Perkahwinan Adik Perempuan Bongsu | Jastina Johari dan Mas Faizal di Roof Garden Hotel Bukit Jelutong Shah Alam | Julia Johari
Booking.com

Perkahwinan Adik Perempuan Bongsu | Jastina Johari dan Mas Faizal di Roof Garden Hotel Bukit Jelutong Shah Alam

Doa terbaik untuk mereka berdua. Alhamdulilah, syukur ke hadrat Allah Taala, adik perempuan bongsu kami selamat mendirikan rumah tangganya dengan pasangannya yang sudak sejak azali kami sudah lama mengenali malah beliau juga adalah pengapit perkahwinan kami 4 tahun yang lepas. Kini mereka sudah disatukan, termeterai janji ijab dan qabul disaksikan semua para family kedua-dua pihak dan tok kadi serta saksi.

Pesanan kakak,
Jastina nak jadi isteri ini banyak tanggungjawab yang perlu kita corakkan. Bukan hanya menunaikan amanah zahir dan batin, malah lebih dari itu kita boleh corak keluarga kecil kita menjadi besar. 

Akak tahu, jastina dan faizal memang pandai berdikari, tak menyusahkan kedua ahli keluarga masing-masing, tapi sejauh mana kalian pergi, ingatlah kalian berdua punya ibu dan ayah serta adik beradik. Saling bertanya khabar, risik perkabaran berita terbaru dan lama, jika ada masalah sekali pun bawalah berbincang dengan baik-baik. 

Kerana ujian itu adalah lumrah dalam asam garam berumah tangga, malah ia lagi menguatkan ikatan jika kalian pandai menjaganya. Jadikan ia sebagai corak luar biasa, bukan masalah luar biasa yang memungkinkan perkara yang sapa=sapa pun tak ingini.

Kami semua bersykur, dengan adanya talian perkahwinan, 2 keluarga besar bersatu, keluarga yang jauh datang ke majlis, bertambah mesra jadinya. Kalian semua adalah keluarga kami juga, terima kasih tak terhingga buat belah keluarga pengantin lelaki yang banyak menjayakan majlis ini. 

Hadiah kalian, 
Kak julia compose video ini khas untuk anda berdua, ketahuilah, dengan video ini akak mainkan untuk kalian hari-hari. Jikalau ada teguran dari kakak itu tandanya sayangnya sampai sukar diluahkan, jikalau kakak diam bukan tandanya kakak tak ingat akan kalian, tapi ingatan itu hanya Allah yang tahu. Jika salah seorang daripada kami tiada termasuk akak suatu hari nanti, ketahuilah sampai ke syurga akak tunggu kalian. 

Terimalah, hadiah sekecil cuma, besar dari hati seorang bernama kakak. 
Assalamualikum WBT.


Status di FB Julia Johari tempoh hari: 
"Alhamdulilah! Selamat sudah adik perempuan bongsu kami bersanding malam tadi dengan rombongan kereta racing berderummmm derum kt luar hotel...dengan paluan kompang bergema satu hall...terima kasih semua tetamu belah pengantin perempuan dan tetamu saudara mara baru kami belah pengantin lelaki :) 
2 family 1 kenduri memang meriahhhhh sgt2. So happy malam tadi makan nasi minyak bertambah2 hahahahaa tu tandanya bahagia kan hehehe...congrates adik!"
Gambar selebihnya akan diupload dalam album FB, nantikan ya.

19 comments:

  1. Assalam julia,
    waaaaaaaaaaaa
    too tweet la kakak ni he3
    semoga adik uols berbahagia hingga syurga naaaa AMIN

    p/s: iols nampak clutch itu he3

    ReplyDelete
  2. tahniah adik juju.. semoga bahagia hingga ke syurga..

    ReplyDelete
  3. tahniah semoga berbahagia sehingga ke jannah, dekat angat-angat ni dah dengan rumah I is ni....

    ReplyDelete
  4. Congrats Juju dapat adik ipar baru & congrats jg buat adik Juju yang baru dapat pasangan hidup..

    ReplyDelete
  5. Congrats! Bertambah ahli keluarga. Moga Jastina & hubby dikurniakan zuriat yang soleh & solehah serta kekal bahagia hingga ke jannah, Amin...

    ReplyDelete
  6. Congrats utk adik julia..
    Semoga berkekalan hingga ke anak cucu

    ReplyDelete
  7. Tahniah buat your sister...semoga bahagia till jannah...

    ReplyDelete
  8. Assalamu'alaykum dan salam ukhwah!!! (^___^)

    is folo di #595

    ReplyDelete
  9. mabruk!!! barakallahu lakuma fi khoir untuk pasangan pengantin (^____^)

    ReplyDelete
  10. selamat beradik ipar baru dik ju :)

    ReplyDelete
  11. tahniah untuk aDIk Ju..semoga bahagia..tahniah jugak untuk Ju..bertambah ahli keluarga..makin meriah tu..

    ReplyDelete
  12. tahniah adik akk ju..semoga jadi isteri yang solehah

    ReplyDelete
  13. selamat pengantin baru utk adik julia..semoga berbahagia hingga ke jannah ;)

    ReplyDelete
  14. tahniah jastina johari.. bahagia selalu..

    ReplyDelete
  15. Tahniah utk pasangan pengantin.... Klu kita t'haru kot Ade kakak yg sudi buatkn video tp syg Cikna xde kakak la plak.....

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com