Fried Chinese Chives Dumpling by Julia Masak | Julia Johari
Booking.com

Fried Chinese Chives Dumpling by Julia Masak

Resepi kali ini by Julia Masak adalah merupakan salah satu kegemaran suamiku. My husband memang menggemari masakan Chinese Food, so petang semalam terjah Giant Gombak terus beli semua bahan-bahan. Simple tau cara nak buat fried dumpling ini, semudah ABCD! Sesuai dimakan waktu pagi, tengahari, malam mahupun tengah malam. Ia menyihatkan! Jom salin resepi.

 Antara bahan-bahan yang sedia ada di dapur dan tambahan barang basah yang dibeli di Giant Gombak malam tadi.

Fried Chinese Chives Dumpling by Julia Masak

Bahan-bahannya:
1 set wantan pastry cap KG Pastry (suka pakai brand ni)
1/2 pek daging ayam kisar
4-5 helai Daun Kuchai
1/2 sudu kecil Parsley Flakes
1/2 sudu kecil Chilli Coarse
1/2 sudu minyak zaitun
Sedikit garam
Sos Thai (mencicah)

Bahan gam:
1 biji telur ayam

Caranya:
1. Potong daun kuchai halus-halus.
2. Gaulkan kesemua daging ayam kisar, daun kuchai, parsley flakes, chili coarse, sedikit garam bersama dengan minyak zaitun. Perap dalam 10 minit.
3. Ambil kulit wantan sekeping kemudian letak sedikit sahaja inti, jangan letak banyak nanti isinya terburai dan tak cantik.
4. Bentuk boleh dipelbagaikan, tapi julia pilih tiga segi senang je, sapu telur dan gam ke atas.
5. Susun dalam pinggan jangan bertindih dengan satu sama lain kerana kulit wantan mudah melekat.
6. Panaskan minyak betul2 panas, kemudian perlahankan api semula, baru mengoreng sehingga kuning keemasan.
7. Siap. 


Inilah rupa inti didalamnya, bau daun kuchai bersama sedikit ramuan ringkas buat satu rumah mencari-cari juadah di dapur. Hehehehehe ini malam tadi julia buat, khas untuk suami yang dah lama mengidam nak makan, sebab hari tu kami makan di KLCC mahal sangat cecah RM18 untuk 6 keping sahaja, walhal boleh buat di rumah. So menu ni sedap di makan untuk orang nak diet atau supper. Qaiser ilman dan suami makan berebut-rebut hehehhe suka tengok aksi mereka.
Selamat mencuba!

27 comments:

  1. Betul-betullah Ju dah menggoda selera kakak pagi ni.

    ReplyDelete
  2. sedapnyaaaaa.....simple ni blh cuba

    ReplyDelete
  3. mmg sedap makan bila cicah ngn sos thai...nyum2..

    ReplyDelete
  4. adui terliurrrrr tgk ni!...suke giler mkn ni. kalau kt luar mmg mahal giler. tp bahan2 sama je pun. nk buat jugak lah. tp nk stim. pun bolehhh kan. hehe

    ReplyDelete
  5. amboi amboiii..boleh buat la lepas ni. ;)

    ReplyDelete
  6. ya robbi menariknya lahai. lapo ler cenggini hahahahaha

    sis jom tengok entry saya jom? saya share tentang kesihatan dan kecantikan dan juga cara buat duit. ching ching! hehe

    http://najlamohayidin.blogspot.com/2014/09/siapa-je-taknak-duit-kan.html

    saya follow sini :)

    ReplyDelete
  7. Wahh nampak best lah.. camnie leh try. Thanks sis for sharing. :)

    ReplyDelete
  8. mcm sedap je jue..nak try buat lah...simple je tapi xsangka mahal...ish2 kene jadi rajin sket buat mcm2..sume beli je leh bankrap haha

    ReplyDelete
  9. suka! ida amik resepi akak ni yekk .. nnti nak buat jugak heheheh ~

    ReplyDelete
  10. sis..sedapnya...kenapa ni akk terus lapar nih tengok gambar ju post dumpling ni..hadoiaiiii

    ReplyDelete
  11. Senang jer ek nak buatnya. Cik Nad pon nak try la tapi nak tukar inti udang...hehe

    ReplyDelete
  12. shedapppnyerrr..nak buaat jg la sbb mcm senang je hahaha..ok nnt nk cari kulit wantan tu kt jj

    ReplyDelete
  13. nmpk kat insta akak smlm..hehehe...sally pun selalu buat tapi resepi org malas laa...

    ReplyDelete
  14. Sedap ya... Ada masa nnt kena try lah

    ReplyDelete
  15. senangnya nak buat.. bahan2 pun tak banyak.. hebat julia masak wpun menu simple.. Kak Jah pun tk pandai buat fried chinese chives dumpling macam ni.. nanti Kak Jah try yer :))

    ReplyDelete
  16. Huihhh tetiba teringin nak makan nih heheheh.. bagus makanan mcm nih.. Senang nak prepare :)

    ReplyDelete
  17. mahalnya..awat mahal sangt..padahal buat sendiri mudah je..kan??

    ReplyDelete
  18. Nampak sedap sangat..cicah2 cili sos pulak...menggoda selera...
    Bunda belum pernah makan lagi...

    ReplyDelete
  19. buat sendiri lebih terjamin..kos pun murah..ngan air tgn sndr plak tu.. ;))

    ReplyDelete
  20. ok.. masuk list ni.. tapi kalau kukus pon sedap jugak ni.. nak lebih rase chinese.. letak minyak bijan sikit.. yummeh!~

    ReplyDelete
  21. eh..kita suka sangat resepi simple macam ni. Harus cuba nanti! Thank you share resepi. :)

    ReplyDelete
  22. terlioooq! terus rasa nak buat malam ni :D

    ReplyDelete
  23. wahh senangnya .. menarik pulak.. tu .. cam nak cuba jer..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com