Fuh, bulan Nov dan Dis ni melekat aku depan PC, tiap2 minggu ada je kena buat entry review new product di blog by schedule....apa yang penting, semua keringat otak di perah secukup-cukupnya nak hasilkan sesuatu kajian produk sama ada sesuai atau tidak untuk bakal pembeli dan pembaca. Bukan senang ye...nampak senang korang baca kan tapi sebaliknya blogger yang biasa buat tahulah kes kena reject draft review dan pening tak tidur malam nak fikirkannya.

Julia tak suka product main cakap je, tempek2 gambar pastu tak rasai pengalaman sendiri bagaimana produk tersebut okey ke tak...itu sebabnya saya minta sample product untuk saya sendiri guna, cuba, ambil masa perati kualiti dan mutunya baru idea jujur entry review dimuat naik... ada produk yang saya tolak kerana tiada langsung pengesahan dari KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA atau JAKIM. Saya tak mahu dosa free alirkan entry yang MENIPU pengguna. Sepanjang hayat kena tanggung okey. Oh tidak!

Oleh itu, wahai peniaga-peniaga sekalian jangan kedekut nak pos sample kalau nak suruh orang review your product...sebenarnya anda dapat pulangan lebih dari viral dan promosi link product tersebut.

Lagi satu, Julia sebenarnya lagi suka ambil gambar sendiri produk tersebut dari copy paste gambar sedia ada dari peniaga, sebab utamanya menjaga KUALITI penceritaan produk dari segi material dan kesesuaian sesuatu produk. 

Jika ia melibatkan service (tanpa barang) maka saya perlu rasai pengalaman menggunakan servis tersebut dan baru boleh cerita bagaimana elok atau tidak service tersebut maka gambar sedia ada peniaga yang melibatkan service saya ambil itu dikecualikan sebab tiada produk.

Untung atau tidak sesuatu produk adalah bergantung kepada PENGALAMAN TESTIMONIAL pengguna itu sendiri termasuk saya dari pro and cons. Baru lah nama yer REVIEW PRODUCT. Bukan review copy&paste. NO!

Testimonial Peniaga-Peniaga Terhadap 
Review Product By Julia Johari





Terima kasih tidak terhingga kepada peniaga-peniaga sebelum ini click SINI yang faham kehendak tukang si review. 

Berminat nak Julia Johari review produk perniagaan anda?
Email: juliajohari84@gmail.com
Wassup: 013-6327333

Ilmu kena tambah hari-hari kasi mantap, ini yang Julia amalkan, baca.


18 Comments

  1. bagus ju..kdg kena jugak strict wpn org nk bg kita duit..xnk jd blogger murahan asal dpt duit kaut je...no no...hihi~

    ReplyDelete
  2. good job julia..moga2 ju akan sentiasa sukses!

    ReplyDelete
  3. ju dah semakin berjaya! best! semoga terus berjaya Ju.

    ReplyDelete
  4. Hebat Ju...tak mustahil satu hari nnti Julia Johari akan jadi seorg blogger yg disegani...

    ReplyDelete
  5. Good tips. Nanti bolehla reviewkan servis kami ISDA Catering.

    ReplyDelete
  6. terbaik ju..rezeki semakin melimpah ruah..alhamdulillah..kekalkan semangat tu..review produk dr julia johari mmg best!!

    ReplyDelete
  7. tahniah.. teruskan jew yg difikirkan terbaik sis..:)

    ReplyDelete
  8. sama la..saya pun lebih suka kalau diaorang bagi kita cuba produk tu..tak mau la setakat tepek gambor ambik dari laman web..buat gitu lagi pecah kepala nak fikir apa nak tulis.kang tulis hentam2 menipu pulak namanya tu..

    ReplyDelete
  9. Wahhh hebak la kak juliaaa.. chayok2.. heheh blog akk memang best dan enjoy

    ReplyDelete
  10. wahhhh clap clap clap....nnt nk minta tlg juga lah:D

    ReplyDelete
  11. Cara yg matang dan terbaik langkah yg Ju aplikasikan utk buat review. Syabas kakak ucapkan..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)