Persidangan Dewan Rakyat Paling Lama Dalam Sejarah 4.25 pagi | Parlimen Malaysia | Julia Johari
Booking.com

Persidangan Dewan Rakyat Paling Lama Dalam Sejarah 4.25 pagi | Parlimen Malaysia


Persidangan Dewan Rakyat Ditangguh, 12 Rang Undang-undang Dilulus

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) - Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Parlimen Ke-13 yang bersidang selama 20 hari bermula 9 Mac lepas, ditangguhkan hari ini ke suatu tarikh yang akan ditentukan kelak.

Penangguhan itu dibuat oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Dr Ronald Kiandee pada 4.25 pagi Jumaat, iaitu persidangan sehari paling lama dalam sejarah Persidangan Dewan Rakyat.

Sepanjang persidangan berlangsung, Dewan Rakyat telah meluluskan 12 rang undang-undang terdiri daripada enam rang undang-undang baharu dan enam pindaan akta.

Rang undang-undang baharu termasuk Rang Undang-Undang Teknologis dan Juruteknik 2014; Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) 2015; Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015.

Turut diluluskan, Rang Undang-Undang Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015; Rang Undang-Undang Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2015 dan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2014) 2015.

Pindaan akta yang diluluskan pula ialah Rang Undang-Undang Penjara (Pindaan) 2015; Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)(Pindaan) 2015; Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (Pindaan)

Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2015; Rang Undang-Undang Hasutan (Pindaan) 2015 dan Rang Undang-Undang Ahli Parlimen (Saraan)(Pindaan) 2014.

Sementara, sebanyak lapan rang undang-undang lain yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama dan kedua pada persidangan kali ini, ditangguhkan ke persidangan akan datang.

Rang undang-undang itu ialah Rang Undang-Undang Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan) 2014; Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2015; Rang Undang-Undang Keterangan (Pindaan) 2015; Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2015.

Rang undang-undang lain adalah Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Persaraan (Pindaan) 2015; Rang Undang-Undang Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2015 dan Rang Undang-Undang Ahli Kimia (Pindaan) 2015 dan Rang Undang-Undang Kebajikan Haiwan 2015.


[Minggu depan Dewan Negara berlangsung 13 April - 29 April 2015]
Selamat bertugas!

1 comment:

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com