Macaw Blue Green Warna Pilihan Raya 2015 | Julia Johari
Booking.com

Macaw Blue Green Warna Pilihan Raya 2015

Patutnya warna tema 2015 warna ala-ala marsala kan, itu tema warna dalam Google, tapi senang kata apa yang terlintas depan mata yang nice itulah warna raya. Macam mana aku boleh tahu cod warna Macaw Blue Green ni eh? Haaa dari Google gak, dulu-dulu lagi julia memang suka belajar mainan warna nama sebenar, tak delah orang tanya eh ko tema warna apa tahun ini?

Ko Jawab, Orang Tercengang!
Aku jawablah Macaw Blue Green...kan syok gitu orang mesti nak tahu warna apakah, eh pelik nama ye tu, haaa kan sila google heheh...sebenarnya warna nama tu adalah dari ibu TURQOISE...so warna sang ibu tu ada anak-anak dia weh...jangan pelik aku tak mengaku itu warna TURQOISE walaupun dimata korang eh ni la turqoise hahahha, turqoise warna dia agak terang dari biasa lebih kepada warna biru...yang ini lebih mix kepada hijau ye lebih...biru ye agak kurang.

Raya Kat Mana Tahun 2015?
Raya pertama cam biasa suami sendiri yang suggest nak beraya kat rumah mertua dia di Gombak KL, sebab raya ketiga dah ada job yang dia kena uruskan, ada orang tempah trip ke Penang melalui Bas Persiaran Tazben Travel. So nanti jumaat nanti baru balik kg suami di Kuantan Pahang, 2 jam je dari KL. Tak panas bontot pun dah sampai hahahha.

Pernah GADUH?
Kita orang ni husband and wife tak pernah nak gaduh balik rumah beraya mana satu...sebabnya aku suka buat lawak kt suami, suami aku kan jenis serius tapi cool...so aku acah2 dia abg jom la beraya kt Kuantan, sian ma dengan ayah tu kat kampung, jawab dia?
Bukan tak nak balik, mak ayah abg suh beraya dulu sini, settle kan kerja dulu sini nak balik baru senang hati. So nak gaduh cm ne weh...aku yang gedik nak balik kampung dia, tapi asben aku nak raya KL dulu hahahha redho jelah mak!
Macaw Blue Green satu family...aku suka warna ni sebab sedap sikit mata aku nak tengok...lembut je.
Kaftan? Best ke?
Aah best sebab flowy dan tak panas, besar dan boleh tutup segala lelemak ko hahhaha itu yang penting...we all beli readymade je...tak payah pening2 kepala nak tempah segala bagai.


Banyak kan nama anak-anak kat atas ni kan?
So korang google lah sendiri warna nama unik tema raya korang kali ini...kalau kuning banyak tau warna saintifik kuning begitu juga warna lain...pelbagaikan warna, ceria raya korang.

4 comments:

  1. Rs color kita sama tp dlm gmbr lain jdnye tp sbb akk pki tdng pink tu xbrp nmpk sgt green.. Hehe

    ReplyDelete
  2. nad pun ala-ala warna mcm ni..hehee

    ReplyDelete
  3. cantiknya tengok jue sekeluarga dengan color nie..matching sangat.. =D

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com