Macam Mana Nak Jadi Yakin (Confident) | Julia Johari
Booking.com

Macam Mana Nak Jadi Yakin (Confident)

Pertanyaan dari Cik Innanie Ariffin semalam soalan pertama terus julia teruja nak kupas. Apakah YAKIN? Yakin lawannya Ragu-ragu. Yakin bersamaan tenang. Fokus kita pada siapa? Allah. Bila kita fokus bangun pagi, lihat diri siapa beri kita nafas hari ini? Beri kesihatan baik hari ini dan segala-gala rezeki ini siapa beri? 

Allah....bila kita kenal Allah, kita yakin Allah, bukan mengharap pujian manusia, bukan menunggu penghargaan manusia, apa kita lakukan dimana sahaja hanya kerana Allah...maka YAKIN itu akan lahir kekal dalam diri anda. Itulah julia cuba tanamkan dalam hati dan otak...semua kerana Allah.
Orang Yakin Diri
  • Muka sentiasa tersenyum (contoh julia sendiri, julia memang suka jumpa orang yang memulakan senyuman terlebih dahulu, tapi tak bermaksud julia tak memulakan, tapi sangat unik pada yang memulakan dan kita sambut sambutan senyuman itu dengan baik sekali, indahnya dunia)
  • Suka menghargai orang (orang yang suka menghargai diri orang dia punya harga diri yang tinggi, orang yang punya harga diri yang tinggi suka menghargai) ini diri julia jika anda pernah jumpa julia, julia suka hargai diri anda dan siapa diri anda sekalipun.)
  • Dia suka menghargai dan tidak suka di puji
  • Mereka suka ditegur dan tak takut ditegur
  • Orang yang suka imej positif ini suka menambah baik diri dia, so bila orang tegur dia SUKA sebab dia boleh ditambah baik
  • Orang Yakin Diri ni tahu apa dia buat silap, dia perbaiki
  • Orang Yakin dia bercakap bersederhana, bukan cakap meninggi diri
  • Penampilan dia jaga, apa dia pakai dia jaga, kesihatan dijaga.
Orang Kurang Yakin Diri
  • Tegur sikit melenting (pasal imej diri dia sangat negatif bila orang sentuh sedikit dia melenting)
  • Over confident - mereka sedang memakai topeng bercakap kuat-kuat (kita jangan herdik orang ni ye, kita doakan dia, senyum sahaja, iyakan sahaja kata orang sebegini, dalam hati kita doakan)
  • Mula cipta cerita tidak benar dari yang benar
  • Rasa tidak puas hati berpanjangan sehingga berdendam
  • Orang Tak Yakin Diri ini dia tak tahu dia buat silap, berterusan dalam tidak betul
  • Rawatlah hati anda.......

Yakin tapi Cakap Tak Serupa Bikin bagaimana pula?
Dia yakin, posture bercakap dengan kita sangat yakin tapi bila dia diuji dengan PROVOKE...mula dia terus nak melenting...haaaaaaa kita boleh nampak ciri-ciri tu. 

Orang yakin ni datanglah apa segala badai menimpa, air mukanya tenang kerana Allah...see bila kita bergantung pengharapan dari Allah, Allah atur molek perjalanan kita. Bahkan rezeki yang tak disangka-sangka!!!!

Julia bukan bercakap berdasarkan pengalaman sahaja, tapi rujuk pada slot radio ceramah Prof Dr. Muhaya ye kawan-kawan, rujukan dari sumber ini julia percayai sebab ia sangat-sangat menyakinkan julia untuk turut sama yakin ingat Allah dimana sahaja kita nak buat.


Kritikan kepada anak-anak merupakan racun yang masuk ke dalam diri
Banyak sekarang orang tak yakin pada diri dia mungkin masa kecil contoh ya mungkin pernah dikutuk oleh mak dia atau dibandingkan dengan adik beradik dia, dimarahi cikgu so banyak faktor luaran.


Siapa yang yakin pada Allah akan YAKIN pada diri. 
Yakin bahawa kita adalah ciptaan Allah yang paling tinggi. Masa adalah emosi dan emosi menentukan interpretasi kita kepada masa. Fokus kepada mencari redha Allah dan bukan fokus kepada mencari benda yang tidak betul dan tidak mengharap penghargaan manusia kita akan yakin.

Keyakinan Diri Nak Mencari Jodoh ada diperjelaskan disini, Malah yang sudah berkahwin pun harus apply tips ini. 
Click Video.

Seronok dengar penjelasan Orang Yakin dari Prof Dr. Muhaya Mohamad, sambil buat kerja, pasangkan earphone di telinga anda, dengarlah slot ini. 

Anda pasti akan jadi Orang Yakin!!!!!!!

10 comments:

  1. Sukaaa la entry ni...yg video prof muhaya tu mlm nnti sebelum tido nak dengar. Good sharing dear...

    ReplyDelete
  2. bagus ni. kena sikit2 tanamkan rasa confident dalam diri kan :)

    ReplyDelete
  3. Mummy pun kene banyak perbaiki diri dan kene motivasikan diri cenggini ;) Kadang-kadang cepat tak konfident nak bawa anak-anak keluar sendiri. kadang-kadang konfiden. Entah la, ssh nk cakap cemana hehe ;)

    ReplyDelete
  4. First time jumpa kak julia hari ni, fana rasa tertarik sangat dengan aura positif yang ada pada kak julia. Fana susah nak terima orang yang belum fana kenal dengan begitu mudah. Tapi, sewaktu mula2 ditegur kak julia tadi, fana rasa sesuatu yang buatkan fana suka dengan kak julia. Tak sombong, suka menghargai orang lain, sopan, bercakap secara positif. Fana suka aura postif yang ada pada kak julia. Let's spread the positive vibes. Subhanallah, semoga kak julia teruskan memberikan aura positif tu kepada orang sekeliling ye. InshaAllah, ada jodoh jumpa lagi. :)

    ReplyDelete
  5. teringin pulak nak jumpe julia.. ambik aura yakin tu!~

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com