Resepi Steak Daging Istimewa dari True Aussie Beef | Julia Johari
Booking.com

Resepi Steak Daging Istimewa dari True Aussie Beef

Grilled Beef Steak with Blackpepper Gravy Sauce akhirnya berjaya juga julia sendiri buat! Sebenarnya tak susah nak makan dishes western yang dikategorikan makanan yang mahal di restoren-restoren terkenal. Apa yang perlu kita buat, adanya mood rajin haa pasti semua boleh buat. Serius julia sangat suka berdemonstrasi di dapur kecil ku, biar tak cantik macam dapur orang lain at least berasap juga sekali sekala kan. 

Cari lain, benda lain dapat.
Sabtu lepas, suami ajak ke Aeon Big Wangsa Maju sebab tujuan utama nak cari blouse raya khas untuk julia, tambahan lah tu katanya baiknya hati suami hahaha, tapi ternampak promosi khas di depan Aeon Big, entry semalam julia ada cerita nanti cari eh. Pastu masuk pi ke ruangan Daging HALAL. Terutama sekali bahagian daging import, pertama kali julia lihat Daging import dari True Aussie Beef (daging halal dari Negara Australia) sangat murah dengan berat yang terpampang. 

Hmmmmm menarik ni, kebetulan julia memang dah lama nak makan steak, tapi nak buat sendiri, sebab ada pemanggang ajaib, semuanya mesti menjadi. Lihat daging halal ni, cantik kan teksturnya dari luar. Sekali imbas dah tahu ia mesti sangat lembut sebab kurang urat dan lemak. 

Terbaik dari ladang halal Australia.

Perhatikan dulu gambar ramuan simple serta bahan-bahan rahsia untuk buat steak ala-ala Melayu! 
(RESEPI ORIGINAL JULIA SENDIRI TAK COPY PASTE DARI GOOGLE)


'Grilled Beef Steak with Blackpepper Gravy Sauce'

Bahannya:
* 1 biji bawang merah besar
* 2 biji bawang putih
* 1 inci kulit kayu manis
(Tumbuk sehingga lumat)

1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil Chilli Coarse
1 sudu kecil Parsley Flakes
1 sudu kecil garam
3 sudu besar sos lada hitam

Cara perapan:
Gaul semua bahan tadi, kemudian lumur dahulu daging dengan sos lada hitam, selepas itu baru campurkan kesemua bahan tadi. Simpan 1 malam didalam peti ais (chiller sahaja) bukan di tempat beku dan ditutup dengan plastik.
Siap!




Abaikan ikan siakap tu ye, itu agenda makan berbuka malam ini. Siap dah buat awal2 senang.

Jangan lupa, kalau tak ada steak knife boleh beli je kt Giant murah RM6.50 gitu satu, murah dan sangat praktikal nak potong daging steak.

Untuk dressing steak beef, anda boleh gunakan sebarang kreativiti anda sendiri.
Brocolli, 
Carrot, 
Cili Benggala, 
Tomato and 
Whipped Potato Homemade.

Mudah sahaja, layurkan sedikit semua sayur tu di dalam pemanggang ajaib, taburkan sedikit garam dan lada hitam, jangan terlalu lama nanti hilang khasiatnya, okey siap!

Lihat bagaimana julia masak malam tadi. Clik video.

Here we go!

'Grilled Beef Steak with Blackpepper Gravy Sauce' 
sudah sedia untuk dimakan untuk berbuka puasa!

Dagingnya sangat lembut, sangat2 juicy, arghhhhhh memang puas hati makan buat sendiri, jimat berganda!
Komen Suami Tercinta?
"Sedap! 
Lepas ni julia buat je kt rumah, abang beli je bahan2, 
jimat dan puas hati makan, terima kasih sayang"

(Kembang kakak ko ni bila dengar suami puji hahahhahahha)

Negara Australia kita tahu adalah sebuah negara pengeluar daging lembu yang terbesar di dunia, memang tak dapat dinafikan daging import halal dari luar negara sangat berkualiti dan lembut. So saksikan video ladang Australia di sana ye. Selamat mencuba resepi ringkas dari julia, anda pasti tak sabar nak buat sendiri kan....enjoy!


Booking.com

19 comments:

  1. RAJINNNNNNNNNNNNNN. Nak suh laki buat lahh..

    ReplyDelete
  2. Menggoda tau dengar bunyi ju masak steak tu...ciknad tak pernah lagi buat steak sendiri...tq ya juju...muahhhh...

    ReplyDelete
  3. Akk pun klw nak makan western ni buat sendiri je. Boleh makan puas puas. Klw beli dah la mahal. Tak puas pulak tu.

    ReplyDelete
  4. sedapnyaaa...biasa saya buat pakai daging kat pasar saje..potong pun ikut suka hati je..nasib baik sodappp..hehe..nanti bolehlah try beli daging steak betul.. :)

    ReplyDelete
  5. kalau kat kedai steak dh dekat 40 sepinggan.. buat sendiri puas hati kan.. sedappp

    ReplyDelete
  6. sedapnya ju..dah macam makan kat restoran...

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. sedapnya julia!!!terliur2 tgk..nyummm

    ReplyDelete
  9. sedapnyaaa kak. boleh try buat ni :)

    ReplyDelete
  10. This I like!!! Thank you for sharing ya

    ReplyDelete
  11. aissh, tergoda pula dengan makanan kat atas. dah la tengah puasa ni. buat air liur meleleh je. hahaha


    http://www.adarain.com

    ReplyDelete
  12. nyummsss..thanks Julia share resipi..mentibe tekak nak western jugak.. hahaha

    ReplyDelete
  13. dh lama tk masak western...slalu buat lamb grilled or chicken grilled ..beef tk pernah..salmon grilled pn lama tk wat...

    ReplyDelete
  14. menarik.
    aida jarang beli daging sebab anak2 kurang suka makan.
    boleh la sok nak beli :)
    sesekali ber western di umah, apa salah nyer...

    ReplyDelete
  15. telan ailio tau.. baru 951 pagi..

    ReplyDelete
  16. dapnyeee..br ni bli lamd shoulder kt aeon big sebab murah sgtttt..sekilo rm19.90 je..xpenah2 wat lambchop aritu buat..sdp jgk ni ju buat..nnt nk try daging aussie ni pulak..

    ReplyDelete
  17. Kak jue rumet sy dulu ke ni msa kt uum?hihi sori la kalo silap,,btw thanks 4 da resepi,,asben ngidam nk mkn stik,,cari2 jmpa page akak😁

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com