Kata udang, tapi kenapa ada ketam, ada sotong? Haha

Menghairahkan tak gambar diatas? 
Haa macam itulah kami hadap lauk ni tadi.

Kami tak makan bersama nasi, kami anak beranak cuma ratah je bersama sos Thai.

Terus jadi resipi udang, ketam, sotong telur masin bestari ala thai. Aaagituuu!

Puas hati dapat santap, suami keluar tadi ada urusan kerjanya. Dia balik terus bawa balik semua ketam, udang dan sotong segar tau. Beli dengan peraih tepi jalan je. 

Apa lagi, dengan kuasa ajaib tepung telur masin bestari juju masaklah menu seafood campur. Ingat nak buat udang je, dah alang-alang kita sekalikanlah semua. 

Lagi power!
Shot dekat, tudiaa, pekat, likat, bau semerbak daun bawang dengan daun pandan tu haishhh. 


Resipinya mudah sangat, nak buat resipi udang telur masin, resipi ketam telur masin dan resipi sotong telur masin guna bahan yang sama. 

Bahan-bahannya:
3 sudu besar serbuk telur masin bestari (link)
4 biji cili padi di potong memanjang
2 helai daun sup
1 helai daun kari
1 sudu besar butter
1 helai daun pandan
1 sudu besar tepung jagung
1 cawan air masak

Cara memasak:
Panaskan butter, masukkan cili padi, daun kari dan daun pandan. Naik bau masukkan serbuk telur masin cap bestari.

Masukkan 1 cawan air. Kacau sehingga sedikit likat. 

Masukkan udang, sotong atau ketam. Gaul sebati. Agak dah masak masukkan tepung jagung dengan sedikit air. 

Kacau sehingga sedikit pekat. Tak perlu tambah garam dan gula. Semua dah cukup rasanya. 

Tutup api, susun dalam pinggan dan tabur daun sup diatasnya. Siap!
Senang je nak buat kat rumah. Modal beli bahan mentah dan tepung dalam RM50 je. 

Kalau makan kat restoren sebanyak ini dah dekat ratus ooo. Jimat buat sendiri. 

Burp! Kenyang kami melantak lauk petang ni. Nak makan dengan nasi pun sedap tau. 

Nanti lain kali kami nak cuba masak resipi ayam telur masin bestari. Fuhhh mengancam, baru sebut tu haha. 

Selamat mencuba. 

Juju beli di kedai online je tepung bestari telur masin yang super sedap tu klik๐Ÿ‘‰ SINI 

4 Comments

  1. sedap tu juju..ada udang, sotong, ketam..ratah gtu..tkpernh try lg serbuk telur masin bestari

    ReplyDelete
  2. Tepung bestari memang memudahkan kerja. Serius kan? pernah jugak buat menu ni. skrang ni tepung bstari dah jadi favourite. wajib ada kt rumah eheheh

    ReplyDelete
  3. Kalau akak dpt pun memang meratah la jawabya juju..nampak begitu menyelerakan

    ReplyDelete
  4. I want to buy this tepung bestari too. This ready made ingredient will make our life easier.

    Your dish looks really delicious.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)