Cermin mata kanak-kanak (kanta pelindungan UV khas tanpa power) untuk kelas online & main game.

Baru sampai dari Kedai Cermin Mata Bandar Baru Bangi - Optom , tempah online je. Servis laju & pos pun laju. 

Banyak design dan warna pilihan, Abg Qi pilih warna baby blue mix green. 

Selesa Abg Qi pakai terletak elok. Syukur, perlindungan extra untuknya. 

Kalau guna lasak, terjatuh atau tergesel sekalipun tak mudah pecah dan patah tau.

Waktu sabtu ahad nak main game, Abg Qi dah pandai biasakan pakai sebelum pegang gadget.

Warna pun boleh pilih. Ini pilihan warna Abg Qi sendiri, nak hijau mint green plus biru. Nampak fresh !


Dah bersedia nak masuk kelas online. Pakai siap-siap spek mata OPTOM, lindung mata dulu dari cahaya tak baik dari gadjet.

Juju nak kongsikan kelebihan spek kanak-kanak Abg Qi 9 tahun pakai dari OPTOM EYECARE : 

✳ Material khas mudah lentur dan tahan. 

✳ Direka untuk rasa lebih ringan sesuai dengan aktiviti kanak-kanak. 

✳ Fitting frame-face direka tak mudah tertanggal.

✳ Mengurangkan keletihan mata dalam situasi penggunaan skrin gajet atau komputer yang berpanjangan.

Kawan-kawan Abg Qi ❤
Comel sangat-sangat kawan Abg Qi pakai spek macam Abg Qi pakai yayy!

Kes C19 masih meninggi. Anak anak kita perlu belajar dari rumah setiap hari. Risau mata rosak awal jika lama mengadap skrin gajet.

Solusi ?

Cermin mata mampu sekat cahaya biru serta mampu mengurangkan keletihan pada mata akibat lama sangat mengadap skrin gajet atau komputer.

Dengan material khas mudah lentur dan tahan direka untuk rasa lebih ringan sesuai dengan aktiviti kanak-kanak.

Fitting frame-face direka tak mudah tertanggal tau. 

Didik Abg Qi cara sediakan senarai semak kerja sekolah harian. Cara elak parents pening kepala, ajar teknik ini :

✅ Yes - ada kerja sekolah @ sedang disiapkan. 

❎ No - tiada kerja sekolah @ sudah siapkan. 

Selit buat sesuatu dengan kejujuran. Belajar dari kesalahan. Tak siap homework tak apa, janji catat. Pantau dari sehelai kertas yang dia buat senarai semak harian. 

Cara mcm ini, kita buat si anak tahu yang kita percayakannya. Jadi kalau ada masalah apa sekalipun, dia akan kongsi dengan kita dulu. Bukan orang lain. 

Kita pun tak pening kepala. Boleh bekerja dan urus rutin harian tanpa melangguk 24 jam dengan anak. Ajar berdikari macam gaya universiti, bagi dia rasa feel tu.👍🏻

Dengan bantuan spek mata dari OPTOM, perlindungan extra buat si anak buat kita sebagai ibu bapa lega sepanjang hari.

Alhamdulilah, inilah pelaburan jangka pendek dan jangka panjang untuk kesihatan mata si anak.

Terima kasih Optom Eyecare. https://optom.com.my/

OPTOM Eyecare Bangi
Alamat : No. 37 Jalan 8/1, Seksyen 8, 
Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor 
(Berdekatan Marrybrown)
Waktu Operasi : 9.00 am - 8.00pm (Setiap Hari)

2 Comments

  1. MashaAllah dah besar abang Qi, menarik perkongsian Juju kali ni, cermin mata untuk anak-anak, terfikir juga mata menghadap pdpr dan game lagi, ada solusi ye

    ReplyDelete
  2. Best spec mata dari optom ni dari segi ciri2 spec dan paling best boleh custom sendiri spec

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)