Assalamualikum, sempena hari Jumaat yang barakah tanggal 15 April 2022 bulan ramadan yang mulia tahun ini, Juju sekeluarga sangat berbesar hati dan berpeluang berada di AnCasa Residences Port Dickson bersama-sama menghadiri :

"Majlis Berbuka Puasa bersama Anak-anak Yatim dari Yayasan Anak-anak Yatim Piatu Islam Port Dickson".

Seramai 35 orang anak-anak yatim dari Yayasan Anak-anak Yatim Piatu Islam daerah Port Dickson hadir bersama-sama penjaga yayasan untuk berbuka puasa anjuran AnCasa Resindences Port Dickson.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa, kemudian kata-kata aluan dari Tuan Pengerusi majlis.

Kehadiran anak-anak yatim berkenaan diserikan dengan sambutan dari Encik Azrudyn Rashid; Executive Vice President/Group Cheif Operating Officer of Group Asset Management, UDA Holdings Berhad, Encik Shah Azam Baharuddin; General Manager of AnCasa Residences Port Dickson dan Encik Mohd Rajib; Operation Manager of Ancasa Residences Port Dickson.

Kelihatan masing-masing segak berpakaian baju melayu dan berbaju kurung anak-anak yatim sekalian, berwajah manis dan tersenyum tatkala mereka di santuni dan di layani sepanjang majlis. Alhamdulilah.


Juju berpeluang untuk menyantuni dua orang anak yatim dengan memberikan air kesukaan mereka. Alangkah meruntun hati sesiapa jika dapat peluang sebegini termasuklah diri juju. 

Alhamdulilah, majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim berjalan dengan lancar dengan buffet ramadan bertemakan "Warna Warni Ramadan". 

Cukup meriah sekali dengan sajiannya yang cukup membuka selera anak-anak sehinggalah dewasa.

Oh ya, bagi yang bertanya harga, buffet ramadan di AnCasa Residences Port Dickson ialah:

Bermula 5 April 2022 hingga 1 Mei 2022
Dewasa: RM68 nett
Kanak-kanak 6-12 tahun dan warga emas: RM38 nett

Nanti juju akan kongsikan di entry akan datang seleksi hidangan istimewa buffet ramadan 2022 di AnCasa Residences Port Dickson secara lebih dekat.
Suka lihat anak-anak yatim piatu bergembira waktu mengambil sajian makanan untuk berbuka puasa. 

Sesekali juju menyantuni mereka mengambil air. Begitu beradab sekali anak-anak yatim ini diasuh. 
Penyampaian cenderahati dari pihak AnCasa Residences Port Dickson kepada setiap jemputan anak-anak yatim yang hadir. 

Terpancar wajah kegembiraan setiap dari wajah anak-anak sekalian. SubhanAllah.
Suasana ketika mengambil makanan buffet ramadan,meriah dan semua memakai mask.

 Sambil mengambil hidangan berbuka puasa, hidung tak henti-henti bau bermacam jenis lauk pauk. Sedapnya bau!
Meriah sekali majlis semalam dengan dikelilingi anak-anak yatim suasana majlis dirasakan begitu damai dan sangat tenang. 

Betul-betul aura ramadan kali ini sungguh di rasakan. 
Antara menu yang juju santap bersama-sama keluarga di buffet ramadan AnCasa PD. 

Nak tau menu apa yang menarik? Tunggu entry akan datang.
Terima kasih pihak atasan AnCasa Residences Port Dickson sudi menjemput warga blogger ke majlis hari ini. 

Bagi individu, keluarga, rakan taulan yang berhajat atau ada syarikat yang sedang tercari-cari tapak yang sesuai untuk berbuka puasa, juju rekemen pilihan di sini kerana suasananya cantik, bersih, luas serta staf AnCasa yang peramah memungkinkan kita untuk kembali berbuffet ramadan sekali lagi disini.

Sambil tu boleh rancang untuk bercuti dan beristirehat disini dengan pakej yang disediakan dibawah.

Nantikan 2 kemunculan entry mengenai penginapan dan buffet ramadan 2022 di AnCasa Residences Port Dickson akan datang. 

Alamat: 
AnCasa Residences Port Dickson
Batu 8 1/2, Jalan Pantai Teluk Kemang,
71050, Port Dickson, Negeri Sembilan,
Malaysia.

Tempah buffet ramadan: 
06-6627288 / 013-5400634

Tempah penginapan: 


Layari media sosial

4 Comments

  1. Bestnya dpt berbuka puasa sama anak-anak yatim. Alhamdulillah bagus inisiatif Ancasa PD

    ReplyDelete
  2. Bestnya program macam ni. Suka tengok budak2 happy

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillahh. memang rezeki Juju dapat join event mcm ni.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah, bagus aktiviti mcm ni. patut kekalkan tiap tahun. at least adik2 ni rasa juga happy dirai sempena bulan mulia

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)