How To Make DIY Invitation Card Looks Awesome & Fast | Julia Johari
Booking.com

How To Make DIY Invitation Card Looks Awesome & Fast

How To Made DIY Invitation Card Looks Awesome & Fast | Gambar diatas adalah hasil tangan DIY Invitation Card untuk 2 Majlis Besar yang bakal berlangsung pada bulan depan tak lama lagi iaitu adik julia yang paling bongsu Jastina Johari. Dia lah pembuka mata kami serta pencetus dan pereka DIY kad jemputan Nikah dan Sanding yang boleh dibuat sendiri di rumah. Nak dapat bahan-bahan pun senang sebab kebanyakkanya banyak yang ready made. Apa yang kita perlukan hanya KERAJINAN dan MOOD! 


Julia pernah melibatkan diri dalam DIY kad satu masa dulu di zaman univerisiti lah, making some birthday wishes, diy kad hari raya dan lain-lain. But lately lepas konvo julia pendamkan bakat begitu sahaja macam pupus. Terkejut melihat adik perempuan bongsu julia yang bakal akan menamatkan zaman bujangnya tak lama lagi, gigih buat homemade DIY kad jemputan perkahwinannya sendiri.

Cara Dapatkan Bahan-bahan Kad DIY.
Mari julia kongsikan rahsia bagaimana adik julia tu boleh hasilkan kad perkahwinannya sendiri yang boleh menjimatkan kos GST dan tidak berlaku sebarang pembaziran. Julia copy paste tips adik julia dari FB ke sini. Anda baca dan faham okey.
"Sampul grey tu hot stamping beli ready made & kad gold tu pun hot stamping ready made tanpa nama...bahan-bahan kad beli kat pertama kompleks...dalam kad keras cipta kertas undangan design sendiri atau cari kat google FREE template yang dah siap, edit tarikh, tempat kenduri, dan lain-lain...nak nice tambah props luar kad seperti reben, kertas jenis lace design lubang2 bunga tu atau manik diamond lekat kan"

Kos DIY Kad
Tadaaaaaaaa, nice kan my adik DIY sendiri. 2 jenis event kad dia cipta sendiri dengan bakal pasangannya. Kalau di kedai printing kad kahwin, atau apa jua jenis jemputan sekalipun paling kurang kita kena tempah 500 ke 1000 keping kad dengan harga yang sudah tentu mahal. Julia dah tempuh alam perkahwinan, anda yang sudah berkahwin sudah pasti tempuh alam nak cari kedai printing kad kahwin yang paling murah tapi kena dengan citarasa kan, tapi tak semudah yang disangka. Duit juga lebih banyak kena labur, pastu kad berlebih-lebihan dah membazir. 

260 DIY kad x RM1.30 (anggaran 1 kad diy)
= RM338 (No GST)

Jimat sangat sebab kalau kt kedai paling murah kena tempah 500 kad ke atas, nak tempah 200 kad atau 300 kad susah nak jumpa, kalau yang nak jemput ramai lebih dari 500 ke atas boleh berbuat demikian. Sebab anggaran 300 kad mewakili banyak keluarga tu. Fikir-fikirkan jua bajet kos harga makanan catering juga ye.

Reben, Kad Keras Hot Stamping, Sampul ni korang boleh dapat kt Bangunan Pertama Kompleks, mahu pun di kedai-kedai alat tulis. Google je sekarang banyak kedai yang jual kad kosong cantik-cantik, kita cuma perlu ada sedikit kerajinan untuk edit dan print sahaja.

DIY Kad Jemputan Majlis Pernikahan yang sudah siap di print oleh adik julia. Cantiknyaaaaaaaaaa. Sure dalam dunia ni tiada copy paste kad dari siapa-siapa. So ekslusif.

Anda mahu titipkan kenangan terindah? 
Rajin-rajinkanlah buat kad kenduri kahwin sendiri yang anda sendiri boleh jimat berganda-ganda, sekarang kan musim serba serbi GST, maka DIY lah alternatif yang menarik untuk kita reka cipta sendiri, sentimental value yang tak terucap dengan kata-kata.

9 comments:

  1. Wah cantiknya...nini oon duy kad kahwin tapi biasa je..hihi

    ReplyDelete
  2. tolong buatkan untuk nani kak. Hehehhe :P

    ReplyDelete
  3. kene org rajin buat nie..org malas mcm akak memang tak la..hihiihii...

    ReplyDelete
  4. Dis is ohsem!!
    cantik & nampak exclusive sangat..

    ReplyDelete
  5. cantik nyee..kreatif sgt.. betul tu juju.. dulu nak jimat kena beli untuk both side.. sebab murah sikit banding kan asing.. dah laa minimum 800 keping.. kalau tau diy sendiri..

    ReplyDelete
  6. julia.. fifi dulu pon DIY kad kawen sendiri.. jimat..

    ReplyDelete
  7. santeknyeee ju..pandai adik ju..
    klu tempah tu dah bape dah kan..

    ReplyDelete
  8. Assalam julia,
    tangan seni
    kreatip gitew :)

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com