Perasaan lepas membeli tu fuhhh, puas !!!

Minggu lepas, suami tercinta bawa jalan-jalan ke IOI City Mall, Putrajaya. Dari rumah nak ke sini ambil masa dekat sejam jugalah nak sampai. 

Dah bermacam jenis kasut sukan sebenarnya kaki si julia tu pakai. Lama-lama aku perasan, lutut belah kiri aku tu mulai tunjuk perasaan. 

Buat senaman jalan kaki sahaja pun, kalau lebih 5km mulalah urat rasa nak sakit, betis rasa nak terbakar dan tapak kaki kadangkala nak terkeluar dari tapak kasut sukan sedia ada. 

Aku bukan menidakkan pada kasut sukan yang sedia ada tu ya. Cuma tahap kesihatan kaki dan lutut aku sendiri tidak merestui. Sebelum cedera lagi teruk, baik melabur beli pada yang benar-benar menjaga perihal kaki.

Skechers, kenapa beli jenama mahal, perlu ke?
Kasut jenama ini selalu aku pandang enteng, sebelah mata je aku tengok. Pernah gak la perli, kenapa la orang sanggup belanja beli kasut sukan mahal-mahal.

Masa tu aku mana faham lagi, apa itu senaman. Aku tau senaman tapi aku belum lagi dalam alam berkenaan. 

Tengah seronok mengunyah sana sini 24 jam. Kalau boleh, cecah je kaki kat mall wajib 1 pinggan nasi penuh, dessert semangkuk, wajib aiskrim lepas tu.

Membesar dengan jaya aku selama 20 tahun lebih. Haha, ni kisah aku ya. Jadi aku cerita balik pasal diri aku. 

Jadi bila kau perlahan-lahan jinakkan diri, barulah kau faham dan memahami.

Saat pertama kali melangkah masuk, aku cuba lah sarung 1 kasut ni. Test berjalan. 

KENAPA SEDAP SANGAT, KENAPA RINGAN SANGAT, KENAPA LUTUT BELAH KIRI TU TAK RASA SAKIT DAH????

Ya, itulah aku. Selagi aku tak cuba, selagi itu aku tak tau keupayaan Skechers. 

Bagi aku kasut branded macam ini memang mahal, tapi sekali seumur hidup ke arah kesihatan tak salah melabur dan menabung beli sepasang, dua akan datang. 

Manafaat yang kau rasa, 
TOTALLY DIFFERENT !
GoWalk6 Woman paling terkini.
Harga asal RM399 ke atas sepasang. Bapak gila mahal kau kasut ! Haha gelak keras aku kat situ. Lepas diskaun RM319.20 gitu rasanya. Haaa banyak betul diskaun. Terus beli!  

Sebab masih baru dipasaran. 
Masa bayar aku tak tengok resit.
Balik rumah baru tengok. Haa tips kalau nak beli, beli jelahhhh. Benda nak pakai kat badan bukan selalu. Seumur hidup, ini pertama kali aku beli pakai. 

Aku rewards diri kerana Allah.
Duit boleh cari dan kumpul balik.
Tapi nak cari sihat, bukan senang ya.
Ni juga salah satu usaha julia. 
Air- Cooled + ArchFit
Ini yang buat kasut walking skechers jadi berbaloi. Sedap sungguh pakai. Kaki jenis tak rasa macam juju perlu sokongan ArchFit.

Saat berjalan, perghhhhh macam dapat tongkat sakti. Terus rasa nak walking satu mall. Haha
Cuba berjalan atas treadmill, nah 60 minit dia kasi. Padu!

Bergaya pula nampak juju pakai Skechers GoWalk6 tu kan. Tiberrr haha. 

Bukti 2 ke 3 hari berturut-turut guna kasut Skechers, lain macam baby baru ni enjut. Power! Tak sakit dah lutut, betis pun senyum je.

Alhamdulilah! 

Nak tahu pengalaman 6 bulan lepas. Kasut sukan sebelum ini hanya boleh tahan berjalan 30 ke 40, lepas tu kena pause sekejap kasi rehat tapak kaki dan betis buat hal. 

Tapi dengan Skechers GoWalk6, hmmm 60 min diatas trek treamill mcm baru 30 minit berjalan tau. 

Ayooooo, sedap betul tapak dan rasa pakai. Macam pijak karpet lembut ikut bentuk lengokkan kaki. Idaman! 
Kasut walking Skechers nampak sangat ringkas, warna pilihan pun semua warna light je. 

Aku pilih black peach gold. Nampak klasik dan timeless. Senang nak matching dengan baju sukan juju. 
Comfit dan selesa sangat. Size 10, size paling besar utk kasut wanita macam juju. 

Just nice, tak ketat dan elok. Tali kasut jenis tali tanam mati. Senang pakai, sarung dan jalan. Tak risau dah tali meleret-leret masa berjalan. 
Sampai tertidur depan kedai hahaha. 
Punyalah seronok pengalaman pertama beli Skechers! Lepas ni mesti beranak la koleksi Skechers juju hahaha.

Money, come to mama. I want you Skechers! Thanks a lot Skechers GoWalk6. Adore you so much! Till we meet again. 

Nanti buat promo hujung tahun kaw kaw murah ya. Juju nak beli lagi sepasang buat tukar.
 ðŸ™ˆðŸ”¥ðŸ’ª

5 Comments

  1. Yes.. Kadang2 perlu reward diri sendiri. Sbb kita yg hari2 nak hadap diri sendiri

    ReplyDelete
  2. kasut sukan nak serius memang beli yang mahal...
    Julia...nak tanyalah...awak dulu belajar kat OUM jb kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bukan belajar OUM JB, saya ex bachelor UUM student. Itulah, baru tau bila beli, memang menang memakai. Tq atas komen.

      Delete
  3. best pakai sketchers...biar mahal tetapi berbaloi membelinya takpa..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)