Resepi Daging Kijang Masak Halia Berlada | Julia Johari
Booking.com

Resepi Daging Kijang Masak Halia Berlada

Assalamualaikum
Kijang (Common Barking Deer) adalah merupakan salah satu haiwan liar yang sangat unik. Ia mempunyai bulu lembut, pendek, keperangan atau kelabu, kadang kala dengan tanda (creamy). Spesies ini adalah maserba, memakan buah, pucuk, biji buah. Kijang adalah haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan. Ia menghasilkan bunyi menyerupai menyalak, biasanya apabila mengesan pemangsa (dengan itu nama biasa bagi semua kijang adalah rusa menyalak). Mahu rujukan lebih lanjut sila click: http://ms.wikipedia.org/wiki/Kijang

Menu homemade paling special malam semalam by #juliamasak ^_^v
"Daging Kijang Masak Halia Berlada"

Alhamdulilah rezeki dapat daging kijang liar batang pinang...lembut je isinya bila dipotong nipis, harum baunya daging fresh menusuk ke sanubari...syukur!

Terima kasih kepada pemberi yang senantiasa sayang dihati. Dekat 15 tahun dah lama tak rasa daging kijang liar, landak, dan pelanduk. #homemade #dagingkijang #resepi

Inilah dia rupa daging Kijang fresh (batang pinang). Tiada lemak dan dagingnya tidak perlu direbus, sangat lembut bila di siat nipis. SubhanaAllah! Rezeki!

Julia zoom dekat-dekat daging kijang ini. Rupanya macam daging lembu biasa, tapi jika anda sendiri pegang dan lihat sendiri tekstur daging ini...mesti anda tertanya-tanya daging apakah ini, lembut dan hanya berotot sikit je...kalau daging lembu otot daging banyak dan sukar kita nak siat kecuali di rebus dahulu.

Rezeki yang ada dimasak sikit-sikit, katanya sayang nak masak banyak-banyak, bukan senang nak dapat rezeki daging kijang liar yang fresh...julia siat daging kijang ini nipis-nipis, jangan dibasuh ye, kita nak kekalkan rasa manis daging kijang ini meresap dalam resepi masakan sebentar nanti.

Korang tengok pun dah boleh agak kan resepinya? Jom lihat resepi sebenar

Resepi "Daging Kijang Masak Halia Berlada"

Bahan-bahannya:
Hiris daging kijang nipis-nipis - x rebus 
1 biji bawang besar - potong bulat dan nipis
6 biji bawang putih - tumbuk halus
6 biji cili padi burung - diracik sikit
1 batang serai - dititik
1 besar ibu jari halia muda - potong memanjang
1/2 kayu manis
2 biji bunga lawang
1 biji buah keras - tumbuk halus
2 sudu besar Kicap Manis
1/2 sudu kecil lada hitam
Sedikit garam
1 senduk besar minyak jagung

Caranya:
1. Gaulkan bawang putih, lada hitam dan halia dalam daging kijang - perap dalam 10 minit.
2. Panaskan minyak dalam kuali.
3. Tumis kayu manis, bunga lawang, serai, buah keras dan cili padi sehingga naik bau.
4. Masukkan daging kijang yang telah diperap. Kacau sehingga setengah masak - 5 minit.
5. Masukkan hirisan bawang besar, kicap manis, garam dan kacau - 2 minit. 
6. Siap untuk dideco.

Tadaaaaa...senang kan?
Daging kijang sejuta kali sedap dari daging rusa, trilion lagi sedap dari daging landak. Fuhhhh anak tekak julia bagi sejuta bintang pada daging kijang, terbaikkk la.

Ini adalah resepi dari abah julia, so anak yer balik rumah sendiri realisasikan resepi dari abah, my abah la bagi daging kijang ni, dia ada group memburu yang diiktiraf (berlesen), wpun umurnya sudah masuk ke angka 60 ke atas...kudratnya sgt kuat mcm orang muda, jenis tak boleh duduk diam. Mujur dia join semula aktiviti memburu dengan geng-geng memburu baru (berlesen)...nikmat Allah!

Sejarah/Kronologi pengalaman makan daging exotic
Julia semenjak kecil memang didedahkan dengan daging-daging exotic seperti rusa, kijang, landak, pelanduk dan kancil. Semua haiwan yang dinyatakan julia pernah rasa bersama adik beradik. Dulu masa kecil-kecil abah julia memang aktif memburu dihutan (berlesen). 

Macam-macam pengalaman cerita dia semasa bercamping di hutan, kena kacua dengan hantula, suluh lampu ingat haiwan leh makan tapi bila suluh dekat2 rupanya cik B (babi) hehhehe...kelakar banyak. Itulah kalau nak cerita dalam entry memang tak cukup, tapi pengalaman memburu ini dapat beri ketahanan fizikal dan kesabaran yang tinggi nak pikul senapangla, barang-barang set pelurulah, kenderaan jeep kena dalam keadaan baiklah...julia ada gambar kenangan dengan american jeep abah dulu...nanti ada masa julia up cerita kenangan semasa kecil...hehheheh kurus keremping tak yah cakap la...kusut masai semuanya ada...hehhehe lucu.

Bila besar sikit (tak ingat maybe dalam tingkatan 1 kot) abah buat perangkap khas untuk landak. Time dulu kami ada kebun luas tanam pokok durian, pokok do kong, pokok rambutan dan pelbagai jenis pokok buah-buahan dalam 1 ekar setengah. So, bila dah lepas mesin rumput (julia dulu mesin rumput berdiri tu tau) kami adik beradik kena masuk dalam hutan cari pokok bertam rimbun tuh pasang perangkap (umpannya buah cempedak).

Landak memang tertarik dengan bau buah cempedak berbanding buah durian, memang laju la masuk perangkap. Kadang-kadang julia boleh terserempak sarang landak dalam tanah. Landak buat sarang dalam tanah tau, mesti ramai tak tahu.

Ini sedikit je pengalaman julia cerita. Nanti jumpa julia sendiri banyak kisah boleh buat anda tidak kering gusi...ada kala julia menjerit ketakutan sebab tercangkul kawasan ular...so ular besar tu lari lajuuuuu hampir nak langgar kaki julia...menggigil satu badan (kwsn ulu yam).

Nak tahu haiwan kijang ni besar mana? Meh tengok bawah ini.

Menurut abah, kijang ini hanya sebesar kambing sahaja, tapi dagingnya padat. 
Comelkan kijang ini berekor pendek hehehehe

Jangan lupa tau cuba resepi ni, kalau pakai daging lembu pun boleh, tapi cuba beli bahagian batang pinang, sedapnya lebih luar biasa. Selamat Masak! :)

****Nak karang sambungan cerita holiday di JB hotel bajet mana kami duduk...jumpa lagi babeh! 

16 comments:

  1. tgk resepi pun sedap..makan mesti lagi sedap...hehehe

    ReplyDelete
  2. Klu daging lmbu biasa pun akk goreng mcm julia tuh..hubs akk suka

    ReplyDelete
  3. xpernah mkn landak n kijang...rusa selalu gaklah..last 2 days pun ade mkn..papa etty beli mane tah..fresh manis....tu pun dh sedap mkn..hehe..

    ReplyDelete
  4. tgh2 lapar ni....nmpk plak daging ni..terus teringin nk mkn daging black pepper tghr ni

    ReplyDelete
  5. Ya allah. ...
    Julia ni sengaja je tau....tau je SA suka bab daging2 ni...if x slh SA pernah rasa daging kijang ni masa preggy kan dania....ermmmm...ngidam la plak..mn nkcari ni.

    ReplyDelete
  6. saya pernah mkn dulu . cuma x tau nak bezakan rasanya ... aish terliur tau ...

    ReplyDelete
  7. Amboiii masa tgk nih tgh sejuk beku kat opis nih.. rasa nak ngap kasik licin sume daging tu.. kecur air liur huhuhu

    Tak pernah makan daging kijang huhuhu

    ReplyDelete
  8. nampak sedap lahaiii...sally tak pernah rasa lagi kijang...kalau kancil, rusa ke kuda pernah jugak la.

    ReplyDelete
  9. sedapnyee..
    daging kijang ni ade jual kt mn ju?

    ReplyDelete
  10. daging kijang ni nak beli dekat manaaa.. rasa die cmneee? huhuhuhu

    ReplyDelete
  11. seumur hidup baru sekali je makan daging kijang. yang pasti dagingnya memang sedap.nyummm! :)

    ReplyDelete
  12. texture daging tu nampak halus lah Juju.. patutlah juju kata dagingnya lembut.. lagi2 bahagian batang pinang.. dimasak pulak halia dan berlada.. sodap hoiii :))

    semoga org yang memberi daging tu dimurahkan rejeki :)

    ReplyDelete
  13. Pernah merasa gak daging kijang liar ni...manis memang x boleh nak cakap... akak ipar masak kicap gak...masyaallah...heaven sungguh, seperiuk nasi x cukup makan satu family...memang manis rasa daging dia =)

    ReplyDelete
  14. Rasa cam makan kat hotel dah. Rajinnye puan julia ni memasak.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com