Setiap tahun, rezeki kebun rambutan abah mama julia di belakang tak pernah miss untuk keluar hasil berganda. Lebih kurang 3-4 batang pokok rambutan jenis gula batu di tanam oleh abah. Memang sejak azali, abah julia suka bercucuk tanam, dia memang tak boleh duduk diam, baktinya memang pada tuah tanah. 

Hasilnya memang Allah yang tahu...murah sangat rezeki sampaikan jiran sekeliling rumah saban tahun dapat rasai buah rambutan secara percuma.

Bukan tak pernah julia cadangkan pada abah dan mama pasal jual rambutan, let go pada peraih. Tapi memang sejak kecil sampai julia dah jadi mak orang ni pun, kata abah yang paling julia semat diingatan...katanya "Sedekah lebih mulia dari di jual".

Ya, tak pernah sesen pun dia terima, semuanya di kembalikan pada jiran sekitarnya termasuk rakan pejabat julia. Nampak tak betapa mulianya hati abah mama julia, siap cakap bawak lah untuk rakan pejabat, bagi mereka rasa...nah hasil kaitan abah mama...meriah, mewah...lebih best dari terima duit tau tak...


Tak pernah mengaku julia punya, setiap kali orang tanya rambutan siapa...pasti nama abah mama julia sebut...itulah rambutan gula batu abah mama julia tanam belakang rumah je...memang meriah hasilnya tahun 2017. Menjadi-jadi buahnya.

Ada tau peraih datang jumpa abah sendiri nak kait rambutan dan nak tolak beli untuk di jual secara borong. Berkali-kali abah mama tolak, bukan mereka tanam untuk duit...rupanya mereka tanam untuk sebar bahagia, sebar keenakkan bersama-sama...syukur, kami sebagai anak belajar dari mereka...sedekah amalan mulia. 

Kenapa di beri nama Rambutan Gula Batu?
Lihatlah, beberapa batang pokok rambutan jenis gula batu abah tanam. Abah cakap rambutan gula batu di beri nama sebab isinya sedikit kekuningan dan rasanya lekang dari biji, seakan macam makan buah kelapa muda isinya kenyal padat dan tebal. 

Dulu ada sebatang pokok rambutan paling tertua tau, tapi abah tebang sebab kedudukan nak buat parking kereta tu tak sesuai...pokok tu kalau ada memang lagi jadi raja buah rambutan, dialah paling popular berbanding generasi anak-anak pokok rambutan gula batu yang julia kongsikan disini...sekarang generasi dialah bangkit beri hasil. Nyata, genetiknya tetap tak berubah, tetap utuh kuat jentik hasil lumayan. 




MasyaAllah, lihat hasilnya...ia bukan untuk dijual, tapi untuk di makan seisi keluarga dan rakan kenalan...jika kalian saudara kami, ziarahlah abah mama kami, mana mungkin kami nak edarkan kepada anda kalau anda sendiri tak mahu ziarahi mereka...pasti korang boleh makan rambutan percuma...teringat senyuman abah mama...penat kait rambutan...

Hasil untuk di edarkan kepada rakan pejabat julia, abah mama cakap bawa bagi mereka rasa, siap mereka sampaikan salam dekat korang tau. Doakanlah kedua ibu bapa julia sentiasa sihat, itu je, kami bukan nak doa suruh jadi kaya...cukup lah sihat supaya kami dapat tebarkan rezeki pahala Allah ini berlipat kali ganda kerana Allah. 

Tak sangka cucu mereka pula dapat rasai nikmat seterusnya, betullah janji Allah, selagi kita berbakti pada makhluk alam ciptaanNya, pasti di beri kembali kepada kita...tak putus2 ucap Alhamdulilah. 

Not for sale, for sedekah only...pahala abah mama julia.


Terima kasih Allah !

18 Comments

  1. Suka betul rambutan ni.. kalau dkt kelantan panggil rambutan anak sekolah.. ssh nk jmpe rambutan ni org jual.. wuwuwuwu.. kl dkt dh mtk sikit dh ni..

    ReplyDelete
  2. Merah ang angg rambutan. Rasa macam dah manis pulak dalam mulut ni :p

    ReplyDelete
  3. sedap. tp xberani nak makan banyak. kang batuk. hahhaha

    ReplyDelete
  4. alahai...sdapnya..pos la skit ke sini...:)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah boleh kongsi dengan kawan2.. Best kalau kampung dekat ni ju..nak angkut senang.Rezeki diaorang la tu..kan??

    Rumah mak saya pun banyak pokok rambutan.Tapi masih hijau lagi... balik hari tu ada sepokok je yang dah merah2..Itu lah dikerjakan sampai naik togel..hahaha...Tunggu bulan 3 nanti yang hijau2 tu dah masak boleh la balik ambik.

    ReplyDelete
  6. samalah ngan mak dan ayah merttua fie.. kalau musim duku mmg suka la kawan2..dapat makan ..selalu bawa suruh kawan2 makan

    ReplyDelete
  7. Sedapnye Kak ju.... Rasa sekali nak Lagi....😍

    ReplyDelete
  8. Ya Allah sedapnyaaa...Lama rasanya tak makan rambutan yang petik direct dari pokok..

    ReplyDelete
  9. Belakang rumah Lynda pun ada pokok rambutan. Biasa ayah yang petik. Setakat buat makan jiran-jiran dengan sendiri je..

    ReplyDelete
  10. alamak, sedapnya. favourite mama ni. lagi2 yang baru2 nak masak tu

    ReplyDelete
  11. Seronoknya boleh bawa balik berkotak-kotak. Kat kampung dah habis ayah tebang pokoknya, so nak tunggu pokok tu hasilkan balik buah dalam 1-2 tahun juga lah

    ReplyDelete
  12. haritu ada kawan suami bawak dari kampung rambutan tu..best

    ReplyDelete
  13. Mohon share ilmu Dan gambar buah rambutan ya...Mohon halal Kan☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Share ilmu apa cik Maya? Saya tak faham haha...nak ambil gambar saya dalam entry ni ke? Untuk buat promosi apa? Jika untuk kepentingan perniagaan saya tak halalkan...maaf ye.

      Delete
  14. Assalam awak ... saya tgah mengidam buah rambutan gula batu... adakah skang musim.. nak bli.. awak kawasan mana yer

    ReplyDelete
  15. bestnye ade byk pokok rambutan gula batu.. kt umah sy ade sepohon, tpi dh kene tebang (T_T)

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)