Perkara pertama yang terlintas bila sebut nak melancong ke Kelantan sudah semestinya penginapan, hotel ! 

Aku ni dah tak sabar, sebab habis je tempoh PKPB dan boleh rentas negeri aku sekeluarga nak ke Kelantan seminggu! 

Hahaha gila kan? Aah aku tengah gila nak jelajah bumi Kelantan. Korang tau aku punya gila, sebelum PKPB aku dah packing siap semua baju nak bertolak ke Kelantan malam tu. 

Tup, tup kena pulak tak boleh rentas negeri  frust giler wehhh.

Masa tu aku tak booking lagi mana-mana hotel bajet. Sebab ingat nak walk in je, sekali dalam carian aku macam tersuka pula dengan konsep Ridel Boutique Hotel.

Hotel ni sekali tengok banyak tema warna merah putih, yang buat mata aku suka ialah konsep industrial design tu. 

Wallaaa. Mata aku ni kalau bab dekorasi hotel bajet memang aku suka, sebab selain nak menginap lama dan harga murah, mesti nak jamu tempat yang cantik. 

Betul tak?
So aku aim, habis je PKPB aku nak turun menginap kat sini. Tau sebab apa? 
Sebab 20 langkah je dah sampai Wakaf Che Yeh. Aah syok kan? Dah la nak parking pun senang depan hotel je pun, semalaman aku baca RM2 je. 

Okey la, ada sesetengah tempat aku baca dalam blog orang lain sampai RM5  ke RM10 semalaman. Buat apa bayar lebih! 

Hotel Ridel oh Ridel...nah tak nak cakap banyak lah, aku belanja interior gambar hotel ni satu-satu yang buat aku tak sabar nak terjah bumi Kelantan.

Ruang lobi yang luas. Setakat nak check in satu puak family bas besar atau rombongan tak la berhimpit ye dak. 

Ada banyak kategori bilik penginapan disediakan tau, family room, deluxe room, superior room. 

Aku mestilah nak pilih deluxe triple room yang macam ini. Abg Qi dah besar, kena ada katil single satu. Ngam! 
Family room

Harga lebih kurang RM150 semalam. Kalau standard twin RM120 semalam. Cun sangat! 
Rupanya ramai juga aku tengok geng bikers menginap kat sini. Bersusun haaa motor!

Industrial design konsep terbaru Hotel Ridel

Ruangan menunggu, malam nak pi Wakaf Che Yeh boleh la menunggu dalam ruangan Hotel Ridel, kot ada famili atau kawan dari bilik lain tengah bersiap, boleh gerak sekali kan. 

Juju suka baca review, paling penting. Kalau nak buat tempahan tak kisah lah hotel jenis macam mana pun mesti ruangan ini juju klik pertama sekali. 

Lihatlah, semua bagi 4 ke 5 bintang tau. Sudah tentu la selesa dan bersih jadi keutamaan juju sekeluarga. 🤩🤩🤩

Alahaiiii, tak sabarnya nak jejak Kelantan!!!
Tempat menarik di Kelantan antaranya:
  • Wakaf Che Yeh
  • Street Art Kota Bharu
  • Pantai Mek Mas
  • Pantai Pulau Kundur @ Pulau Nami - 2
  • Bazaar Karat KB
  • Masjid Ar-Rahman, Pulau Gajah
  • Floating Market, Pengkalan Datu 

Pakat kelik lah wei! Hahaha. Jom kita save contact Hotel Ridel Boutique Wakaf Che Yeh. Senang nanti nak kelik, aaajommm! 👍



Tel: 09-7434888 / 019-9320773

Alamat: PT 760, Blok H, Pasar Awam Bersepadu Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

7 Comments

  1. jgn lupa restoren nasi ulam cikgu ya Juju

    ReplyDelete
  2. Ini macam boleh shopping sakan di Wakaf Che Yeh :)

    ReplyDelete
  3. kan..tak sabar nak pergi jalan2 kelantan. Baca post ni lagi la rasa tak sabar betul.

    ReplyDelete
  4. kalau diorang provide parking mmg best la tempat ni.. tu main concern saya kalau cari hotel. nak ada parking..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)