PTPTN dengar pun dah gerun, tapi dialah penyelamat dan pembantu besar semasa di Universiti mahupun Kolej. Gambar diatas julia.snap tika berada di pusat membeli belah. Makin banyak port ini ditubuhkan di merata-rata kawasan tumpuan orang ramai. Bagus. Sekurang-kurangnya rakyat yang pernah meminjam akan peka yang dia berhutang dengan negara. Tanya diri, sudah lunas tanggungjawab?

Jika ada masalah sila lah berkongsi masalah di port PTPTN ni, bukan apa, ada jalan keluar untuk anda nanti. Jangan dah kena blacklist kena bayar denda makan ribuan juga. Hati hati kawan. Yang dah pernah kena tau lah macam mana azabnya, nak pusing depan belakang pun tak boleh dah sebab kena juga bayar denda.

Sekarang makin canggih, dulu susah kena pergi pusat utama semata nak berbincang dengan pegawai PTPTN. Zaman julia dulu 2011 jenuh gak la nak berulang alik semata nak lunaskan bayaran lump sump. Hasil kerja keras 3 tahun dengan gaji tak seberapa dapat gak kumpul duit setiap bulan, jangan ditanya shopping atau melancong jauh sekali.

Masa fresh graduate dapat kerja ikat perut, niat kena langsai tanggungjawab.  Tapi malangnya julia bukan jenis bayar rutin, sekali bayar 3 tahun tak bayar. So nama kena blacklist. Time tu mana dapat pun surat dikatakan blacklist. Dia orang kata dah bagi surat warning sebelum ini. Tapi tak terima, bukan rezeki.



Tahun 2011
Tahun ini Allah bagi rezeki kerjakan umrah tajaan dari family. Alhamdulilah. Time nak buat Pasport Kegemilangan tu la stuck!!!

Pegawai imegresen bisik, adik ada buat pinjaman kah? Hummm jawapan ku pinjaman apa? Masa study? Ohhh PTPTN ada la.

Adik kena selesaikan dulu buat lepasan bayaran untuk buat passport ya. Luluh hati penat beratur, buang masa dari pagi semata nak buat passport, adik beradik ku yang lain happy mereka dah ada passport. Aku? Menangis dalam hati.

Aku cek buku akaun CIMB. Hurmm adalah dalam 24k. Kerja 3 tahun orang bujang, naik 2x bas pergi kerja, bagi duit kat mak ayah sikit, makan pun ikat perut boleh simpan 1k sebulan lebih kurang.
Time tu aku dah couple dengan bakal suami ku sekarang, dialah banyak bantu tolong bagi sokongan moral. Aku cakap dengannya, tekad nak buat bayaran lumpsump 19k yang aku pinjam masa study dulu semata nak buat umrah.

Jihad
Itulah jihad yang terbesar pernah aku buat. Semata Allah aku bayar 22k sebab denda 2k kerana blacklist.

Alhamdulilah selesai bayaran selapang lapang dada yang aku rasa. Kalau nak mati kat Makkah pun aku rela dah hutang selesai.


Nikmat bebas hutang
Tak terkata jadi warga bebas hutang dengan kerajaan. Memang menangis la weh 24k tinggal 1k lebih je. Tapi aku yakin aku akan dapat balik rezeki lain nanti.

Lepas 5 tahun, lebih dari itu aku dapat balik rezeki Allah. Syukur nikmat.
Pengajaran untuk kalian dan adik2 yang baru tamat pengajian, usahalah dari sekarang kumpul duit dan buat bayaran termampu. Jangan tiru macam julia sampai kena blacklist bertahun pun tak perasan sebab tak keep in touch dengan sang pemberi bantuan.

Jaga diri...jadilah warga bebas hutang.
Sekarang julia hidup bahagia, tak payah pikir hutang PTPTN. Ingat cerita julia. Anda pasti sampai hidayah nanti. All the best!

7 Comments

  1. alhamdulillah..settle dah ju..
    hebat la ju menabung ms bujang..sebulan bole simpan dekat 1k jgk..cmne tu?share la tips..

    ReplyDelete
  2. Assalam julia,
    alhamdulillah
    tahniah3

    ReplyDelete
  3. Tahniah Kak Ju!!!

    PTPTN ni sebenarnya tanpa sedar macam Along Halal... macam-macam masalah... sebab tu masa saya 2nd year, sy stop ptptn and bayar guna duit sendiri. memang mahal, memang sakit kak.. lagi pulak di UM. yang memang kos law harga sangat mahal... tapi Alhamdulillah bantuan keluarga dan tambah duit blog, kita boleh survived! :)

    ReplyDelete
  4. Fuhh idola! Ajarlah tips berjimat dan menabung tu kat kami. Yaya pun skrg buat bayaran rm300 setiap bulan utk byr balik. Semput juga tapi usahakan juga selagi daya :')

    ReplyDelete
  5. Bagus dpt setel.awal2..
    Akak bt potongan gaji je sis..

    ReplyDelete
  6. Huhu, timm pun dlm usaha utk lngsaikan.bru setaun lbey bayo..huhu..

    ReplyDelete
  7. Bestnyaaa akak! Thanks tawww tipsss ni . Nak amik tipss akak .

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)