50 Hari Lagi Dia Akan... | Julia Johari
Booking.com

50 Hari Lagi Dia Akan...

50 Hari Lagi - Apa yang 50 hari lagi? Ni haa anak bertuah ni, Encik Qaiser ilman anda ni akan menempuh satu fasa baru. Nantilah last sekali citer fasa apa ye. Now perkembangan terbaru Qaiser ilman (Qi) menjelang umurnya 3 tahun banyak sungguh kosa kata yang dia sudah pandai cakap. Lately julia terkesima bila lihat anak sekecil ini sudah pandai berkata-kata dan tidak pelat langsung (tapi ada juga butir bicaranya mengomel macam mak nenek tu lah hahahah ke tiru bebelan umi dia kot sepahkan mainan hari2? hahahha)

Seorang yang sangat pemalu!
Encik Qi ni sebenarnya sangat pemalu orangnya! Seriusly, bila ada orang baru tegur espeacially perempuan sure menyorok belakang walid atau umi dia hahahhaha....mamat ni pemalu oiiii kalah anak dara, sejak bila jadi pemalu tak tau hehhe. 


Boleh analisis situasi 
One more thing, julia sendiri belajar dari anak kecil ini. Kan budak-budak kecil kan suka bertanya tanpa noktah...dia akan terus tanya walaupun soalan tu dah berbulan dijawab pun but still akan repeat the same question....and now dia dah pandai menjawab which means bukan menjawab benda yang tak elok macam meninggi suara or something, which is sesuatu yang kita sendiri akan tersenyum bila dengar jawapan darinya (maksudnya dia boleh analisis sebab dan kenapa sesuatu itu terjadi).......contohnya...

Qi: Umi...umi bunyi apa tu?
Umi: Oh! Bunyi kereta ambulans.
Qi: Bukan....orang sakit.
Umi: (Berkata dalam hati...eh betul juga jawapan tu) Diam dan tersenyum...besar dah Qi.

Terkejut!
Terkedu bila budak se kecil ini boleh analisis apa sebab ambulans tu berbunyi? Nak cakap ia salah sebenarnya memang tepat pun, ambulans berbunyi sebab nak hantar orang sakit...exactly right! Oh Allah hebat ye perkembangan otak seusia budak2 mcm Qi ni...analisis data jawapan sehingga kita terkedu diam seribu bahasa :)
Dia sangat manja pada walidnya....kalau julia pagi2 nak on the way hantarnya pada neneknya, dia akan tanya the same question berulang kali.

Qi: Walid mana umi?
Umi: Walid pergi kerja Qaiser ilman.
Qi: Bukan...walid tidur.
Umi: Hahaahhahahahahhaha (tak larat gelak hari2 dok gelak sebab inilah jawapan Qi hari2)'

Serius budak2 kecik memang tak akan cakap bohong...itu sebab mereka ni sangat2 suci, kita yang corakkan dia...tak sabar nak tgk Qi pergi sekolah.

Umi: Qaiser makan apa hari ini?
Qi: Makan nasi dengan ikan (hari2 jawapan yg sama hahaha)
Umi: Sedap tak?
Qi: Sedap ada ubi (itu memang jawapan sama, hari2 ke nenek dia masak ubi hahahha)

Ya, my Encik Qaiser ilman dah besar, sekarang dia sendiri menolak untuk duduk dalam buggy tau, setiap kali umi ke walid keluarkan buggy dia akan cakap....umi tak mahu, nak pegang tangan walid...hahahhaha (Perasan dah besar sangat kan, malu kot sebab duk dalam buggy utk budak2 kecik hahaha)

Bila lihat dua beranak walid dan Qi berpegang tangan...julia di belakang lihat mereka...besar dah anak walid ni pandai berkata2... #sebak!

50 hari bermaksud bermula hari ini countdown Birthday Qi yang ke 3 tahun menjelang merdeka nanti...alhamdulilah.

14 comments:

  1. Seronok dengar citer budak-budak. Qaiser iman ni umur 3 tahun sama macam anak haji.
    Perkembangan minda diorang yang menarik perhatian kita.
    Tak cakap bohong memang kita sebagai parents pun jadi malu sendiri.
    Sekian ulasan haji.
    Ehem. Qaiser iman dah ada calon ka. Anak haji belum ada lg.
    (Gurau je ).
    .
    .
    Salam kenal. Haji masih baru dalam dunia berblogging. Mohon tunjuk ajar ye Cik. Tq

    ReplyDelete
  2. Allah.....comelnyer qaiser ilman. time flies....betul2 cepat ni...so kiranya....dh nk 3 thn juga laaa bc blog julia ni:)...heheheheh...moga qaiser ilman membesar jd anak yg soleh. amin

    ReplyDelete
  3. HAHAHAHA memang Qi pemalu. kakak nanie nak salam dari hari tu tak nak! sombong ke pemalu tu? hehehe :)

    ReplyDelete
  4. sel-sel otak berhubung sgt Qi ni hihi. btw nama anak julia sama sebiji nama anak kawan sy hihi. Dan maybe sebaya kott! hihi

    ReplyDelete
  5. Qaiser ilman.. sangat handsome.. sangat comel.. sangat cerdik.. inshaAllah.. moga jadi anak soleh satu hari nanti..

    ReplyDelete
  6. makin hensem laaaa qaiser ilman ni ;) mata coklat macam aunty la ;)

    ReplyDelete
  7. nak backlink free ? sila tinggalkan link di page BLOG SYIRA LOKMAN :D

    ReplyDelete
  8. yeayyyy...abang qi dah besar dah... nak masuk 3 tahun dah...

    ReplyDelete
  9. Hihihi. Haii Qi comel. Wahh dah nak masuk tiga tahun :)

    ReplyDelete
  10. Salam, haha alahai comelnya..bijak pandai dah ya..comel je cara dia tanya dan jawab tu..hehe

    ReplyDelete
  11. qi sebaya ijat :)
    ijat end of this month masuk 3 thn, jue...
    moga qi jadi anak soleh ye.

    ReplyDelete
  12. Selamat Hari Raya saya ucapkan buat sis & si chumel Qaiser!

    ReplyDelete
  13. comel qi..bukan main lg gmbr selfie ngan umi tu..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com