Weekend Crazy Deals at Aeon Big Wangsa Maju | Julia Johari
Booking.com

Weekend Crazy Deals at Aeon Big Wangsa Maju

Semalam family kecil julia pi terjah Aeon Big Wangsa Maju, sebenarnya niat nak pi cari benda lain hahahha tapi kan mata kami ni terbuntang kat satu papan harga ni.

RM1
Haaaa ko RM1 untuk satu pek kek chiffon, tak ke tergugat iman ko nak pi tanya betul ke harga tu. Aku pi tanya balik sales girl jual tu beb. Haaa katanya ye kak hari ini dan esok je promosi. Dah tu ko nak tercegat situ? Borong 5 pek terus perisa pandan dan oren.

My Qi memang kaki suka makan kek. So beli lebih bagi jiran dan mama abah.


Lepas ambil 5 pek kek tu pi tengok plak tembikai sebab promosi 50 sen sekilo. Semua tembikai tecik2 ar okeylah kan bila timbang RM1 lebih je...murah tapi tembikai tu bila makan kurang manis. Better blend buat air buah okey.

Qaiser ilman ni behave tapi banyak sangat tanya umi kek banyak nak makan hahaha...julia cakap Qaiser ilman kita kena bayar dulu baru boleh makan. Dia angguk tanda faham. Budak2 kena bagi tahu selalu sebab memang gitu kot.


Ikan siakap seekor RM5.99 murah tau berebut geng mak mak ni borong beli. Ketam seekor RM3 rasa. Still okeylah murah  Tapi ku beli sotong besar fresh tu seekor RM2.99 okeylah borong 2 ekor.

Pastu pi pusing area daging, aku dah niat nak belajar buat steak. Aku pilih daging True Aussie Beef, kawan2 komen dalam FB kata ia sangat lembut tak perlu di rebus. Okey perapan dan buat semalam. Berbuka nanti julia nak buat something speacial untuk suami. Ada masa ju kongsikan resepi ye.

Korang pi lah...kot2 ada rezeki lagi mana tahu kan.


8 comments:

  1. rejeki nak dapat murah.. kalau tak datang AEON tak tau kan Juju... :)

    ReplyDelete
  2. Aduhai ju. Akk kemalasan tahap maksima wiken lepas. Lgpun syg nak tinggal rumah. Tiap tiap minggu dah jalan jalan. Tu yg ahad lepas dok umah je. Lgpun bj raya sume dah ready. X de tujuan nak keluar lagi.

    ReplyDelete
  3. salam kak jue, promo tu smpai bila? ingat nak pergi wiken ni, nak borong kek..hehe

    ReplyDelete
  4. julia dok mane eh...etty slalu gak gi aeon big w.maju ni hehe..dekat2 kah kite duduk??

    ReplyDelete
  5. Murahnyaaa. Memang jimat gitu :D

    ReplyDelete
  6. da terlepas.. tapi murah betul kek tu.. singgit 1..

    ReplyDelete
  7. makaiiiii murahnye ketam, sotong, beef aussie tuuu..perghhh..pengsan ni klu pegi..sume rs nk borong

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com