10 tahun, sedekad, masih bercinta.❤
23-24 Julai nikah & sanding. 
Semoga terus menyulam cinta.
Bersama doa dan izinNya.

Amin yarabbalalamin.๐Ÿคต‍♂️๐Ÿ‘ฐ‍♀️

Sekejap je dah sedekad. Tak perasan masa terus berlalu. Banyak kenangan tercipta, buddy travel paling best, buddy yang selalu ada tika diperlukan, ada banyak tak terungkap. 

Biar juju simpan dan ingat kenangan tu berulang kali. Dia orang kanan, kiri ku. Tika daku susah diuji hebat suatu tika dulu, dialah menenteramkan dan menenangkan ku. 

Tak terbalas sebenarnya. 
Selalu minta berdoa agar Tuhan jaga dia untukku. Amin. 

"๐—ž๐—ถ๐˜€๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐˜‚ ๐—œ๐—ป๐—ด๐—ถ๐—ป๐—ธ๐—ฎ๐—ป"
๐ŸŽต ๐ด๐‘˜๐‘ข ๐‘‘๐‘Ž๐‘› ๐‘˜๐‘Ž๐‘š๐‘ข ๐‘ก๐‘Ž๐‘˜ ๐‘ก๐‘’๐‘Ÿ๐‘๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž๐‘  ๐‘œ๐‘™๐‘’โ„Ž ๐‘ค๐‘Ž๐‘˜๐‘ก๐‘ข,
๐‘‡๐‘Ž๐‘˜ ๐‘ก๐‘’๐‘Ÿ๐‘™๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘ก๐‘ข๐‘˜ ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ฆ๐‘Ž๐‘ก๐‘ข, 
๐‘˜๐‘’๐‘Ÿ๐‘›๐‘Ž ๐‘˜๐‘Ž๐‘ข ๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘ ๐‘š๐‘– ๐‘š๐‘–๐‘™๐‘–๐‘˜๐‘˜๐‘ข ๐ŸŽถ

Lagu ini tentang kami... nak tahu siapa kami, hayati mendalam liriknya. 

Subhanallah, sebak sangat selepas mendengarnya klik ➡️ Lagu Kisah Ku Inginkan


Alhamdulilah. Sambutan kecil raikan cinta yang ke 10 tahun kami.

#JuliaMasak tomyam ayam sayur seperiuk besar. Buat tumis sayur bayam sepinggan kecil.

Ringkas bersahaja, janji air tangan tak putus. Syukur dijamah licin selalu anak beranak. 

Dia tak pinta untuk dipuja setiap hari. Cukupi dia dengan kasih sayang, perhatian, pendengar setia, pelukan, serta keperluan zahir batin bila diperlukan. 

Itulah bahagia si suri anda.

Pasti doanya setiap hari mengiringi buat imamnya. Tanpa putus-putus meminta padaNya lindungi erat dua penyatuan ini. InsyaAllah. 

Terima kasih sang suami.
Terima kasih si anak cinta kami.
Terima kasih sahabat atas ucapan dan doa ikhlas. Anda semua sangat berharga, tiada ganti.

Terima kasih Tuhan pinjamkan masa dan waktu ini. Untuk juju merasai secebis rahsia disebalik rasanya nikmat MENSYUKURI. 

Barakallah. 
Mari bercinta setiap saat ๐Ÿ’Ÿ
#10thweddinganniversary 

4 Comments

  1. Happy Wedding Anniversary Juju.. semoga bahagia hingga ke Jannah

    ReplyDelete
  2. Happy anniversary to you and your husband. Cherish each other. :)

    ReplyDelete
  3. happy anniversary Julia dan suami..alhamdulillah moga bersama sampai akhir hayat

    ReplyDelete
  4. Happy anniversary semoga bahagia hingga ke jannah

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)