Sekejap je dah masuk bulan Februari 2022, tanda bulan ke-11 perjalanan juju dalam tajuk 'Aku kisah berat badan'. Yihhh! Tak sangka nak masuk 11 bulan. 

Tak sabar nak compile perjalanan susah senang juju dalam kisah berat badan. Banyak juju kongsikan di IG @mrsjuliajohari terutama di ig story. Perkongsian bebenang 3xl journey to be. Nanti korang jejak ye highlights tu dari semasa ke semasa. 

Juju suka kongsi live update di IG story lagi sebab ramai betul follower senyap ikuti perjalanan juju dan menyokong juju dengan dm tepi juju. Kalau lihat view semua 300 ke atas di ig story. Lagi bertambah semangat nak kongsi lagi apa juju amal jadi dan tak jadi hehe. 

Kongsi aktiviti yang tak jadi dan tak menjadi pun itu satu usaha sebenarnya, usaha sebenar yang perjalanan ini bukannya mudah. Semuanya kena ada satu key words 'KONSISTEN'.

Jangan mudah mengalah kerana berat statik dan inchloss lambat, selagi kita konsisten amal gaya hidup sihat percayalah keajaiban yang kita akan rasai. Perasaan 'FEEL GOOD'. Itulah titik permulaan juju, feel good setiap pagi, setiap hari tau. 

Juju kalau ke pejabat, sarapan mesti beli nasi goreng. Ada lah makan menu lain juga tapi nasi goreng gak rasa puas nak makan. Portion sudah tentu la menimbun. Kadang tu setengah nasi goreng, setengah lagi gabung mi goreng atau bihun goreng. 

Tambah telur mata atau nugget haha, tengok! 
Setiap pagi lah aku amal tanpa gagal. Haha. 😱😰

Semua kategori bergoreng. Aku ni dulu suka sangat benda bergoreng, terutama ayam goreng panas-panas. Susah nak puas makan. 

Dalam tak sedar berapa kalori yang aku gain setiap pagi hanya dari sarapan sahaja. Tengahari, petang, malam dan lewat malam ada kisahnya lagi. Tu nanti entry aku cerita ya. 

Jadi macam mana aku boleh ubah dan jinakkan gaya hidup?
Aku biasakan mata, telinga dan ajak hati dengar Youtube, perkongsian doktor-doktor mat salleh dan doktor Melayu cerita pasal kesihatan. 

Aku bawa diri aku dengar setiap hari kisah kesihatan. Dari situ keinsafan dan kesedaran mula meresap sampai kekal sehingga sekarang. 

Manusia bila selalu dengar bukti dan kesahihan info kesihatan, kita akan belek diri, kita akan lihat dalam diri, kita akan mula jejak gaya pemakanan kita. 

Itulah suntikan kasih sayang untuk diri sendiri. Aku mula ubah gaya pemakanan dulu, baru aku kisah nak bersenam. 

Jadi aku beli oat, rolled oat, bukan oat yang halus tu yakssss tekak aku tak boleh makan oat yang hancur tu. Rolled oat ni aku jinakkan tekak aku campur weet bix, aku beli kat AEON banyak jual. 


Campur pisang potong macam di atas letak sikit madu, fuhhh gabung dengan susu low fat HL tu mantop rasanya. Sedap! Cuba tau.

Sesekali aku rasa nak makan pisang goreng aku belah pisang tu memanjang dan masukkan dalam air fryer. Sira sikit madu di atasnya, lagi sedap dari pisang goreng dalam minyak tu tau. Rasa macam pisang goreng sihat. 

Banyak kaedah yang aku tukar sebenarnya. Bukannya tak makan langsung minyak, makan.

Cuma aku kurangkan kuantiti penggunaan. 
Kalau makan kat kedai pun aku akan pastikan menu bergoreng cuma 1 portion je, tak lebih. 

Kalau tak menu bergoreng ni banyak sesi aku makan, dari pagi sampai malam lah kiranya. Jadi bagi yang bercadang nak jaga berat atau nak turunkan berat badan, jaga penggunaan minyak dalam masakan dan pembelian makanan jenis bergoreng (deep fried) kalau boleh kurangkan, kalau jarang-jarangkan lagi bagus. 

Ganti dengan bakar atau stim, sekarang aku dah olah nasi goreng dimasak tanpa guna minyak langsung. Nanti akan datang aku kongsi ilmu ni ya. Rasa nasi goreng sihat ni sedap macam nasi goreng guna minyak, aku ubah je teknik. Tak sangka jadi ! 

Sambung lagi akan datang jejak link bebenang klik 👉 Aku Kisah Berat Badan

16 Comments

  1. Tunggu lepas beranak nanti la start diet balik. Hehe..
    Dulu Naniey suka buat overnight oat dengan pisang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rajin naniey buat overnight oat, tekak juju ni susah nak makan oat yg lembik, kena rolled oat fresh baru leh lalu tekak. Tu la masing-masing lain kam citarasa. Semoga dipermudahkan urusan beranak nanti tau.

      Delete
  2. Kak Sue nie pun badan dah naik juga dah. Dah mula rasa sakit lutut sebab berat badan tak boleh menampung kut. Nak kena usaha juga makan makanan sihat macam Juju..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Juju dah rasa dan lalui apa kak sue rasa, dulu lutut kiri juju teruk sangat, sakit nak rukuk dan bangun selepas sujud (solat). Sekarang dah masuk 11 bulan, alhamdulilah sangat kak sue, lutut kiri juju pulih sediakala. Macam magic, keyword kt sini, kena jaga portion dan rajin semak kalori setiap hari. Anggaran pun sudah memadai, so tak adalah asyik ambil karbo dan deep fried setiap masa dan ketika, ada kala boleh je manis cuma kurangkan... nanti nampak perbezaan tu.

      Delete
  3. Replies
    1. Juju suka fresh rolled oat gabung macam ini, kenyang lebih lama sebab tak hancur mcm overnight oat tu. Perut tak trigger nak makan bukan2.

      Delete
  4. wahh diet terbaik nih ada pisang pula, ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pisang kaya dengan potassium tinggi, gabung rolled oat dan sedikit madu wallaaa... terangkat!

      Delete
  5. Uncle masih nasik goreng.... Camana ni? huhuhu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle buat nasi goreng tanpa minyak, nanti juju buat entry akan dtg uncle ikut tau hehe

      Delete
  6. wow! Betul2 nekad jaga makan ni. pisang tu best, one of my fav

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awa, i love my self. Dah mula sejak 1 April 2021 until now. Juju ada dreamboard, sebelum umur 40 nak BMI normal ! Haaaa tudiaaa haha, lepas 40 nak maintain jaga sampai bila2. Amin.

      Delete
  7. Uncle pisng-pisang ni jadi pishang... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha buat pishang bakar buh dlm air fryer uncle, sedap! Lagi sedap dari pishang goreng... taktipu!

      Delete
  8. Salam Julia, pandai ambil gambar nampak menyelerakan. Cuti panjang lupa nak makan oats. Dah nampak oats ni, inshaAllah boleh la mula balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yahh! You can do it babypose. Sedap ooo rolled oat, beli yg campur oat muesli tu pun good, utk jinakkan tekak dengan rolled oat.

      Delete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)