Suka dgn quotes kt atas....
Anda pun pasti sukakannya kan...yelah maksudnya pun buat kita rasa gembira je setiap hari...tetapi tahukah anda bahawa ibu-ibu perlu melalui saat2 pemeriksaan bulanan ibu mengandung setiap bulan utk tentukan tahap kesihatan seseorang ibu dan anak dikandungnya...so, jom kita tambahkan ilmu di dada...mana tahu kot2 Dr. or nurse2 terlepas pandang perkara2 yg perlu diberi sewajarnya...kitalah perlu mengingatkan mereka agar dpt memberi perkhidmatan yg sepatutnya kepada diri ibu dan baby...
Jom!
........................................................................................
Pemeriksaan bulanan ini penting bagi memastikan status ibu dan bayi dalam keadaan yang baik.  Namun pemeriksaan bagi ibu hamil yang mengalami masalah seperti darah tinggi, kencing manis dan lain-lain yang memerlukan lebih pemerhatian mungkin memerlukan kekerapan yang lebih tinggi untuk melakukan pemeriksaan kesihatan.

Namun bagi pemeriksaan biasa adalah seperti berikut:

Jadual Pemeriksaan Bulanan Ibu Mengandung
Lawatan Pertama

Memastikan serta mengesahkan kehamilan. Biasanya doktor akan terus memberikan due date atau tarikh anda akan dijangka bersalin. Biasanya kalau anda tidak dapat memastikan bila tarikh akhir haid, ujian ultrasound akan dilakukan untuk memberikan jangkaan bersalin yang lebih tepat.

Lawatan Kedua

Biasanya selapas minggu ke 12 kehamilan, doktor akan meraba uterus @ bayi dalam kandungan anda yang sedang membesar bagi menentukan samada bayi anda membesar secara normal atau tidak. Masalah utama kebanyakan ibu pada masa ini ialah loya, muntah-muntah serta sering pitam.

Lawatan Ketiga

Biasanya usia kehamilan masuk minggu ke 20, Selain pemeriksaan asas, anda akan menjalani ujian PIH (Pregnancy Induced Hypertension) iaitu pemeriksaan terperinci untuk melihat kesihatan ibu. Ujian-ujian tersebut termasuklah:

Air kencing
Tekanan darah
Berat badan
Ujian darah ( diambil dari vena pada lengan ibu)
Ultrasound (mengesan masalah kecacatan bayi dalam kandungan)

Lawatan Keempat

Usia kehamilan masuk minggu ke 24. Ibu akan menjalani ujian asas berikut:

Air kencing
Tekanan darah
Berat badan

Lawatan Kelima

Usia kehamilan masuk minggu ke 28. Selain pemeriksaan asas, ibu akan diberikan suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) Pertama. Ini adalah bertujuan untuk membantu ibu hamil membentuk antibodi yang cukup untuk melindungi dirinya dan bayi daripada kuman yang mudah dijangkiti sebagai contoh melalui luka dan sebagainya.

Lawatan Keenam

Usia kehamilan masuk minggu ke 32. Pada masa ini ujian asas dan suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) Kedua akan dilakukan ke atas anda.

Lawatan Ketujuh

Usia kehamilan masuk minggu ke 34. Ujian ultrasound akan dilakukan bagi memastikan kedudukan kepala bayi, uri, berat serta saiz bayi.

Lawatan Kelapan Dan Seterusnya Lawatan Seminggu Sekali

Dan seterusnya anda perlu lakukan lawatan seminggu sekali sehingga hari bersalin tiba

4 Comments

  1. Dah tak lama lagi, kan Ju...?

    Tak sabar gak ni nak tengok baby Ju... Moga semuanya baik2 saja ya...

    ReplyDelete
  2. wah... jadual yang agak ketat... susah gak jadi ibu mengandung ne ek. :)

    ReplyDelete
  3. pejam celik, pejam celik sekejap je rasanya kan.. (walhal diri yang merasa.. lamanya..)

    macam tu jugak kalau dalam pantang.. orang tengok sekejap tapi kita yang rasa, lamaaaa..

    ReplyDelete
  4. Anda kepengin punya anak atau Ingin anak anda menjadi jenius ?, bersilaturahmilah ke sesepuh trah Mangir di Cilangkap Tapos Depok ini, Orang tua Sepuh ini adalah Kong Tahib , keturunan Mataram yang ada di Tapos Depok, petani yang sangat rajin ke mesjid ini sudah berusia 80 tahun namun masih mampu mencangkul di sawah dari pagi sampai sore, banyak yang datang bersilaturahmi dengan beliau , minta doanya agar niatnya terlaksana, wajar saja sebab beliau kan orang sepuh yang rajin beribadah. namun kebanyakan adalah orang atau pasangan yang ingin punya anak atau ibu hamil yang ingin anaknya menjadi kuat sehat dan pintar, masuk akal sih sebab doa orang tua kan mustajab, oh ya alamatnya ada di RT 05 RW 07 Cilangkap Tapos Depok Jawa Barat.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)