Advertorial

Homestay Solehah Dungun Terengganu - Anda berhasrat mahu bercuti atau hendak mendapatkan perkhidmatan tempat penginapan berbentuk 'Homestay' anda boleh membuat pilihan baik di Homestay Solehah Dungun. Penginapan homestay ala-ala banglo mewah di Terengganu ini sangat mengamit perhatian kerana pelbagai kemudahan yang disediakan seperti dirumah sendiri. 
Bagi individu ataupun keluarga berhajat besar ingin bercuti di Terengganu atau mahu menghadiri majlis perkahwinan, mendaftarkan anak atau pelajar di Politeknik Sultan Zainal Abidin, SM Sains Dungun atau menghadiri konvokesyen di UiTM Dungun, Terengganu Darul Iman inilah homestay yang selesa, murah dan jimat untuk anda sekeluarga mahupun rombongan.

Homestay Solehah Dungun Pilihan Ramai Pengunjung. 

Untuk makluman, Homestay Solehah kini beroperasi dengan 4 buah rumah. Ada homestay berhampiran kawasan pantai dan ada homestay duduk didalam kawasan kejiranan Melayu. Nanti julia sertakan detail website dibawah nanti anda sendiri boleh buat pilihan jenis Homestay Solehah Dungun yang anda minati. 

Masalah Pencarian Homestay
Ketahui kebanyakkan daripada kita pening nak mencari homestay jika bergerak dengan kumpulan, family dan rombongan yang agak besar ke Terengganu. Takkan nak pilih hotel sudah semestinya kos mahal. Tapi kalau anda jenis berjimat cermat dan mahu suasana dalam kampung atau berdepan dengan pantai, homestay solehah menjanjikan keselesaan seperti kita menginap di rumah sendiri.

Harga Penginapan
Kos penginapan terendah anggaran [1 malam antara RM120 hingga RM180 semalam]. Murah dan berbaloi dengan fasiliti dan kemudahan ruang homestay yang luas dan bilik yang banyak. 

Kalau menginap di hotel pun paling murah 1 bilik semalam RM200 ke atas, itu 1 bilik, ini ada 3-4 bilik semalam kos terendah hanya RM180 sahaja. Jimat berganda kalau anda sendiri mahu buat congakan.

Pilihan Homestay Solehah Dungun Terengganu
a) Homestay Solehah Beach View
3 bilik 2 bilik air, ada dapur dan ruang makan yang selesa. Harga RM120 semalam, jika menginap lebih dari 1 malam harga boleh dirunding, mana tahu anda dapat murah, tak ke jimat lagi. Sure homestay ini sangat best sebab berdekatan dengan pantai dan kawasan peranginan. Jom mandi pantai.


b) Homestay Solehah II


Gambar dibawah adalah banglo jenis Semi D boleh muat dalam 8-15 orang sebab ada 4 bilik tidur dan 2 bilik air. Ruang tamu dan bilik utama berhawa dingin. Besar sungguhkan, julia sendiri tengok page Homestay Solehah Dungun ini boleh memuatkan 2 biji kereta dalam perkarangan homestay. Selamat dari kes kecurian dan kehilangan kereta.


c) Homestay Solehah III
Kawasan luar perkarangan homestay III ini sangat luas, boleh parking banyak kereta, setakat 10-15 orang boleh sangat menginap ramai satu family, kalau ada toto jangan lupa bawa, senang nanti anak-anak atau cucu-cucu boleh tidur.

Puas hati melihat rangkaian pilihan homestay solehah dungun ini, ibarat seperti menginap di rumah sendiri, kalau ke Terengganu book dahulu homestay ini sebab homestay ini selalu pelanggan tempah untuk apa jua event. 


Tempat Menarik di Dungun, Terengganu.


Nak bercuti tapi tak ada idea, disini julia nak bagi tips melancong jika anda berkelapangan boleh bercuti ke tempat seperti berikut sambil boleh buat tempahan di Homestay Solehah Dungun

Antaranya:
  • Pulau Tenggol - Skuba  
  • Terowong Keretapi Bukit Tebuk - Peninggalan Jepun
  • Rantau Abang, 
  • Tanjung Jara, 
  • Air Terjun Chemerong, 
  • Bukit Besi, 
  • Tasik Puteri, dan 
  • Hutan Simpan Pasir Raja.
Keindahan Pulau Tenggol Dungun Terengganu - tumpuan penyelam skuba


Menikmati kecantikan Air Terjun Chemerong Dungun Terengganu

Jom Terengganu

Teruja melihat video di Terengganu, haaa banyak sebenarnya tempat bersejarah dan keindahan tempat-tempat menarik yang perlu kita terokai. Rancanglah percutian sambil menginap di Homestay Solehah Dungun secara bajet dan cantik tapi bertaraf 5 bintang. Selamat berhomestay! ^_^


Tempahan Homestay
Waze Alamat:
Lot No 24, 43, 41 Taman Sura Jetty 2,
Jalan Masjid Sura Lama,
23000, Dungun Terengganu

Website: 

Email:
homestaysolehah@gmail.com

Call / WhatsApp:
Puan Nor: 013-9326751 / 013-7686751

8 Comments

  1. Tengok dari luar pun dah tahu selesa. :D

    ReplyDelete
  2. pegi tganu memang best!!
    terkenang2 pegi thn lps tp xupdate2 lg kt blog..bersih je homestay dia..ok la..murah jgk..sesuai klu pegi ramai2 ngan family..

    ReplyDelete
  3. inshaallah pg terengganu akan contact

    ReplyDelete
  4. menarik.. inshaAllah kalau rasa2 nak ke ganu bleh ambik homestay yang nampak selesa ni. thx adik Juju :)

    ReplyDelete
  5. macam best je..kalau perlu memang saya nak cuba juga..boleh jimat kos

    ReplyDelete
  6. Menarik:)
    Klu ke kemaman...singgahla nesaprima home stay:
    http://nesaprima.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Assalam julia,
    homestay ni kalo dok reramai baru best kan3

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)