Resepi Buka Puasa Nasi Lemak Sambal Berapi | Julia Johari
Booking.com

Resepi Buka Puasa Nasi Lemak Sambal Berapi


Hari ini Ahad 21 Jun 2015 sepanjang hari duduk dirumah sejak dari bersahur mengemas rumah dan ulang alik dalam rumah je. Heaven betul dapat peluang duduk rumah je. Sambil2 tu fikir nak masak lauk apa nanti berbuka kan.

Suami request nak makan nasi lemak je. Weee senang je pun. Mujur mood rajin tu dah datang hari ini. Stok sambal pun dah siap ada dalam peti ais. Cuma nak golek atas periuk je kan hehehe. Kalau gini hari2 nak duduk rumah je lah...tak terkata jadi suri rumah ni. Hmmm xper beberapa tahun je lagi. Sabar.

Nak buat Sambal Nasi Lemak?
Alaaa senang je pun semua orang pun tau, aah memang ikut selera masing2 kan. Bagi family julia ni dari Qaiser ilman sampailah ke atok nenek dia termasuk suami dan tuan punya blog ni kaki makan pedas. So sambal resepi nasi.lemak ni ju kongsikan kot2 orang bujang baru nak belajar boleh buat sendiri resepi berbuka puasa mudah ini.

Bahan bahan sambal
Segenggam cili kering (pilih kurang pedas)
Cili padi (beli jenis cili padi kampung)
1 inci halia tumbuk
2 biji bawang putih tumbuk
1 bawang merah besar (mayang halus)
1 kulit kayu manis
1 senduk Minyak

Rebus dulu cili kering tu kemudian tos basuh dengan air bersih sehingga biji cili bersih, tumbuk cili kering tu kasar2 dengan cili padi.

Panaskan minyak. Tumis halia, bwg putih dan kulit kayu manis sampai naik bau, perlahan kan api.

Masukkan cili tumbuk tu, jaga api dapur. Buka perlahan je. Gaul sampai naik bau dan pecah minyak.

Masuk garam dan sedikit gula.

Tadaaa siap! Mudahkan.
Nasi lemak mudah je nak buat tengok resepi dibawah
Side dishes wajib ada, hirisan timun, ikan bilis, telur rebus dan pedal serta hirisan ayam goreng.

Bahan Nasi Lemak
2 pot beras
1 kotak santan
1 inci halia tumbuk
3 biji bwg putih tumbuk
1 biji bwg merah sederhana besar
1 kulit kayu manis
3 biji bunga cengkih
1 serai dititik

Garam dan gula secukup rasa.

Basuh beras bersih2, masukkan ke semua adunan diatas dan kacau. Masukkan dalam rice cooker. 

Siap!!!

Mudahkan. Cubalah Resepi Berbuka Puasa Mudah dari Julia Johari hari ini. Hari ini rajin update blog guna hp je guna app Blogaway. Pi download app tu k. Okey selamat berbuka puasa semua. Bye.



14 comments:

  1. nasi lemak mmg favourite dish masa tengah malas masak hehe. sedap, senang masak & anak anak suka :-)

    ReplyDelete
  2. insyaAllah nak cuba satu hari nanti.. mekasih kakju.

    ReplyDelete
  3. Cantik sambal tu, merah menyala! Kompom berapi nih...

    ReplyDelete
  4. berapi sambal ye..tkleh la mkn pedasss sgt

    ReplyDelete
  5. haah kan..berbuka ngan nasik lemak pun sodappp jgkkk..

    ReplyDelete
  6. berapi yang x tahan tue..
    tgk warna pun mmg berapi tue.
    merah tahap hitam dah.
    heheh..

    ReplyDelete
  7. nmpak sedap la julia..
    nsi lemak feberet dayyan.. eh.. mmy die jgk..

    ReplyDelete
  8. da masak nasik lemak kelmarin :)
    simple and segera kan.
    sedap plak tu...

    ReplyDelete
  9. nasi lemak.. telur banyak.. fifi suke!~

    ReplyDelete
  10. Owh camni cara Julia nanti nak cuba pulak sebab aula masak nasi lemak dah 3/4 masak baru tuang santan. Boleh cuba cara ni.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com