Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilapor menghentikan sebentar majlis yang dihadirinya malam ini untuk bersama para hadirin mensedekahkan bacaan al-Fatihah untuk allahyarham Nik Aziz Nik Mat.
    “Innalillahiwainnailaihirajiun. Saya sedih mendengar Tok Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat telah pulang ke rahmatullah. Al-Fatihah,” tulisnya di Twitter.



    Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mengucapkan takziah kepada Nik Aziz melalui laman twitternya.

    Berikut pelbagai reaksi lain atas pemergian pemimpin penting PAS itu:

    Lim Kit Siang
    Penasihat DAP

    “Pemergian Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat kehilangan besar kepada negara. Takziah kepada anggota keluarga.

    Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail
    Presiden PKR

    "Bagi pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarga, saya menyampaikan salam takziah dan kesedihan kami kepada Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, di atas kembalinya Dato Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat ke rahmatullah sebentar tadi.

    "Bagi pihak PKR, saya ucapkan takziah kepada PAS di atas kehilangan Tuan Guru Mursyidul Am."

    Datuk S Ambiga
    Aktivis

    “Saya amat menghormati Tok Guru. Beliau seorang pejuang yang gigih.”

    Datuk Husam Musa
    Naib presiden PAS

    Istirehatlah dari perjuangan hidup yang melelahkan ini. Aku meredai pemergianmu. Insya-Allah kita akan bertemu dalam lindungan keampunan dan keredaan Ilahi yang kita sama buru.

    Syed Husin Ali
    Senator

    “Innalillahiwainnailaihirajiun. Alfatihah. Sedih baca kenyataan PAS (Mahfuz) Nik Aziz kembali ke rahmatullah jam 9.45 malam ini. Semoga Allah rahmati.”

    Datuk Seri Shabery Cheek 
    Menteri

    “Pemergian Tuan Guru Nik Abd Aziz adalah kehilangan besar utk negara. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh allayarham. Al-fatihah! ”

    Gobind Singh Deo 
    Anggota Parlimen Puchong

    “Amat sedih terima berita pemergian TG Nik Aziz. Takziah. Jasa baik TG kepada ayah saya Karpal Singh sentiasa dikenang."

    Barisan Nasional (Twitter)

    “Salam takziah kepada keluarga bekas MB Kelantan Datuk Hj Nik Aziz Nik Mat yang kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah.” [Sumber: http://m.malaysiakini.com/news/289140.html]


Pengulas sukan yang paling saya minati sejak kecil, suaranya tetap diingatan, jasanya pada negara sangat besar. SubhanAllah.

Menitis air mata Julia...
Semoga Allah merahmati mereka...aminnn
Perginya Tiada Pengganti - Al-Fatihah.....Sebak!

7 Comments

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)