TIPS LUAR BIASA BAGAIMANA BERKOMUNIKASI BERKESAN DENGAN ANAK-ANAK DI BAWAH 3 TAHUN – Dr Rozieta Shaary | Julia Johari
Booking.com

TIPS LUAR BIASA BAGAIMANA BERKOMUNIKASI BERKESAN DENGAN ANAK-ANAK DI BAWAH 3 TAHUN – Dr Rozieta Shaary


Qaiser ilman sudah menjangkau umur 2 tahun 5 bulan Januari 2015, fizikalnya baik sekali, cuma kerisauan julia bertambah bila dia semakin cerdik! Faham tak maksud julia cerdik tu suka explore new place dan suka tegur orang baru yang tak pernah dia kenal, ju akur dia sangat peramah dan tak takut pada orang tak kenal, malah dia suka berlari2 kalau pi tempat baru, nak pegang tangan atau berdukung sangat susah sikit sebab dia dah sangat berat lebih 11 kg, lama tak timbang tp nenek dan atuk dia pun kata berat.


Qi tak pernah pukul orang setakat dia pok pok jari dia tu nak melawak adalah, yang susahnya utk dia faham arahan kita ni, kalau pi majlis rasmi macam ceramah atau event melibatkan orang profesional ju terpaksa cancel, sebabnya Qi cerdik nak explore banyak tempat, so macam mana julia nak attend event yang dapat jemputan, nak bagi tahu kawan pun segan sebab anak julia sangat mesra orangnya hahahha, itu sebab julia terpaksa elak buat sementara waktu, mungkin QI dh umur 3-4 tahun dia dh mula faham arahan duduk dan mendengar senang nak bawa ke mana sahaja, tapi bila berjalan makan angin atau bercuti pandai pula dia dok behave dalam stroller atau buggy tu pun tak leh lama2 dia nak berjalan.........jalannnn...sampai kena lari kejar dia...

Dia sangat eksaited tgk tempat baru, ju risau dia kan kuat lari, kang terjatuh tersembam ke atau kereta tak nampak dia kan naya...maaf ek, julia perlu utamakan anak wpun event anda sangat teruja buat julia tak tidur malam nak pi, ni julia explain betul2 ni tak salahkan anak langsung sebab dia cerdik sgt la julia kena akur dan menahan diri dari join aktiviti formal. Non formal mcm party outdoor atau event melibatkan physical traning for kids julia memang suka join, sebab terus direct pada event anak2, maaf julia tak ambil kesempatan tinggal anak pada atuk dan nenek pada hari sabtu dan ahad, julia mmg bagi diorang rehat, so sabtu ahad adalah hari julia dan Qi berada di mana sahaja melibatkan event yang sporting utk kami hadiri bersama2 yg ptg bukan formal...formal tunggu ye Qi dpt adik ke kan leh slow sikit cerdiknya itu hehehe 

(Perkataan CERDIK digunakan dalam entry ini bukan nak membangga anak sendiri, tapi ganti nama kepada perkataan lasak dan nakal, doa ibu kan afdol, so anak2 yg aktif mcm Qi cakap je cerdik, doa ibu termakbul wpun penat nak kejor hahahha)

Jom julia nak kongsikan tips ni dari DOKTOR ROSE (IBU ROSE), julia copy paste entry menarik dari Dr. Rozieta Shaary (Ibu Rose) – Empower With Love. Julia suka mengikuti blog beliau, banyak tips parenting yang disampaikan oleh doktor ni, harap sama2 kita menimba ilmu termasuk julia sendiri ye. 
Seorang ibu muda pernah bertanya Ibu;
Anak sy mejangkau usia 2 tahun. Sgt active dan nmpk sgt bersemangat dlm semua benda. I guess she is excited in exploring new things. Dah boleh berckp few words dgn lancar n fhm mksud bila kita berckp dgn dia. Dah pndai juga mengekspresi diri-suka, sakit, marah n ingin berkuasa.
Sy fhm perkembangan ini adalah normal utk anak seusia ini (betul kan?). Cuma yg merunsingkan sy bila dia spt tak dgr kata dan arahan.
Sy mmg cuba dr dulu tidak tinggikn suara dan pndekatan mnghukum.
So klu sy marah, sy akan buat suara yg tegas sambil memberi pndngan marah (jengilkn mata).
But she seems doesn’t listen and willing to follow.
I know pendekatan mmberi penerangan on cause and consequences… but kids that age will they understand ? Sbb sy penah buat.. dia akan ttp mengulangi.
Maaf catitan sy agak pnjang..hnya ingin membri gambaran sebnr sebaik mungkin.
Hrap ibu dan rakan2 lain dpt membntu. Tq so much. ♥”
Pertama, Ibu mengucapkan syabas kerana puan mempunyai keinginan yang sihat untuk mencari jalan penyelesaian kepada keadaan ini.
Sesuatu kita perlu tahu mengenai cara sesaorang memproses infomasi adalah berbeza. Komunikasi juga tidak terhad kepada perkataan yang dilafaz sahaja. Bahasa badan, niat, cara perkataan itu dikatakan dan perasaan yang mengiringi perkataan itu banyak memberi kesan kepada keberkesanan komunikasi kita.
Pertama, informasi di luar masuk ke otak kita untuk difahmi melalui 5 cara – Pancaindera – Mata, lidah, telinga, kulit dan hidung dan rangsangannya, melihat, merasa, mendengar, sentuhan dan bauan. Informasi adalah di luar dan perlu ada saluran untuk ke otak untuk difahami. Bergantung rapat kepada pancaindera mana yang paling dominan di dalam pengambilan informasi, maka sesaorang itu akan cepat memahami informasi itu bila informasi itu dimasukkan melalui jalan itu. Contohnya, bagi anak yang PENDENGARANnya lebih terangsang, maka dia senang memahami arah bila kita bercakap dengannya. Bagi yang belajar dengan melihat pula, maka, dia senang memahami arahan bila kita menunjukkannya supaya dia nampak.  Bagi yang perlu merasa, maka, dia perlu diberi rasa atau bergerak bila memberi arahan itu.
Memahami keadaan ini, maka, kita perlu mempelbagaikan arahan kita sehingga kita nampak komunikasi kita telah sampai dan difahami oleh anak itu. Contohnya, kita mahu memberitahu anak bahawa api itu panas, maka ada anak yang belajar dengar mendengar, maka kita boleh memberitahu secara bercakap atau meninggikan sedikit suara supaya menunjukkan amaran dan mengatakan ..’Aduh..’ Dia boleh faham. Bagi anak yang belajar dengan melihat, maka kita boleh tunjuk kita pegang api dan tunjuk gaya ia panas dengan mengerakkan tangan kita cepat dari apai itu sambil mengatakan ‘ Aduh…panas’. Bagi yang belajar dengan cara merasai dan membuat, inilah yang mencabar sedikit untuk perkara seperti ini, namun, anda perlu kreatif dengan memberi dia rasa kepanasan itu sedikit dari jauh, supaya dia faham – api itu panas.
Memahami akan perkara ini, anda boleh membuat kombinasi ketiga-tiga cara agar komunikasi anda lebih berkesan kepada anak itu.Satu lagi perkara yang ibu ingin sampaikan, jangan menyangka anak kecil tidak boleh faham. Semasa mereka kecil, kita bukan bercakap dengan minda sedarnya sahaja, kita bercakap dengan minda dibawah sedarnya. Kita bercakap kepada otaknya dan kita menanam benih-benih informasi yang bakal kita gunakan nanti apabila mahu berkomunikasi dengannya. Anak yang datang ke dunia ini memang seperti kain putih bersih tetapi bukan bekas kosong yang tidak berisi. Setiap anak telah hidup ribuan tahun dalam bentuk roh dan mempunyai ilmu yang banyak.
Bila mereka datang ke dunia ini mereka hanya perlu belajar menggunakan badan fizikal ini untuk mengekspresikan apa yang mereka ingin komunikasikan. Bukan mereka tidak memahami kita, kita yang tidak memahami mereka : )
Dalam usia 3 tahun ke bawah, banyak mengunakan gerak rasa dan komunikasi dengan hati ke hati mereka, nescaya anda akan dapati mudah memahami mereka.Ibu hanya tahu akan perkara ini benar setelah ibu mempunyai anak yang kelima. Ibu mendengar dia dengan ‘telinga hati’ ibu. Memang senang memahami apa yang dia mahu. Kini sudah bercucu empat dan yang paling kecil dibawah setahun, ibu berkomunikasi dengan mereka itu secara hati dengan menggunakan minda dibawah sedar juga. Ia sangat memuaskan hati.
Cara 1,
- letakkan anak kecil itu dekat dengan dada anda.
- Tutup mata anda
- Tenangkan pemikiran anda – quiet your mind.
- Dengar dari hati.
Cara 2,
- Bercakap kepadanya semasa dia tidur. Kalau anda tidak mahu dia mengambil barang-barang yang tajam dsbnya pun boleh dibuat semasa itu. Supaya lain kali dia tidak melakukannya lagi. Semasa tidur, anda boleh terus berkomunikasi dengan minda di bawah sedarnya.
Bila mula-mula itu memanglah tidak begitu menjadi. Namun, usahakanlah. Semua yang senang bermula dengan susah dulukan. Bukankah susah hendak memandu kereta, namun anda mempunyai keupayaan menguasainya setelah belajar. Jadi, perkara ini pun sama. Apa yang sangat penting, janganlah menyangka ini tahyul atau karut. kepercayaan sebegitu menutup  jalan menggunakkan kekuatan minda dibawah sedar dan hati.
Apa-apa pun perlu banyak bersabar dan meneruskan usaha. Jangan mudah mengatakan susah. Ingat anda mempunyai potentsi menggunakan minda di bawah sedar ini. Semoga anda berjaya!

Jom bersabar, nak jadi ibu dan bapa ni bukan semudah disangka, julia baru rasai 2 tahun 5 bulan, banyak lagi rencah nak hadap, fuhhh...nanti ju kongsi la ye tips! Ju pun baru pelan2 nak apply...bukan senang woooo nak atasi perangai sendiri lg nak didik anak..perghh! Semoga entry ini bermanafaat utk anda.

9 comments:

  1. gud sharing akak....
    kita byk kena bwrsabar...
    saya mcm mna la nanti kalau dh kawen ada anak.. mmg dri skrg kena ilmu semua tu

    ReplyDelete
  2. perangai qi sm mcm arfan, jenis peramah...tp kalo dgn org yg dia xkenal, dia jadi baik untuk seketika smbil memandang x berkelip la org tu..bila dh lama2, mula la dh x takut org..suka tegur org kalo dlm lift

    ReplyDelete
  3. betul laa..kalau geram anak x paham biasa, yan pon automatik akan besarkan mata.. tp dia gelak pulak.. hahaha.. btw tips communicate waktu dia tido tu nampak menarik selain kita berzikir kat umbun2 kepala anak kan..

    ReplyDelete
  4. Anak2 ni unik dan ada dia punya karaktor sendiri. Masa anak tengah explore dan belajar, kita pun turut sama explore dan belajar.... Even anak dah 10 pun nanti takkan stop benda tu... Kan...

    ReplyDelete
  5. mak nad pun selalu pesan..jangan sebut nakal, bodoh, dekat anak buah..cakap sebaliknya..hehe

    ReplyDelete
  6. Panggilan utk anak2 sememangnya sgt penting kan...itu mmg diajar Rasulullah sendiri...good sharing ju..

    ReplyDelete
  7. Betul sangat.. Aula pun panggil bijak, apa kita panggil tu doa.. Teknik bercakap dalam tido ade nama teknik dia Schicida Method. Dimana kita minta maaf dengan mereka kemudian bisikkan benda yang baik baik antara proses mereka tido dan nak tido aula amalkan pada anak anak alhamdulilah ok sangat walaupun kekadang ade terbabas. heheh

    Good sharing tq Julia

    ReplyDelete
  8. Saya setuju sangat.
    Good sharing.
    Apa yang cakap kat anak contohnya anak kita nakal atau lasak, lama kelamaan dia akan faham dan jadi seperti yang kita ucapkan.
    Gunakan bahasa yang lembut seprti cerdik tue.

    Nice sharing.

    ReplyDelete
  9. info yang sangat2 berguna.. lepas ni kene tingkatkan kesabaran.. try banyak cara untuk komunikasi..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com