Anak dan Ibu Demam Panas Serentak! | Julia Johari
Booking.com

Anak dan Ibu Demam Panas Serentak!

My hero tak sihat hari ini, petang semalam nenek dia call kata muntah-muntah dan melepek je kat katil. Badan panas sikit.

Hurmm dah agak ni petanda nak demam. Bawa pi klinik semalam gak. Orang tak ramai alhamdulilah. Bila doktor cek demam biasa, tapi stanby ubat cirit, ubat demam, ubat angin. Yang ni pun dah RM80...fuhhh takpelah janji anak sihat.


Qaiser ilman ni aku syukur sangat, demam lah mcm mana pun...sakit macam mana pun tetap tak nak bagi umi dia runsing. Korang tau tak dia pandai jaga hati aku.

"Qaiser okey umi, okey dah"
"Qaiser umi rasa badan qaiser ni panas tau mana okey lagi"
"Okey dah umi" (sambil senyum simpul)

Hati ibu mana tak tersentuh kan bila anak umur 3 tahun dah matang jawab mcm tu. Julia tak pernah ajar dia cakap macam tu. Tapi air mata mengalir plak tengok dia kental lawan sakit.

Aku?
Nak jadikan cerita sampai je rumah aku plak jatuh sakit tiba tiba. Teruk aku kena demam panas dan sakit urat...Allah nak mandi lepas balik kerja tu pun x sanggup sebab badan mengigil gila2...aku kena denggi ke ni sejuk semacam. Kepala berat...dah pulak sapa nak tengokkan Qi?

Suami?
Terkejut baca mesej aku cakap aku dengan Qi sama2 jatuh sakit. Seboleh2 bolehnya aku tak nak susahkan dia. Dia sibuk dengan kerja kan setakat anak demam aku leh bawa sendiri. Tapi dah aku kena serangan demam panas tiba2 mcm.mana kan?

Malam tadi aku tak larat...serius badan aku panas dan sejuk...period plak datang dalam masa yang sama...sakit sendi urat semua...kejung aku atas katil. Allah je yang tau.

Aku tak tidur atas katil. Sakit badan. Tidur ats lantai alas senipis kain. Cukup buat badan aku lega sejuk wpun guna aircon urat aku tak.lega.

Ujian Allah ni.
Pagi ni aku bangun macam okey sikit dah...aku terus ambil minuman ephyra. Alhamdulilah macam okey sikit sakit sendi urat aku tu. Nak harap makan ubat sakit kepala aku panas jadi bengong!

Ya Allah ampunkan dosa kami. Serentak demam panas. Mujur suami banyak bantu layan Qi, basuh poopoo Qi, layan manja Qi...aku tengok je. Tak mampu gerak dari katil urat badan tegang. Musim hujan dan panas sejak2 akhir ini buat badan aku x dpt hadap. Walhal aku jenis kuat orangnya. Tapi kali ini demam urat aku tewas.


Gambar Qaiser tgh tidur sekarang. Kami memang jarang sangat nak demam susah betul dapat setahun boleh kira sekali atau 2 je. Tapi sekali dapat sakit tu Allah.

Qi...Dia sangat kuat semangat. Langsung x tunjuk dia sakit walhal panas dia Allah yg tahu. Syukur sangat ada dia. Tak banyak ragam. Tidurlah Qi. Umi pun nak tidur ni nak rehat banyak2. Masih berbisa sakit baki malam semalam.

Sembuhkan kami Allah. Amin.


15 comments:

  1. cepat sihat ye Qi dan kak Julia.

    ReplyDelete
  2. GWS mama n boboy boy hehehehe nanti dah sihat datang beraya rumah aunty

    ReplyDelete
  3. GWS mama n boboy boy hehehehe nanti dah sihat datang beraya rumah aunty

    ReplyDelete
  4. Get well soon ye umi dgn si boy... tenang je tgk dia sleep macam tu, tetiba rindu anak sendiri pula. HAHAHA

    ReplyDelete
  5. take care ju..mkn ubat..air msk minum byk2..sian tgk..semoga ju n qi cpt sihat ye..

    ReplyDelete
  6. banyak kan berehat Ju...kadang2 demam ni datang berulang2,..jadi kena banyak minum air masak dan banyak rehat..eceh!!bunyi macam doktor tak>hahah

    ReplyDelete
  7. Semoga cepat sembuh jue.. tapi kalau melarat cepat2 pi jumpa doktor balik k..sekarang kes denggi tinggi..

    ReplyDelete
  8. da sihat dah julia ?
    moga cepat sihat...

    ReplyDelete
  9. Allahhuakbar. pernah rasa gak camni. Semoga Julia akan terus sihat ameen.
    semoga anak anak pun di jauhkan sakit demam memang tak sanggup

    Petua Sempoi hilangkan batuk

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com