Siapa suka pergi ke pusat membeli belah AEON Mall? Julia sekeluarga sangat suka ke mana-mana cawangan AEON tau, sebab mallnya berkonsepkan famili mall. Siapa ada baby tau lah betapa seronok ke AEON sebab ruang baby di cipta dengan penuh keselesaan sekali.

Baru-baru ini, Julia sekeluarga ke AEON Mall cawangan Rawang tau. Tahu tak AEON Mall telah mencipta satu lagi sejarah besar apabila berjaya menganjurkan Majlis Jom Makan! yang diadakan di AEON Mall Rawang.

Julia dapat tahu, AEON telah berjaya merekodkan penyertaan orang awam seramai 1,396 peserta. Ini sekaligus mencipta rekod penyertaan paling ramai untuk sesi Memakan Nasi Daun Pisang. 

Kami berempat pun ada sekali tau dalam angka berkenaan, terasa bangga dapat menjayakan program besar-besaran kali ini.

Semangat kami datang seawal jam 10.30 pagi, daftar sejak beberapa minggu lepas. 

Tahu melalui FB page rasmi AEON Mall. Kena beratur dan ambil pas hijau dan akan dipakaikan di lengan. Nanti nak makan ada bukti penyertaan. 

Acara pembukaan dengan tarian India yang cukup meriah sekali. Bayangkan kerusi dan meja di susun mengelilingi dalam AEON Mall Rawang, ini merupakan pengalaman kali pertama kali sertai makan di meja terpanjang. 

Rekod tersebut telah disahkan oleh Malaysia Book of Records. Majlis ini juga diadakan sempena sambutan Deepavali yang bakal datang. 

Untuk makluman semua, AEON berkolaborasi bersama restoran makanan daun pisang yang semakin popular iaitu Bananabro. Sedap ooo! Lagi sedap bila makan dalam satu masa yang sama secara berjemaah. 

Mari lihat kenangan kami sewaktu di sana. 

Lihatlah betapa ramai masyarakat berbilang kaum berpusu-pusu makan bersama-sama. Seronoknya, bukan senang nak makan berjemaah dengan berbilang kaum dan agama tau. Acara sebegini buat kita bertambah erat perpaduan. 

Julia bersama anak-anak, Abg Qi dan Qayla imani pun tak sabar dah nak makan berjemaah. Kami memang suka nasi daun pisang, kalau sebut kari-kari ni kami nombor satu sampai dulu hehe. 

Suami isteri ni kemain senyum sampai ke telinga haaa, masa ini kami sedang tunggu masa sahaja dari penganjur untuk makan. Ya Allah, macam-macam lauk di sediakan. 

Tudiaaaaaa! Ngam terus, jemput semua. Masa tengah makan julia dan suami di temuramah oleh pengacara jemputan, gamat di buatnya tau hehe.

Majlis penyampaian sijil dilangsungkan dalam jam 4 petang. Tahniah AEON Mall dan Bananabro kerana berjaya menganjurkan acara Jom Makan sampai tercipta dalam sejarah hebat dalam negara!

Selepas ini, kalau berkesempatan lagi julia dan keluarga pasti nak sertai lagi. Habis sahaja acara makan berjemaah, setiap tetamu di edarkan doorgift. Kami semua dapat pek beras comel dengan kupon kedai istimewa. Terima kasih. 

Kalau anda nak tau info dari semasa ke semasa jangan lupa follow FB page AEON Mall ya. Di sana kalian boleh tau perkembangan semasa AEON. 

Tercipta satu sejarah hebat negara, tahniah AEON Mall dan Bananabro!

1 Comments

  1. Best sangat dapat join event macam ni. tahniah buat AEON Mall dan Bananabro

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)