Apa menu berbuka puasa kegemaran satu family | Julia Johari
Booking.com

Apa menu berbuka puasa kegemaran satu family

Sebut je Gulai Ikan Kering Talang Masin air tangan mama, satu family angkat tangan. Hoiiiiiiiii sedap sungguh, gambar atas ni satu periuk my mum masak tau. Rasa ikan kering talang tu tak masin sangat sebab ada cara my mum ajar macam mana nak basuh. Caranya rendam dengan air suam satu malam, kemudian basuh dengan air biasa sampai bersih. Mudah je kan, kalau tak basuh bersih2 maunya masin satu gulai kalau salah cara. Dimasukkan sekali kentang dan terung bulat bertambah selera my son si tecik tu makan, tu baru 3 tahun, ni yang kami dah tua muda remaja pun sebat sampai ke sahur, licin seperiuk. Mujur ramai family berbuka sekali. Alhamdulilah.

Menu kedua my mum masak, siap call lagi bagi tau julia, jangan masak bawa apa2 lauk, mama nak masak pucuk ubi kayu masak lomak cili api...julia suka kan? Abi suka kan? (abi tu panggilan untuk menantu dia hahahha) mestilahhhhhhhhh suka, menu kegemaran satu family ni. Nikmat berbuka lepas solat maghrib dulu jamah ulam2 ni perghhhhhhhhh menyengat lidah.

Menu ketiga my mum masak, ehhhhh rajin mak aku ni, aku tak faham mana tenaga dia dapat sepanjang bulan puasa ni nak jamu bagi makan anak2 dia termasuk menantu dan cucu, dia buat pula si Bubur Kacang Hijau kurang manis ni....aku faham kenapa dia suka sangat bagi anak2 menantu dia makan, sebab kata dia, mama pua shati tengok korang makan dan tapau bawa balik, satu kepuasan mama dapat. So apa lagi tapaulah banyak2 leh makan tuk sahur hehehehhe

Start dari bawah ini semua PARAM, beli di pasar ramadan. Kami ye turn beli kuih, kegemaran port beli kata PARAM DANAU KOTA. Oihhhhh ini kuih bingka kegemaran my abah selamanya, dia kalau dapat hadap bingka ni sorang2 cukup dah. Abah kata pandai korang beli bingka ni lembut banyak guna telur, kalau keras kejung tu tak sedap sebab guna tepung je lebih. Siapa kata kt PARAM tak ada port jual kuih yang sedap. Adaaaaaaaaaa, tapi kena rajin cari makcik ke pakcik mana yang jual sedap tu. Pastu jangan tukar2 dah gerai hehe.


Popia Sira ni ya Allah, sedappppp sangat, pertama kali my abah yang cerewet kalau beli makan dari luar dia puji popia sira ni sedap...ni semua my hubby yang beli, pandaiiiiiiiiiii cari port terbaik.

My Mom kalau display macam makan kt hotel taraf 5 bintang hahahhaahha


 Paling tak dilupakan, kurma, ini lah pembuka ramadan paling afdal sekali. Kemanisan berpuasa terasa bila jamah kurma yang sedap.

Best kan berbuka dengan family, korang suka makan apa berbuka?

14 comments:

  1. Syiok klu dpt mkn air tgn mak sndiri..
    Kan???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan selalu dapat makan air tgn mak sejak dah kahwin nak masuk 4 thn ni sis...seronokkkkk

      Delete
  2. bubur kacang lama tk mkn..popia sira tu fav gk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bubur kacang mmg fav forever...popia sira tu mmg sedapppp betul ranggupppp

      Delete
  3. pucuk ubi tu julia.. sedapnye.. kalau buat sahur pon sedap..

    ReplyDelete
  4. sedap tgk semua lauk2 tu ju...nyum2...mcm ain berbuka x berapa gemar mkn nasi putih...suke mkn yg goreng2 je..hehe..

    ReplyDelete
  5. kite suka buka dengan apa-apa makanan yang dah kite pikir dari semalam atau benda2 yang kita sangat teringin..gigih mencari atau masak sendiri..ahahha
    tengok hidangan camni masa puasa....hoihhhh terliuqqqq

    ReplyDelete
  6. terliur nya tgk ikan masin tu.. huwarghhh

    ReplyDelete
  7. julia!!!!!!!...sedap gilaaa tgk pucuk ubi kayu tu. alahaiii.......meleleh air liur...dh terbayang rasa kt tekak. cmneeee tuuuuuu

    ReplyDelete
  8. Sedapnya semua juadah berbuka puasa jue..farah berbuka masak ala kadar jer..hehehe

    ReplyDelete
  9. kalau masak sendiri masak simple2 je..ye la, nk msk ngan ank kecik kan..terhad sket ms..klu kt umah mak meriah sket..ms tu nk ape, ckp je..hihi

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com