Petua Minyak Bawang Putih Bakar

Bila anak bawah 6 bulan kena jangkitan selsema dan batuk, aku lah paling tak senang duduk. Iyalah, bila dah lama tak punya anak kecil lagi-lagi bayi, seakan lupa dah bagaimana nak rawat bayi bila kena sakit batuk dan selsema teruk. 

Bermula dengan anak sulung juju kena selsema teruk, kemudian bila dia sembuh berjangkit dengan juju. Bukan setakat selsema, batuk teruk yang berpanjangan pun kena sekali sampai sakit keseluruhan badan. 

Ada bayi bawah 6 bulan, bila kita tak sihat, sudah tentu sukar nak kawal batuk depan bayi tau. Qayla imani, dari sihat walafiat berjangkit juga akhirnya. Dia baru nak masuk ke angka 4 ke 5 bulan. 

Teruk juga simptom batuk dan selsema dia sampai bila waktu nak bagi dia menyusu pun habis dia luakkan balik bersama-sama lendir. Risau, risau!
***Jikalau jangkitan berserta dengan demam, kalian kena bawa jumpa doktor. Jangan simpan anak dirumah, jangan biarkan, jangan tunggu dan lihat dan elak dulu rawat sendiri ya. Bagi doktor pantau seawal yang mungkin. Demam jangan dibuat mainan, lagi-lagi kalau ada masalah pernafasan dan lain-lain. Kebetulan bayi juju cuma jangkitan selsema dan batuk sahaja tanpa demam. Itu yang guna cara rawatan alternatif sebab memang tiada ubat untuk bayi yang kena selsema mahupun batuk. 
Bila waktu pemeriksaan wajib di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) macam biasalah suntikan imunisasi untuk bayi tu kan, sempat aku bertanya ada tak rawatan untuk ubatan bayi bawah 6 bulan untuk selsema dan batuk?

Cik misi jawab 'Tiada'. Cuma neb sahaja jika diperlukan. Tapi kena rujuklah klinik kesihatan biasa untuk itu. Hmmmm, aku cuba lagi tanya klinik swasta. Zaman sekarang kan semua di hujung jari, klinik swasta boleh wassup tepi je tanya soalan yang sama.

Jawapan yang di beri tetap sama, 'Tiada rawatan ubatan untuk anak bawah 6 bulan, neb sekiranya perlu'.

Sambung balik risau... tapi aku tak diam disitu, aku tanya kawan-kawan mak-mak blogger. Mereka cadangkan untuk buat minyak bawang putih bakar. 
Zasss jadi ! Gambar atas sekali tu aku cuma bakar dua ulas bawang putih 
selama 2 minit je, jangan lama tau nanti khasiat dia hilang pula. 

Resipi Minyak Bawang Putih Bakar Untuk Bayi

Caranya: 
  1. Ambil 2 ke 3 biji ulas bawang putih - buangkan kulit
  2. Letakkan di garfu seperti gambar diatas senang nak bakar atas api dapur kecil
  3. Bila agak kekuningan atau sedikit nampak kehitaman boleh angkat.
  4. Masukkan dalam bekas lenyekkan dengan sudu kecil sehingga lumat.
  5. Campur 3 sudu besar minyak zaitun ke dalam bawang putih bakar.
  6. Gaul sehingga mesra.
  7. Sebaiknya simpan dalam bekas kedap udara macam diatas.
Celup dengan jari sedikit dan sapu keseluruhan dada bayi, belakang badan bayi, bawah lutut, tapak kaki serta sedikit di peha selama beberapa hari sehingga selsema dan batuknya mulai reda. 

Sebaiknya, pengalaman juju sendiri, 2 kali sehari. Waktu pagi dan waktu malam. 

Tahan lama tau dekat seminggu simpan masih elok, juju buat 4 ulas bawang putih bakar, simpan dalam minyak zaitun. Senang nak ambil bila-bila masa, baunya ada sedikitlah tapi bila lama kelamaan simpan bau bawang putih bakar tu dah mulai kurang. 

Ini baru mula-mula buat, masa ini 23 Feb 23 Qayla imani baru kena selsema dan batuk. Terus buat atas nasihat mak-mak kawan. Masa ini tak pandai lagi nak simpan dalam bekas, letak pun dalam bekas kaca gitu je. 

Khasiat Bawang Putih Bakar (Sumber bacaan: Jiwasihat.com)
  • Kandungan antioksidan lebih tinggi dari bawang putih biasa
  • Bersifat antiradang - membantu dan mengurangkan keradangan contoh jangkitan selsema dan batuk anak berpanjangan 
  • Boleh melindungi hati dari kecederaan 
  • Baik untuk sistem penghadaman si anak - melancarkan pergerakan pembuangan air besar (ini betul, baby Qayla imani kerap membuang selepas amal)
  • Baik untuk kesihatan otak. 
Qayla imani baru lepas checkup bulanan, masa ini dia tak berapa sihat lagi tengah selsema dan batuk tau. Memang masa ini hari-hari juju sapu minyak bawang putih bakar itu setiap pagi dan malam.

Kesan 10 hari bersama minyak bawang putih bakar
  • Hari pertama sapu - anak mudah tidur lena dan kurang bunyi wheezing semasa tidur.
  • Lendir keluar banyak - semasa mandi air suam, buang air besar kerap dalam 3 kali sehari (cara lendir selsema keluar melalui najis)
  • Batuk mulai kurang - masa mula sapu akan nampak kesan anak macam makin kerap batuk dan selsema macam makin nampak tebal. Rupanya itu lah lendir dan kahak yang cair keluar serentak. Nampak macam tak berkesan tapi sebenarnya itulah cara bawang putih bakar itu detokskan.
  • Minum susu makin kerap - kalau selsema dan batuk anak macam tak lalu nak menelan susu perasan tak, sebab lendir tu yang menyekat saluran pernafasan diorang. Jadi bila sapu minyak bawang putih tu dia membuka sedikit rongga pernafasan, senang anak nak minum susu.
Alhamdulilah, hari ini dah masuk hari ke 9 baby juju selepas kena selsema dan batuk berpanjangan. Esok hari ke-10, semalam nampak dia ceria, senyum dan masa tidur pun dah tak bunyi dah. Selsema dan batuk mulai reda. Syukur Ya Allah!

Sambil itu, juju ada juga guna produk bayi lain dipasaran sebagai selingan dalam merawat selsema dan batuk anak boleh klik 👉 SINI

Produk herbal cream tu bukan setakat membantu simptom di atas, ia juga dapat merawat masalah kembung perut bayi dan buat bayi tidur lena juga. 

Tapi, petua Minyak Bawang Putih Bakar paling ohsem kesannya, walaupun ia ambil masa lama tapi kesan positifnya sangat berbaloi-baloi. 

Memang petua ini memakan masa lama untuk sembuh.

Ibu dan ayah kena sabar. Macam juju pun tak sabar nak anak sembuh, tapi percayalah bila anda amal khasiat minyak bawang putih ini pada anak, hari-hari sapu akan nampak sinar kesihatan kebahagian itu kembali buat kita.

Sujud syukur juju bila anak semakin nak sembuh. Lepas ini, memang juju akan jadikan pati minyak bawang putih bakar sebagai rutin sapuan untuk sekali sehari selepas mandian anak. Buat pencegahan awal sekiranya perlu betul tak. 

Cubalah ya, semoga perkongsian ini dapat membantu anda yang sedang mencari rawatan alternatif untuk si comel kesayangan. Murah, senang didapati dan mudah dipraktik di rumah sahaja. 

2 Comments

  1. Faham jiwa MakMak ni bila anak tak sihat memang tak senang hati. Alhamdulillah Qayla dah sembuh dan terus membesar sihat walafiat. Aamiinn

    ReplyDelete
  2. kena try buat jugak ni, anak2 tgh tak sihat, balik nanti nak buattttt

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)