Teringat 4 bulan lepas, rezeki doa yang terjawab.

Assalamualikum, 
Pasti ibu-ibu yang sedang mengandung tercari-cari surah pilihan khas untuk ibu mengandung amal seharian. Jikalau tak sempat mengaji, tak salah jika kita selalu perdengarkan surah pilihan tersebut melalui radio didalam kereta, mahupun dengan di earphone. 

Cara julia sangat ringkas, klik link 👉 https://www.surah.my/ sambil buat kerja di mana sahaja boleh dengar surah pilihan sepanjang mengandung.

Sebelum nak tidur pun selalu suami buka di Youtube juga tau, tenang je sepanjang tidur. Okey untuk menyenangkan kalian ini surah pilihan yang julia senaraikan untuk memudahkan amalan sepanjang mengandung. Semoga membantu. 

Surah pilihan untuk ibu mengandung, semoga bayi dalam kandungan dilindungi.

1. Surah Al-Fatihah, 3 Qul (Surah Al-Ikhlas, An-Nas dan Al-Falaq, Ayat Kursi)
Bacakan kepada kandungan setiap malam sebelum tidur agar kandungan dilindungi.

2. Surah Maryam
Membantu memudahkan urusan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.

3. 
Surah Yusuf
Agar anak yang dilahirkan cantik rupa dan cantik akhlaknya.

4. 
Surah Al-Furqan (Ayat 74)
Doa agar diberikan zuriat yang menyenangkan hati.

5. Surah At-Taubah
Untuk membersihkan jiwa dan memelihara daripada maksiat.

6. Surah Yaasin

Memberi ketenangan jiwa, semoga anak tak mudah terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.

7. Surah Al-Hujurat
Sebagai doa untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.

8. Surah Luqman
Agar memperolehi anak yang cerdik akal dan terang hati.

9. Surah Al-Nahl (Ayat 78)
Agar anak yang dilahirkan bersikap rajin dan berdisiplin.

10. Surah Al-Imran (Ayat 38)
Doa agar mendapat zuriat yang soleh dan solehah.

11. Surah Al-Imran (Ayat 8-9)
Doa memohon rahmat.

12. Surah Al-Imran (Ayat 192-194)
Doa memohon keampunan Allah.

13. Surah Ibrahim (Ayat 40-41)
Doa agar anak tetap mengerjakan solat.

14. Surah Al-Baqarah (Ayat 128)
Doa agar anak patuh kepada perintah Allah.

Tuan tanah sekarang babymoon di Cameron Highlands, masa ini baru genap 4 bulan mengandung. Alhamdulilah, makin okey sikit dari peel 1st trimester, dah masuk trimester kedua feel better. Akan datang julia update ye taman cantik ni. Pasti korang suka. 

Jejak entry lepas klik link:

  1. Hari pertama rezeki tak disangka Ramadan 2022 - link
  2. Hari kedua ke Klinik Kesihatan pengesahan mengandung atau tidak - link
  3. Video rahsia, jadi viral di Tiktok - link 
  4. Buku Pink - link 
  5. Kesan makan tidak teratur, aku flat ! - link 
  6. Jantina bayi boleh scan semasa berapa bulan? - link
  7. Obimin ibu mengandung sesuai ke? - link 
  8. Ujian air gula MGGT ibu mengandung - link 
  9. Surah pilihan amal sepanjang mengandung - link 

1 Comments

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)