Hari ke 113. 
Hari Jumaat, adalah hari discharge yang takkan dilupakan sehingga ke akhir hayat kami. Senyuman juang seorang ibu. Terima kasih Julia Johari, anda seorang ibu yang kuat tahan juang kerana berjaya didik hati meletakkan redha kerana Allah paling atas sekali. 

Allahuakbar. Syukur alhamdulilah, segala puji bagi Allah SWT. 

Bismillahirrahmanirrahim, lahirnya srikandi pilihan ini pada 9/9/22 pada hari Jumaat, pulang ke rumah juga Tuhan pilih hari Jumaat. Allahuakbar, Jumaat bertemu Jumaat, cantiknya susunan Allah. 

Ketahui, sejak hari pertama melangkah kaki ke NICU pada usia kelahirannya cuma 27 minggu (40 minggu sepatutnya kelahiran cukup bulan), hati telah redha untuk melihat setiap bait didikan Tuhan terbentang didepan mata.  

Bayangkan, pampers pramatang itu wujud. Kecil yang amat kecil. Nak beli pampers ini sangat limited dipasaran. Cuma satu brand je jual dan cepat habis. 

Tiga size pampers bertukar. Dari size pampers pramatang, size newborn sehingga terkini pampers size S Qayla imani pakai membesar di wad. 

Tanpa gagal julia dan suami melawatnya setiap hari. Sakit bersalin, berpantang semua bukan lagi keutamaan, paling utama nak bagi anak semangat buatnya. Dalam masa yang sama nak kuatkan diri hadapi kenyataan ujian yang tertulis lagi. 

Syukur, onak duri emosi turun naik sangatlah menguji. Emosi mencanak naik dan turun, tangisan disana sini tanpa titik noktah, minta doa sana sini, tanpa lelah mendoakan diri dan si dia agar kami dapat laluinya dengan tabah. 

Kini, inilah harinya. 
Terkini : Berat 3.8kg, dulu lahir tak sampai 1kg, cuma 940gm dan pernah drop ke 800gm kerana kuning 1 minggu. Tak sangka, taman cinta ini membesar 4 bulan di hospital persis seperti bayi normal. 

Bila tatap gambar si kecil ini, seakan lupa dimana asal usul perjuangan jerit perih dahulu. 

Seakan dikambus dalam-dalam dan yang terbentang didepan mata adalah rezeki kesabaran maha tinggi dengan izinNya. Allahuakbar. 

Kuatnya kamu anak
Allah pilih kamu dan kami untuk jalani ujian getir paling dalam ini. 

Sebab dia nak lihat kami sejauhmana kecintaan kami terhadapNya. 

Memang kami sungguh-sungguh meminta padaNya tanpa gagal. Hari-hari berdoa, kurniakan kami kekuatan dan ketahanan untuk laluinya. 

Sangat-sangat menguji. Kini nikmati rezeki selepas ujian, syukur yang tak terkata. Membesarlah dengan rahmat Tuhan ya sayangku Qayla imani. 

Ingat, Tuhan sayang Tuhan uji, Tuhan uji tika kamu masih dialam rahim lagi, umi doa sangat Tuhan kurniakan hikmah baik-baik selepas redha lalui ujian ini dengan kesabaran paling atas. Amin! 
Sebelum dibenarkan discharge dari hospital, julia perlu hadiri satu sesi belajar CPR baby. 

Doktor sendiri yang ajar teknik CPR baby, berbeza sekali teknik yang diajar dalam Youtube. Mudah difahami dan senang nak kongsikan bersama pengasuh khas nanti. 

Kenapa perlu belajar CPR baby?

Ilmu ini bukan sahaja penting malah ia adalah ilmu pertolongan cemas wajib kita ketahui jika berlaku perkara diluar jangka.

Berikutan baby Julia lama dengan alat sokongan oksigen sejak lahir maka CPR sangat membantu sebelum ambulans datang. 

Caranya:
Perhatikan bayi. Sebut nama bayi. Jika diam, tanpa suara, tanpa sebarang pernafasan. Jangan panik. Pastikan sekeliling bayi anda selamat dari sebarang bahaya. Mohon bantuan sesiapa hubungi ambulance atau anda dial sendiri. 

Sila dongakkan sedikit kepala bayi ke atas. Mulakan dengan 2 kali hembusan dalam ke mulut bayi.

Kemudian, letakkan 2 ibu jari di dada bayi tekan sebanyak 30 kali. Ulang teknik hembusan 2 kali / tekan 30 kali. 

Sampai bayi anda mengeluarkan bunyi atau bergerak dan bernafas kembali. Jika tidak buat sehingga ambulans sampai. 
Carta terkini CPR bayi. 

Hari terakhir di hospital, dipakaikan baju baru. Tak sabar nak pertemukan dua beradik ini yang belum berjumpa. Sebak sebenarnya. Macam-macam rasa berlegar. Baju baby bertemakan telur mata tu paling disukai oleh doktor dan nurse di wad. Katanya cantik dan unik, mana ibu beli? Kata mereka. Hehe. 

Tiada pelawat dibenarkan berkunjung. 
Buat masa ini, tiada pelawat dibenarkan sama sekali. Kuarantin dulu, keluar bila perlu untuk checkup di klinik kesihatan ibu dan anak atau hospital sahaja. Doktor nasihat berulang kali.

Untuk kebaikan anak pramatang, lagi-lagi kelahiran extreme pramatang perlu penjagaan intensif. Kedekutlah orang kata, jangan nak jaga hati orang sampai ketepikan hak pembesaran anak. 

Ya bab ini julia dan suami memang tekankan. Tidak dibenarkan merokok dalam rumah (mujur suami bukan perokok), tidak boleh ada pelawat, tidak boleh bawa ke tempat sesak seperti mall dan sebagainya. 

Kami amal macam SOP COVID. Sentiasa jaga kebersihan, lap habuk, sentiasa mop dan sentiasa jaga kebersihan diri. Itu yang kami melabur beli klik entry lepas 👉 air purifier demi kesejahteraan kesihatan bersama. 

Nanti si anak besar dan matang sedikit baru ajar sikit-sikit ke taman yang kurang orang. Lihat pokok menghijau. InsyaAllah.

Setakat hari ini, beliau minum susu dengan tenang sekali dirumah. Bangun malam cuma sekali dan nampak dia ceria tika bersama keluarganya terutama abg kandungnya Abg Qi. 

Nanti julia kongsi akan datang gambar pertama kali dua beradik ini bertemu ya. Tak sangka si abang tu... bersambung.

Nak baca lagi? Jejak tajuk entry lepas di bawah:
  • Cara Betul Bedung Bayi Elak Masalah Hip Dysplasia👉 SINI
  • Akhirnya perjuangan baby extreme premature DISCHARGE DAY 113👉SINI
  • Beli penapis udara khas untuk bayi dirumah (air purifier) tanpa kontrak👉 SINI 
  • Keputusan ujian pulse oxymetry oksigen bayi pramatang👉 SINI
  • Pindah masuk wad pantauan rapi untuk elak dari terberanak awal sudahnya...👉SINI
  • Air ketuban pecah tiba-tiba fasa 27 minggu mengandung, Allahuakbar!👉 SINI
  • Kolustrum Susu Ibu Pertama. Tahu teknik pasti dapat.#MamaNICUfighter 👉SINI
  • EMERGENCY spontaneous breech assissted delivery 👉SINI 
  • Suntikan Vaksin Kancing Gigi (ATT) ibu mengandung nak terima atau tolak?👉SINI
  • WAJIB Buat Detail Scan Baby Masa Kandungan Trimester Ke-2 👉 SINI

8 Comments

  1. Alhamdulillah syukur moga sentiasa sihat Qayla Imani..cepat besar moga baik2 semuanya utk mu anak....

    ReplyDelete
  2. Ya Allah, alhamdulilah.. moga diberikan kesihatan yang baik buat Qayla dan Jujue.. take care tau..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. alhamdulillah juju... terus berjuang ya.. akak suka sangat sesi last tu tau.. berkumpul ramai2 belajar CPR untuk premature baby sambil raikan merek yang dapat discharge.. pengalaman yang sangat best masa tu di tahun 2019.. sukanya tengok senyuman masing-masing walau ada yang masih kena stay..

    ReplyDelete
  4. Allahu akhbar, besarnya kasih sayang Allah bila baca kisah Juju dan Baby Qayla. Insha Allah, moga baby Qayla membesar menjadi anak yang sihat dan dirahmati Allah selalu.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. moga baby Qayla membesar dgn sihat, amin2..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah... Semoga dia sentiasa dalam perlindungan Allah...

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah... segala puji bagi Allah!

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah finally baby qayla discharge dan sihat2. Pejuangan seorang ibu yang tiada noktahnya. Syukur allah

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)