Hari ini dan hari-hari lepas, mood nak cerita tentang diri dan keluarga sendiri semakin merudum di FB mahupun IG, buat masa sekarang blogger masih lg mampu ju nak hadap, penat nak baca kisah di wall FB yang bermacam2 cerita, padam FB dan IG buat sementara waktu, saat nak upload kisah kegembiraan kami bersama pun dihentikan seketika, bila? Mungkin bulan depan atau bulan2 seterusnya tak tahu lagi. Jika ada review product akan di langsungkan seperti biasa. 

Nak share malam ini ada Malam Cinta Rasul 2015 di Dataran Merdeka, hati ini sangat2 melonjak nak pergi, nak meramaikan majlis ilmu, Qi memang suka Habib Syech Assegaff tapi mengenangkan Qi masih kecil dan belum lg pandai berdikari, maka kami sambut berqasidah sama2 di rumah sahaja. 

Bagi anda yang berkesempatan, pergilah ya. Ketahuilah diri ni wpun diam, hanya memerhati di tempat sendiri, tapi kami cuba berbakti dan beri sumbangan dengan cara seorang pun tak tahu, sembunyi hanya dengan Allah...biarlah, tak perlu dipampang, tak perlu heboh oh aku sana, disini ataupun dimana2 media sosial aku berbuat bakti untuk mereka2 yang terkandas, tak perlu riak nak bagi tahu satu FB aku dan family berbuat kebajikan, biar Allah yg hitung buat kami. 
Hari ini hari terakhir tahun 2014, rasa hiba dan sangat dukacita diats apa yg terjadi untuk negara Malaysia. Macam-macam dugaan dan ujian Allah bagi, kita? Kita yang ditimpa ujian sebaiknya bersyukur masih lagi hidup dan boleh melihat dunia ini, bagi mereka yang telah meninggalkan kita, ingat sedekahkan Al-Fatihah buat mereka. 

Corak tahun 2015? 
Azam tahun 2015?
Bekalan doa setiap hari agar dapat hidup dengan rahmat Allah sudah mencukupi, apalah hidup bahagia jika hanya ia sementara kerana setiap hari ada sahaja ujian yang perlu kita hadap?

Ingat! 
Hari ini ataupun esok belum tentu kita ada...jaga2 mulut, jaga2 hati, jangan mudah melontarkan perkataan yang membangga diri, mengusik hati kawan, mengejek, memperli, menghina belakang2 tapi di depan senyum baik (hipokrit), aku selama ini memerhati, makin lama baik aku mendiamkan diri, membawa diri rasa lebih ketenangan dicari, kerana tidak mahu menyusahkan sesiapa dan menambah dosa.

Wahai sahabat2 blogger dan pembaca senyap saya, maafkan saya atas kekhilafan saya sepanjang saya berblogging, jika ada tutur kata ku yang menghiris perasaan anda, maafkan saya, kerana hari ini ataupun esok belum tentu Allah bg pinjaman nyawa ini pada ku utk terus berkarya didalam alam maya ini...jika esok daku tiada, anda bacalah karya2 ku utuskan sebelum ini, itu sahaja wasiat peninggalan ku agar pahala ku terus menerus mengalir walaupun aku tiada.

Tahun 2015, semoga Allah jangan terlepas pandu kami. Kerana kami rasa gentar dengan ujian mu yg sangat berat, Tidak termampu, hanya doa mengiringi setiap dalam hati. Amin.

Selamat tinggal 2014, selamat datang 2015. 

15 Comments

  1. Sesungguhnya kita ni tak ada apa pun Ju jika tak ada kasih-sayang dariNya. Sehingga nak makan pun kalau tangan ni DIA kakukan kita tak boleh nak kata apa. Walau banyak rezeki melimpah kalau mulut tak boleh dibuka apa daya kita.

    Padanya kita berserah dan berdoa moga 2015 menjadikan kita lebih baik dan istiqomah berbuat segala kebaikan menurut perintah dariNya...

    ReplyDelete
  2. slmt tahun baru julia...best 'malam cinta rasul ni. :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. sangat best yang ni... SELAMAT TAHUN BARU 2015.. Tapi kita dah lama masuk ketahun baru islam kan....

    ReplyDelete
  4. Pesanan yg sgt baik ju...sama2lah kita muhasabah diri...jadikan setiap yg kita lakukan kerana Allah...

    ReplyDelete
  5. lain macam suara entry kali ini. nape ni kak ju? hehehe. Selamat Tahun Baru kak ju sekeluarga. semoga kak ju 2015 terus memberi kebahagiaan kpd kak ju sekeluargaaaa ;))

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah..biar la tgn kanan yg memberi & tgn kiri xperlu tau apa2..mcm tu jgk sebaliknya..xperlu nk tunjuk n canang kt fb kan ju?setuju sgt..biar la antara kita dgn Allah..semoga 2015 ni lebih memberi keberkatan pd kita lps mcm2 dugaan yang melanda negara..sedih sgt bila fikir2kan balik..semoga Allah trs lindungi kita semua..

    ReplyDelete
  7. selamat tahun baru ju ... tak semua insan ada hati nurani yang sedar atas apa yg dilakukan itu kerana Allah atau ada unsur riak tanpa sedar ... elakkanbercampur dgn org seperti itu utk elak subahat dan berdosa tanpa sedar ...

    ReplyDelete
  8. Semoga kita menjadi hambaNya yang lebih baik setiap hari sepanjang tahun 2015 ini dan sampai bila2..

    ReplyDelete
  9. julia.. selamat tahun baru!~ moge tahun 2015 memberi lebih kebahagian buat julia..

    ReplyDelete
  10. Selamat tahun baru Julia.. Episod kehidupan kita ni memang berbagai ragam.. Apa pun coraknya, tabhalah hadapi setiap ujian.. Semoga terus maju jaya dunia dan akhirat.. Amin..
    RosmizaAliDotCom™

    ReplyDelete
  11. selamat tahun baru julia.. semoga tahun 2015 nie lebih baik ya buat julia sekeluarga..=D

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)