Wow, tak lama dah nak mai musim demam FIFA World Cup 2022. Lagi tambah hangat juju tak sabar nak kongsikan ialah kehangatan Piala Dunia sudah mula terasa di AEON!

Ya awak, sampai ke AEON bintang bola sepak datang. Robbie Fowler!!! Tak ke korang teruja dengar? 

Perghhh! Bila lagi kan, masa inilah nak lock tarikh betul-betul. Dekat mana tu juju?

Okey, screenshoot siap-siap ya entry blog juju tau.

Berlangsung pada 15 hingga 25 November ini, akan diadakan pelbagai aktiviti di AEON Goal Bonanza. 

Masa inilah kita semua berpeluang memenangi barangan merchandise Piala Dunia yang ekslusif. Ya!!! Bila lagi, dekat AEON je. Best gila! 

Banyak pilihan barangan pasukan kegemaran kita boleh kumpul sambil dalam masa yang sama dapat meriahkan kehangatan Piala Dunia kali ini dengan penuh ceria dan bergaya.


Ada yang lebih menarik! 

Rakyat Johor jangan lepaskan peluang menyaksikan perlawanan bola sepak antara England dan Iran bersama Lagenda Bola Sepak England iaitu Robbie Fowler di AEON Mall Tebrau City, Johor pada 21 November ini.

Orang Johor, wajib turun tau. Rugi tak turun.

Bukan Johor je Robbie Fowler terjah untuk sesi ramah mesra bersama penyokong dan peminat, dia juga akan hadir ke:

  • AEON MALL Ipoh Klebang - 20 Nov 22
  • AEON MALL Shah Alam - 22 Nov 22

Juju rakyat Selangor, makanya AEON Shah Alam akan jadi kemestian untuk turun nanti. Yahh!

Selain itu, kita juga berpeluang menonton perlawanan antara England dan Iran secara live bersama lagenda tersebut.

Apa lagi, dah lock tarikh di kalender handphone korang siap-siap. Jom ke AEON Goal Bonanza. 

Psssttt! Pastikan kita berpeluang memenangi Pass VIP Robbie Fowler dengan pembelian RM580 (bukan ahli AEON) dan RM480 (AEON members/AmBank Credit Card).

Jangan lepaskan peluang keemasan ini ya, demam bola kita !

1 Comments

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)