Jom Masker Wajah dan Atasi Masalah Keguguran Rambut | Review Produk | Julia Johari
Booking.com

Jom Masker Wajah dan Atasi Masalah Keguguran Rambut | Review Produk

Entry menarik kali ini julia nak kongsikan dengan pembaca semua tentang Masker Wajah dan Cara Nak Atasi Masalah Keguguran Rambut Berpanjangan. Jujur julia cakap, julia bukanlah seorang yang rajin nak buat masker waktu malam sehinggalah julia sendiri mencuba 1 produk ini. Boleh dikira bertahun-tahun jugalah julia tak pernah buat masker, tapi bila buat kajian rupanya kepentingan masker inilah dapat menanggalkan sel-sel kulit mati diatas lapisan kulit wajah disamping itu dapat melembabkan wajah. Nanti julia cerita cara-cara nak buat masker diruangan terakhir, sebelum itu mari kita baca kisah utama masalah rambut keguguran dikalangan wanita.




Gambar Sumber : Google

Masalah Keguguran Rambut 
Masalah rambut gugur berterusan semakin parah hari demi hari, tapi tak adalah sampai botak macam gambar kt atas tu, cuma semakin teruk bila tengok kawasan lantai rumah, dicelah-celah bantal dan bila sikat rambut mesti segenggam rambut dapat dikumpul. Walaupun rambut julia tetap tebal, tapi sebagai ibu anak satu, sudah pastinya rasa risau melampau bila suami dah mulai tegur. 


Julia tak dapat lah nak tunjuk bukti masalah rambut tu, sebab rambut kan aurat, jadi masalah ini julia hadapi la diam-diam walaupun dalam hati tetap rasa risau. Puan Noor Aeinna Musa bercadang nak bagi julia cuba 2 produk yang beliau sedang jual. Memang nama produk itu dah lama tersohor dan julia dah cuba selama seminggu. Jom kaji punca masalah yang mungkin anda juga hadapi bersama.

Tahukah Anda Punca Keguguran Rambut?
  1. Kekurangan Zat Nutrisi tertentu terutama sekali kalsium dan mineral-mineral yang tertentu boleh jadi pencetus utama rambut tak tahan dan mudah rapuh.
  2. Selepas melahirkan anak
  3. Tahap estrogen wanita rendah
  4. Tekanan emosi kerana penat
  5. Tidur tak cukup
Faktor-faktor inilah buat kita rasa rendah diri. Bertudung memanglah orang luar tak nampak, shampoo punca rambut gugur? Oh tidak semestinya kawan-kawan, tohmahan terhadap shampoo tu hanya bersifat luaran sahaja, rambut gugur ini adalah dari masalah dalaman kita sendiri. 

Bukan setakat rambut gugur sahaja, jika kita abaikan nutrisi seimbang ia juga penyebab masalah lain seperti kurang bertenaga, payudara kendur, masalah kolestrol tinggi, kulit mulai kusam dan rasa penat serta mengah selalu. Justeru itu ada produk natural dapat menangani masalah ini.

1. OsteMatrix
Tangani masalah Osteoporosis.
OsteMatrix memang kaya dengan Kalsium, hanya pengambilan 1 biji OsteMatrix bersamaan dengan 1 gelas susu tinggi kalsium. Jika anda memang tak suka minum susu putih, hanya mengambil 4 biji atau 2 biji OsteMatrix setiap hari cukup melindungi keseluruhan kalsium untuk tulang serta menguatkan rambut. 
  • Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.
  • Membantu mengelakkan kekejangan dan sakit tulang belakang -  Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis.
  • Oste boleh juga di ambil sebelum tidur untuk bantu tidur yang lebih lena (atasi insomnia).
  • Kandungan magnesium dalam ostematrik juga berfungsi melembutkan najis iaitu sangat sesuai bgagi mereka yang mengalami masalah penyahtinjaan atau sembelit.
  • Tiada silika gel dan mendapat pengesahan KKM.


Julia mengambil 2 biji ostematrix setiap hari selepas makan pagi untuk langkah awal melindungi keseimbangan kalsium dalam tubuh badan. Julia bekerja banyak duduk dan kurang berjalan, serta bersenam buat badan rasa kejang, stress dan rambut mulai gugur banyak sebab punca persekitaran kurang kondusif.


More Than Just Calsium
Wanita dan Lelaki digalakkan untuk mengamalkan OsteMatrix, bentuk botol yang sangat kecil dan mudah dibawa ke dalam beg mahaupun travel memudahkan anda untuk menjaga tahap kalsium didalam tubuh kekal seimbang. 

Tangani masalah Osteoporosis sejak awal lagi. 



2. ESP Soy Protein Isolate Powder
Inilah dua produk yang julia sedang review dan diperkenalkan oleh Puan Noor Aeinna Musa dari web Ena Vitamin Shop BB Bangi. ESP Soy Protein Isolate Powder dengan OsteMatrix dari produk tersohor keluaran Shaklee Malaysia.

Kenali Keistimewaan ESP Shaklee
  1. Payudara Anjal.
  2. Kawal Kolestrol.
  3. Diet yang mengenyangkan.
  4. Memudarkan dan menghilangkan parut.
  5. Milkbooster terbaik.
  6. Memberi tenaga.
  7. Membantu masalah kesuburan.
  8. Kulit cantik, halus, gebu.
  9. Kesihatan jantung dan prostat.

Banyak sungguh kelebihan ESP Shaklee, protein bukan GMO yang lengkap dengan semua Asid Amino, rendah lemak dan bebas laktosa serta kolestrol amat sesuai digunakan untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur. Bukat setakat orang muda, ibu dan ayah serta atuk nenek digalakkan ambil ESP Shaklee sebab ia menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar yang ekstrim.

ESP ni rasa sedap betul, perisa vanila, tak muak pun, boleh ganti buat minuman sarapan.

Jom Sarapan ESP Shaklee!
  1. Ambil 1 ke 2 sudu besar serbuk ESP Shaklee ke dalam gelas.
  2. Masukkan sedikit air suam dan campurkan dengan air masak.
  3. Kacau sehingga sebati.
  4. Lagi sedap campurkan ia dalam aneka jenis minuman seperti minuman berasaskan susu dan lain-lain.
  5. Kenyang dan sangat mudah. Dalam masa yang sama ESP Shaklee ini anda boleh buat masker.
  6. Jom Buat Masker!


Jom Buat Masker 6 Langkah Mudah!
  1. Ambil 1 sudu kecil ESP Shaklee. 
  2. Kemudian, campurkan didalam air biasa gaul sehingga sebati. 
  3. Kalau rajin beli yogurt biasa dan campurkan sedikit serbuk ESP bersama-sama. Jika tiada yogurt terus gunakan ESP Shaklee pun boleh tiada masalah. 
  4. Sapukan ia pada keseluruhan wajah. 
  5. Tunggu 10-15 minit sehingga masker ESP Shaklee betul-betul kering. 
  6. Basuh dan bilas muka sehingga bersih.
Tadaaaaaaaaaa, terasa sangat lembab dan muka kurang sembab. Amalkan seminggu 2 kali atau 1 kali seminggu sudah memadai untuk menanggalkan sel-sel kulit mati diatas lapisan kulit wajah. Selamat Mencuba!
Pic No Filter.

HOW TO ORDER:
WhatsApp: 013-357 3153

12 comments:

  1. Assalam julia,
    wamboi
    suci bersih putih gitew he3

    ReplyDelete
  2. comel comel comel...gebu-gebu-gebu...

    ReplyDelete
  3. gebunyaa dia... dah laa mata coklat... ^_^

    ReplyDelete
  4. Cantik la awak....nak kenal boleh ??...

    ReplyDelete
  5. patut la 2,3 menjak ni Ju nampak cantik..siyes nih..kulit lawa..tak de bintik2 dan jeragat .saya suka tengok muka ju..

    ReplyDelete
  6. Paling win yg buat masker tu...flawless jer kulit ju...

    ReplyDelete
  7. Teringin dah lama nak try shaklee ni. Memang bagus shaklee ni. Tengok kawan kawan makan. Semua kulit mereka cantik cantik

    ReplyDelete
  8. Bunda sedang guna/minum ESP...ooo boleh dibuat masker juga yea..nanti nak cuba...

    Terima kasih share JJ sayang...JJ tak pakai masker pun takper...kulit dah putih gebu mulus dah...

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com