Penyu Sanctuary Cherating Pahang | Julia Johari
Booking.com

Penyu Sanctuary Cherating Pahang

Bila suami outstation weekend, yang membuntoti suami siapa? Ehhh betul ke ayat membuntoti? Kahkahkahkah aku rasa betui kot...haa siapa lagi...isteri dan anak lah kan hehehhe...orang keje, ada orang amik kesempatan nak ikut sama, ala takpe la dari dia boring berjalan Outstation (OS) sorang-sorang baik julia dan Qi teman, seronok sikit ada penglipur lara dalam kereta leh bercerita, aku kalau dah start enjin cerita dalam kereta memang susah nak stop, ada je cerita yang boleh buat suami aku dan QI tak kering gusi, tuptup eh dah sampai dah Kemaman, Terengganu...kehkehkehkeh :p

Settle je kerja dia di Kemaman, terus apa lagi ajak lah walid Qi singgah di Penyu Sanctuary, masa honeymoon dulu2 lepas kahwin julia dh dtg sini dah, tapi kali ini nak perkenalkan pada Qi tentang dunia penyu. Jom!
Masuk free
Benda free ni kalau tak terjah rugi lah korang, 3 tahun lepas tak secantik sekarang di sini, sekarang bertambah cantik, sukalah tengok penyu dalam muzium ni, nampak betul2 realkan, Qi tenung lama sangat, siap pegang sirip penyu lagi hahahha

Masuk dalam muzium penyu ni jangan korang masuk pakai kasut atau selipar ye, untuk menjamin kebersihan kawasan ini semua kena jalan kaki, time ni Qi duk usya tulang2 atau kerangka haiwan dalam bongkah tu tau 

Inilah Dugong...lama la tak tengok spesis mahal ni

Lepas dah pusing satu muzium penyu, kami tak sabar nak bawa Qi tengok penyu yang real, ini replika penyu tengah bertelur, kemain Qi seronok meneropong penyu 

Yeyyy, kawan-kawan inilah dia anak2 penyu, comel2 sgt, Qi punya mulut sakan terkumat kamit tengok anak penyu

Jom tengok penyu dan lain-lain.

Yang ini nampak kolam dalam kan, sesuai untuk penyu saiz sederhana besar.

Wah besarnya penyu :)

Eksaited sgt Qi belajar pasal hidupan Penyu, sampai suh dukung nak tengok penyu dekat2, nak bagi keropok keping kt penyu alahaiiii Qi, baik benar ye ngan penyu hehehe

Abang Qi suka tengok kolam penyu, kemain.

Okeylah habis dah ronda2 tengok penyu, kami nak balik KL dah, mai pun sehari je, selesai tugas walid pi jenjalan jap terus balik KL...pe lagi posing sakan la luar Penyu Sanctuary hehhehe

Dalam perjalanan balik ke KL, singgah di deretan kedai menjual keropok losong, arghhhhhhhhhhhhhhh pandai suami ku ambil hati, dia tahu bini dia ni antu keropok losong hahhahah di belinya RM5 penuh satu beg kertas ni hehehhe meriah makan dalam kereta panas2...aummmmmmmm kuah pencicah dia mmg original slurpppppppp tak cukup RM5, patut beli RM10 hahahha

Balik KL sudah, best gak ikut suami OS ni, menyelam sambil minum air, weeeeeeeeeeeee 
Next nak pi mana pula?
Okey dah booking one hotel di PD, nanti senang baru pi, 
simpan voucher tu elok2 dulu ngeeeeeeee

18 comments:

  1. Kemahen lgi ek..hehe
    Akk pun klu blh suka sgt nk ikut hubs klu OS..tp hubs OS sllunya mlm2..ank pun dah ramai ni.mmh idokle.sis br ada ank sorg ni better ikut.nti dh berderet xblh nk ikut dah

    ReplyDelete
  2. dah cantik ek tempat tu...saya pon pergi 3 tahun lepas...kebetulan ada family day, jalan la sekali...nanti cite pasal PD ek?...^_^

    ReplyDelete
  3. kopok lekorrrrr sedapnya..mila tingin nak tengok penyu bertelur.

    ReplyDelete
  4. Aikk mcm penyu lah pulak.. sambil menyelam minum air.. hahaha..
    Betul lah Ju.. at least husb x lah boring ila driving sengsorang.. kena plak bebelan dari ju.. laginlah terbuntang bijik maja husb ju ekekek..

    Bagus ye tgk penyu masuk free.. at least QI pun explore something new..

    X beli kopok losong basah ke bawak balik kl.. hehe☺

    ReplyDelete
  5. seronok QI dapat gi jalan2....tengok penyu tu...best2..

    ReplyDelete
  6. salam
    singgah pagi
    sory hr nie bz skit

    ReplyDelete
  7. bestnye dpt singgah cni..
    ila aritu xdpt nk masuk..tempat ni tutup..frust btl..sian danish..

    ReplyDelete
  8. masa honeymoon pun pegi tengok penyu jugak ek :)

    ReplyDelete
  9. amboi Qi , nak terjun ke ... tetiba terfikir lak camna penyu tu blh timbul dan tenggelam dgn badannya yg berat itu ...

    ReplyDelete
  10. Ada kat cherating benda niiii .. wahhhhh ni nak kena pi ni.. tak pernah tau ada.. mekaceh kak bagi info semua ni

    ReplyDelete
  11. seronokkan sumai os kita blh jopin jalan² hihihii

    ReplyDelete
  12. Nanti nk Pi PD singgah seremban mn tau bleh jumpa

    ReplyDelete
  13. uhuh...asyik bercuti je kan...bestnyer.... hehe...excited gila qi tgk turtle...

    ReplyDelete
  14. seronoknya.....jalan2 tgk penyu

    ReplyDelete
  15. Seronok lah hero kecik tu ekk...jalan jer...

    Tak per , jauh berjalan luas pemandangan...

    ReplyDelete
  16. ju.. fifi pon da pernah pergi sini.. tapi sampai depan pintu pagar je.. hari fifi pergi die tutup.. frust.. sampai sekarang tak pergi dah.. inshaAllah satu hari nanti.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com