Akhirnya Ku Temui Jua Tajuk Lagu Tangis Sebatang Tamar | Julia Johari
Booking.com

Akhirnya Ku Temui Jua Tajuk Lagu Tangis Sebatang Tamar

Sudah lama tau Julia mencari tajuk lagu yang terngiang-ngiang setiap pagi di corong radio semasa memandu dalam kereta ke tempat kerja. Pertama kali dengar, Allahuakbar air mata aku mengalir deras, lihat anak disisi betapa aku bersyukur dapat melihat zuriat aku, lepas itu aku tangisi apa pengorbanan aku? Tiada!

Korang tau tak, lagu ini berjaya lembutkan hati aku yang keras, yang mencari kata-kata dari Allah, walhal aku sendiri yang masih lagi kabur dengan hala tuju aku sebagai seorang hambanya di dunia...ya benar kita memang Islam, tapi Islam hanya pada sebutan dan nama. Hati? Cuba tanya dan panggil hati korang tu keluar, betapa banyak kita lupakan Rasulallah?

Bukan senang nak cipta lagu yang boleh buat orang dengar luluh, tersentak dari lamunan, menangis kerana mengingati perjuangan Rasulallah. Hari ini julia dapat temui jawapan setelah penat mencari, rupanya bila kita hayati lirik tangis sebatang tamar, betapa malunya, betapa kerdilnya julia rasa, berkali-kali dengar air mata julia jatuh tak henti-henti, malu-malu dengan diri sendiri, adakah aku nanti dapat berjumpa dengan Rasulallah?

Aku bukanlah insan pilihan, tapi aku sangat tahu, lagu ini Allah bagi aku dengar, Allah nak bagi aku sedar, yang aku ada Rasulallah, ikuti perjuangannya, ikuti apa yang telah tinggalkan untuk kita, aku rasa kerdil sgt walaupun aku tahu aku besar, tapi aku zero sangat-sangat nak hargai perjuangannya....Allahuakbar.

Sempena hari Jumaat ini, mari kita sama-sama dengar lagu ini, hayati liriknya, hayati sedalam-dalamnya, kerana hati kita dicipta oleh Allah mudah dilentur jika kena caranya...lagu ini berjaya! Berjaya cungkil hati keras ku.

Subhanaallah!



Tangisan Sebatang Tamar...
Sedu sedan Itu bak ratapan si kecil Yang rindu belaian dan perhatian Yang mendambakan kasih dan sayang Dari seorang insan yang penyayang Tangisan itu dari sebatang tamar Yang sebelumnya menjadi mimbar Sandaran Rasul tika menyampai khutbah Diganti mimbar baru kerna keuzurannya Kisah tangisan sebatang tamar Menyentuh hati, mengocak perasaan Benarkah aku cinta, benarkah aku rindu Sedangkan tak pernah gugur air mata ku mengenangkan mu Tangisan itu dari sebatang tamar Yang sebelumnya menjadi mimbar Sandaran Rasul tika menyampai khutbah Diganti mimbar baru kerna keuzurannya Betapa kerasnya hatiku ini Untuk menghayati perjuangan mu Betapa angkuhnya diri ku ini Untuk menghargai perjuangan mu Ya Rasulallah Ingin aku menjadi sebatang tamar Yang menangis rindu kepada mu Ya Rasulallah Biarlah aku hanya sebatang tamar Namun dapat bersama mu di dalam syurga Tangisan itu dari sebatang tamar Yang sebelumnya menjadi mimbar Sandaran Rasul tika menyampai khutbah Diganti mimbar baru kerna keuzurannya

4 comments:

  1. ok..dah dengar..mmg tersentuh..

    ReplyDelete
  2. Bertambah tersentuh dengan video klipnya...

    ReplyDelete
  3. nak kena tnggu line laju sikit bleh dngr..
    jot down tajuk dulu..

    ReplyDelete
  4. selalu putar kt radio ikim.. suka lagu ni tapi nk download, xboleh plak..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com