Agak perasan sudah lama julia sendiri sebagai umi tidak update tentang anak kesayangan seorang tu Qaiser ilman, ada ke yang sudi nak baca? Yelah asal masuk blog si julia tu tak habis-habis review product/servis sana sini, korang tau tak rezeki mencurah bulan Disember ni dan bulan2 yang lain sepanjang tahun 2014 memang sangat ohsem! Itu sebab jadual review julia sangat padat, sampaikan nak cerita diri sendiri pun tak sempat. Korang terima kasih ye percaya pada www.juliajohari.com.


Berbalik kepada kisah peringkat perkembangan Qaiser ilman, beliau sekarang sudah berumur 2 tahun 4 bulan (anak merdeka). Dari segi perkembangan makan minum okeylah cuma sekarang kuat minum susu berbanding makan, beralih bulan lagi ke abang Qi hahahhahah :p

Takde orang ajar belakang tadbir ye, ni real Qi punya ujian.

Korang dah tonton full video Qi? Itulah dia, sekarang asal julia free balik awal dari pejabat atau hari sabtu dan ahad pasti julia akan buat satu sesi pendek untuk ajar Qi secara live, maksudnya tanpa buku, lately Qi cepat belajar if julia sendiri yang tunjuk sesuatu secara praktikal, anak lelaki mcm QI agak kurang dengan buku kecuali buku mewarna, laju je warna hehehe mungkin terlalu muda kan, tunggu umur 3 tahun ke atas macam mana nak serap Qi suka kan buku.

Syukur alhamdulilah, umur 2 tahun lebih dah kenal semua anggota badan manusia, julia akan sebut dan ajar QI dengan intonasi tinggi, kepekaan seseorang anak bergantung pada daya tumpuan dia semasa belajar, macam Qi, memang tak leh lembut2 hahahha dia akan kaco kita balik. So cara yer julia tinggikan sedikit suara dan bermimik muka happy, dan selit sedikit humor serta tegas.

Baru dia leh ikut, okey, next project ialah mengenal nombor 1-10 dulu sambil menunjuk jari angka 1,2,3 dan seterusnya. Sekarang ni Qi leh sebut 1 dan 3 dan 5 tapi pelat2 hahahhaha takpe pelan2...cuma ikut mood dia lah kan.

Mood please behave...sekarang mood tak berapa cun sangat nak cerita lebih, mengenangkan mangsa2 banjir di Pantai Timur dan tragedi kehilangan kapal terbang Air Asia baru-baru ini maka entry holiday perlu saya sekat buat sementara waktu bagi menghormati mereka2 yang terkandas, harap bantuan sewajarnya disalurkan. 
Amin dari jauh. 

16 Comments

  1. xleh tgk video tu ju..dia tulis "this video is private.."

    nnt ju check setting eh.. :)

    ReplyDelete
  2. kena berexpressi kan, pandai dah Qi..

    ReplyDelete
  3. Good boy, comeyyy...selamat bercuti JJ...nanti bawa ole2 ekk..

    ReplyDelete
  4. ida xdpt tgok video tu. xtau napeee.. eh eh kak ju balik dah ehh dari hatyai? ok xpe... nnti dah redha update k. ida pun hold entry sambungan koh lipe tu huhuhuh

    ReplyDelete
  5. sel2 otak dah mula berhubung ni :) hehee

    ReplyDelete
  6. hihi..comel je..beria dia nak tunjuk kaki dia.. =)

    ReplyDelete
  7. Yeayyy Qi dah semakin ohsem...semoga jadi anak yg cemerlang dunia & akhirat ya Qi

    ReplyDelete
  8. lahaiii..cutenye..bijakk..bijakk..
    memang time cmni la nk ajar dorg kan ju..cepat tangkap n cepat ingat jgk..

    ReplyDelete
  9. Terbaik la jue..kagum farah baca cara jue didik qi..terus bagi inspirasi utk farah buat cara yg sama untuk Emir jugak.. thanks dear berkongsi benda baik macam di blog.. =D

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)