Pinknya bekas, semangat tengok body scrub ini tau!

Ingat tak bila kali terakhir kita belai badan dengan melakukan body scrub? Tahukah anda, nak dapatkan kulit bersih, halus, mulus dan sihat, Nourish Body Scrub adalah agen pembersih sederhana dan berkesan untuk membantu menampakkan kulit badan bertambah 'glowing'.

Kulit bekerja keras setiap hari untuk melindungi tubuh dari berbagai partikel asing seperti habuk, kesan geseran, melindungi organ dalam tubuh dan bermacam lagi tugasan kulit badan yang kita perlu selami. 

💗Scrub kulit sama seperti pentingnya menjaga kulit wajah.
Kulit yang membaluti tubuh badan kita jangan dilupakan. Tanpa scrub kulit secara rutin, kotoran yang melekat lama di atas kulit seperti daki, kesan kulit terbakar (sunburn), penuaan pra matang sebelum masa seperti terjadinya kulit kasar dan bertompok-tompok beri kesan yang tidak disukai oleh sesiapa sahaja termasuk julia. Klik link 👉Video 

Bila kulit badan terasa lebih bersih dan sihat dengan penggunaan scrub secara rutin, ia membantu menaikkan seri, rasa gembira dan menampilkan keyakinan pada seseorang tau. 
Julia sendiri lepas memakainya rasa yakin untuk melangkah ke mana sahaja dengan hati riang. Siapa sangka, scrub badan boleh boost mood jadi gembira dan tidak mudah lesu. 

Sebab julia bagi kulit makanan yang sihat dengan Nourish Body Scrub. Teruskan membaca untuk tahu kandungan utama dalamnya. 

Julia mempunyai pengalaman sendiri selepas menggunakan body scrub keluaran Youth Beautee, ternyata kulit julia rasa lebih bersih, hilang daki lama dan kurang masalah kulit tidak sama tona terutama di celah jari kaki dan ketiak hihi.

Tak malu tau kongsi cerita sebenar sebab kat situ selalu bermasalah warna tona tak sama dengan kulit asal, gelap sebab kulit mati tak di sental keluar. 

Best tau, sejuk je kulit lepas tu terasa lembab dan lembut je. 
Wangi dan menenangkan. Arghhh! 
Suka lihat tekstur scrub body dari Youth Beautee. 

💗Pasti anda sedang tercari-cari produk scrub yang dapat membantu menaikkan seri kulit dan mencerahkan dalam masa yang sama betul tak?

Begitu juga dengan juju, bukan sebab itu sahaja. Juju mulai mendekati untuk rajin scrub badan selepas mengetahui kebaikan dan fungsinya sangat bagus untuk menenangkan jiwa.

Dalam masa yang sama, kita rasa puas badan kita benar-benar memiliki kulit yang sihat dan sihat.

💗Siapa yang perlu scrub badan?
Semua orang termasuk wanita dan lelaki. Ya, tak semestinya wanita je perlu scrubbing, lelaki pun perlu menjaga kulit agar tampil rupa paras yang selesa untuk dibawa ke mana sahaja. 
  • Masalah celahan gelap di ketiak - julia sendiri hadapi. Lepas 2 ke 3 kali scrub sahaja, nampak pudar sikit. Yay!
  • Rekahan kulit - tapak kaki selalu merekah? Pasti kulit mati banyak terkumpul, jangan biar lama, scrub untuk elak bakteria melekat di celah rekahan kulit. Bahaya membiak masalah penyakit kulit di kemudian hari. 
  • Celahan tersembunyi - seperti celah peha, belakang leher yang tak nampak dengan mata sendiri serta celah jari jemari. Terkadang disitu terkumpulnya daki tebal.


💗Kandungan bahan Nourish Body Scrub 
  1. Sakura extract - kemampuan bunga sakura mencegah pigmentasi kulit. Bunga sakura juga mencegah penghasilan melanin berlebihan pada kulit yang menyebabkan hiperpigmentasi.
  2. Strawberry extract - meremajakan kulit kerana mengandungi Vitamin C, antioksidan dan exfoliant. Strawberi mampu mengangkat kotoran, melembutkan kulit serta memberikan perlindungan terhadap pencemaran merbahaya pada kulit. 
  3. Vitamin E - membantu kulit badan kelihatan lebih muda dan mengurangkan kedutan. 
  4. Glutathione - diperlukan untuk mempertahankan fungsi normal sistem kekebalan tubuh. Bila kulit badan kuat, ia melindungi organ dalam badan dengan mudah dan selesa. 
💗6 kebaikan Nourish Body Scrub 
  • Sesuai untuk ibu selepas bersalin - mengurangkan masalah strecthmark
  • Scrub badan sesuai untuk kulit sensitif - ekzema dan mudah naik ruam sesuai guna
  • Scrub badan bagus untuk mencerahkan kulit dan mengurangkan gejala kulit kusam
  • Menyingkirkan sel kulit mati dan melembutkan kulit. 
  • Membantu mencerahkan kulit sehingga di kawasan celah yang sukar di keluarkan.
  • Bahan kandungan scrub badan yang lebih bersifat alami dan natural lebih diyakini kerana tiada bahan kimia digunakan secara terlarang dan berleluasa. 
Kesan sebelum dan selepas scrub, kurang kesan daki kekuningan di atas lengan. 

💗Cara scrub badan
Aturannya mudah sahaja. 

Pertama sekali, kita perlu bersihkan badan dengan mandi. Yelah kita kena mandi dulu bersihkan kotoran seharian kita bekerja betul tak. 

Dengan cara ini, body scrub akan menjalankan tugasnya dengan lebih baik dan meresap jauh ke dalam kulit untuk mengeluarkan kulit mati atau daki yang tertanam lama didasar kulit. 

Sapukan sedikit Nourish Body Scrub dengan gerakan mengurut lembut. 

Biarkan di badan selama kira-kira 5 minit. Lihat gambar diatas, cara julia scrub kulit di tangan. 

Kemudian, gosok kulit secara membulat dan cuci dengan air biasa. Anda akan rasa apabila pertama kali pakai je pun nampak kulit ada perbezaan dengan kulit sebelum. 

Rasa lembut dan bermaya. Seronok julia manjakan diri scrub badan seminggu 2 ke 3 kali. 

Testimonial dalam IG Youth Beautee, nampak cantik dan bersih tangan pelanggan mereka.
Itu yang tertarik nak mencuba, ternyata produk ini beri kesan yang sungguh mengkagumkan. 

Syukur alhamdulilah, inilah scrub pertama yang julia miliki ada pengesahan produk dari KKM, bila pakai di badan rasa tak ralat sebab ia diluluskan betul. 

Julia sendiri semak ada di sistem pendaftaran produk dan perlesenan. Jadi tak ragu-ragu untuk julia kongsikan dengan kalian semua scrub best !


Berapa julia harga scrub Nourish Body Scrub? 

👉Harga Nourish Body Scrub by Youth Beautee
RM40 sahaja, berat 350ml. Penggunaan tahan selama 1 ke 2 bulan. 

Pembelian boleh dilakukan melalui website www.youthbeautee.com dan boleh melayari instagram rasmi Youth Beautee di channel untuk maklumat lanjut https://instagram.com/youthbeautee

3 Comments

  1. Syok kalau tgh scrub pastu ada bau wangi. Feeling sgt

    ReplyDelete
  2. Yes.. Scrub badan ni bagus.. Bai bersih badan.. Buang segala daki semua

    ReplyDelete
  3. best nie.. harga pun mampu milik.. nk try carilah

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)