Selamat Hari Kemerdekaan 2022, julia ucapkan buat semua pembaca setia dan pembaca senyap sepanjang Julia bersiaran sebagai blogger.

Alhamdulilah, tanggal 31 Ogos 2022, Julia dan keluarga sudah merancang untuk meraikan Hari Kemerdekaan di AEON Mall Nilai, Negeri Sembilan. 

Apa yang menarik perhatian Julia untuk ke sana ya? 

Tahukah anda, terdapat pelbagai acara telah dijalankan pada hari ini 31 Ogos 2022 disini.

AEON tidak asing lagi dimata Julia dan peminat yang suka membeli belah betul tak, orang kata one stop centre. Semua ada, senangkan.

Sambutan Hari Kemerdekaan AEON di seluruh Malaysia.

Turut hadir menyerikan program pada hari berkenaan ialah YB. Dato' Dr. Razali Ab Malik, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan; Ayob Majid, Presiden IRAMA;  Naoya Okada, Timbalan Pengarah AEON dan Dr. Kasuma Satria Mat Jadi, Ketua Pegawai Sumber Manusia merangkap Pengarah Komunikasi Korporat AEON.

Majlis yang bertemakan program “Kita Merdeka Kami Anak  Malaysia” ialah kerjasama AEON bersama Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA). 

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Dr. Razali Ab Malik, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.

Program kemerdekaan AEON Nilai, Negeri Sembilan.

Istimewanya hari ini, hari kemerdekaan di sini mereka mengadakan program dendangan nyanyian lagu Negaraku dan bacaan Rukun Negara serentak di seluruh cawangan AEON seluruh negara. 

Tepat jam 1.00 petang ia berlangsung. Ia merupakan satu perlaksanaan yang baik untuk memupuk semangat cintakan negara.

Ini juga merupakan salah satu usaha AEON memberikan pengalaman baharu kepada pengunjungnya dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti sosial secara sihat dan produktif.

‘Cawangan Paling Banyak Menyertai Nyanyian Lagu Kebangsaan Secara Serentak’.  

Pada tahun lepas, Julia baca di artikel AEON telah mengukir sejarah apabila telah berjaya disenaraikan sebagai pemegang rekod ‘Cawangan Paling Banyak Menyertai Nyanyian Lagu Kebangsaan Secara Serentak’. 

Tahniah Julia ucapkan.  

MEET & GREET: Artis Nana berkolaborasi dengan AEON untuk manisan Nana Dessert

LIVE : Demostrasi masakan cara buat kuih bakar oleh Chef Yunus.

Aktiviti & acara lain menarik turut dilangsungkan seperti : 

  • demonstrasi memasak, 
  • meet and greet bersama penyanyi & pelakon Nana, 
  • pengagihan kuih bakar, 
  • pertandingan busker, dan 
  • banyak lagi.

Penglibatan booth-booth dari pelbagai agensi kerajaan turut diadakan antaranya: 

  • Majlis Belia Malaysia (MBM), Agensi Antidadah Negeri Sembilan, 
  • Bahagian Keselamatan Jalan Raya, dan
  • PDRM (Division Anti Scammer).

Ia sekaligus boleh dimanfaatkan oleh pengunjung untuk mendapatkan pengetahuan, maklumat terkini dan perkongsian dari agensi agensi terbabit.

Kuih bakar khas diedarkan.

Menariknya, acara pengagihan kuih bakar kepada pelanggan-pelanggan AEON Nilai yang bertandang membeli belah pada hari kemerdekaan diedarkan. 

Kami pun tak lepaskan peluang untuk dapatkan agihan kuih bakar percuma dari pihak AEON. Seronok anak Julia dan suami. 

Nampak wajah manis dan keriangan mereka dilayani begitu baik oleh staf-staf AEON. 

Waktu malam, acara Kita Merdeka Concert turut diadakan pada jam 8.30 malam. Bagi anda yang tinggal berdekatan Nilai, bolehlah singgah untuk menonton konsert kemerdekaan secara live disana ya. 

Sudah pasti suasana kemeriahan semangat kemerdekaan dirasai sambil kita membeli belah pelbagai barangan dapur mahupun produk-produk di AEON sendiri. 

Syabas AEON Nilai Negeri Sembilan.

Pengalaman manis kami sekeluarga pada hari kemerdekaan 2022 bersama AEON tak mungkin kami lupakan. 

Selepas tamatnya program kemerdekaan disini, Julia tak balik macam tu sahaja ya. Kami sekeluarga masuk AEON Nilai nak survey stroller baby. Almaklumlah, lagi 3 bulan nak buat persediaan sebelum melahirkan anak kedua. 

Jadi AEON antara salah satu port survey kami untuk buat pembelian barangan baby, harganya berbaloi dengan kualiti barang yang disediakan. 

Sambil menyelam, minum air ye dak. Kebetulan tarikh hari jadi Abg Qi 31 Ogos, makanya sekali jalan lah survey hadiah dan makan disini. Cantik AEON Nilai, besar dan selesa. 

Nanti kami nak datang singgah lagi. Terima kasih AEON Nilai Negeri Sembilan kerana berjaya menganjurkan program sambutan hari kemerdekaan dengan meriah sekali. 

Suami & anak seronok! 

3 Comments

  1. Waah... AEON rajin buat event2 mcm ni ek... sekali sekala dapat join, best jugak... abg qi comfirm suka.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)