lost World tu mampus nak terjun kolam, penakuttttttttt...sekarang dialah johan segala aktiviti berendam, sampai aku pun takut kot2 dia tergelincir ke kan...budak lagi kot...baru nak 3 tahun...

Posing gaya mek universe demuk hahahhaha, lantaklah, haaa korang nampak kan Vuvuzela tu...besar kon dia, aku tak naik, mampus aku takkan naik, aku penakut...hahahhaa

Gila best!!!! Dulu masa pergi ramai orang, sekarang pi waktu orang tengah sedap bekerja, memang tak ada orang lah, so tempat ni puas kami keliling.

Layan video sat...ambik mood!



Jom tengok video gelagat budak ni hahhahaha...suka usya abang2 nak mandi kolam heheh


Lepas dah simpan semua barang dalam locker termasuk hp sekali tau julia simpan so tak adalah gambar bikini nak upload hahahhahahhahahahaha....oiii nak mandi nak ambik gambar bagai tak koser aku...baik lenggang mak limah mandi berendam puas-puas.

Eh kat luar nak balik ni ada mcm2 lah aku jumpa...kereta kebal lah...ATV lah...ermmm  

Pesal muka aku cam baik sgt....erkkkkkkkk peranggggg!


Last sekali aku jumpa gajah ni, sangat jinak, tapi sejak kes aku bagi makan pisang kt Gajah di Hatyai ritu aku masih rasa takut2 lagi...yelah gajah ni kuat sangat rentap apa dia suka...kang dia angkat aku naik atas badan dia mau satu Afamosa Resort keluar tengok aku...suara aku kuat hoiiiiiiiiii hahahhahahaha

Eh throwback macam ni rasa nak pi berendam lagi kt theme park...kat mana?
Jom pi Sunway nak...tapi mahallllllll huwaaaaaaaa

8 comments:

  1. Wahhh bestnya jalan2 kat sini....
    Info yang menarik ju share..
    Next time blh bawa zarra ke sini pula..
    Thanks sharing info ye ju.. makin comels lah.. :)

    ReplyDelete
  2. sronok la si kecik dpt jln2 mandi manda kt water world a famosa ni

    ReplyDelete
  3. hahaaa..sunway mahal gila kot..aritu ktorg gi wetland shah alam je..ok jgk..tp afamosa ni lg best kot..

    ReplyDelete
  4. Bestnya kak.. dulu lalu je kat sini, nak masuk takut tak best.. nanti nak main air kat sini la.. suka main air ena ni.. hehehehe

    ReplyDelete
  5. waaaa.. last pergi ialah 10 tahun lepas.. la ni cantik ka tempat dia? dulu pergi ramai gak orang.

    ReplyDelete
  6. umah nenek 5 minit aje dari afamosa ni.
    aida x pernah gi :) ha ha ha...
    teringin nak gi koboi town.

    ReplyDelete
  7. hahaha sis punya entry pi A'Famosa tahun lepas pun masih lagi dalam draft..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com