Teruja juju nak berkongsi dengan anda betapa hebatnya bunga telang telah merubah persepsi juju dalam dunia kecantikan. Sebenarnya bukan di Malaysia atau Asia Tenggara sahaja terkenal dengan pengamalan bunga telang dari sudut kesihatan. 

Malah dari dunia kesihatan sendiri juga seperti negara Eropah telah lama mengamalkan bunga telang dalam pemakanan serta diet seharian. Contohnya seperti penyediaan salad, aiskrim, minuman teh mahupun sup.

Jikalau negara luar sudah membuktikan kejayaan menggunakan ekstrak bunga telang secara meluas, di Malaysia juga tidak ketinggalan. 

Pasti kita pernah melihat nasi berwarna seakan kebiruan menggunakan bunga telang, air bunga telang, kuih muih menggunakan pewarna asli dari bunga telang dan bermacam lagi. 


UniSeri produk kecantikan hasil penyelidikan UniK MICET

Untuk pengetahuan semua, UniSeri adalah rangkaian produk kecantikan wajah dan halal yang berasaskan bunga telang. Telah mendapat kelulusan dari NPRA & KKM dengan hasil penyelidikan UniKL Malaysian Institute of Chemical and Bioengineering Technolocy (MICET).

Menariknya, mereka mendedahkan kajian saintifik bunga telang seperti berikut:
  • ejen yang tinggi dengan antioksida
  • anti penuaan
  • meremajakan
  • mengembalikan kelembapan kulit
  • merangsang penampilan awet muda
Ernie Zakri pun pakai UniSeri

Wah! Banyak betul kebaikan yang juju ketahui. Patutlah bila juju pakai ramai yang tegur juju nampak lain sekali. Nampak berseri !

Ya, terima kasih puji. Nanti dibawah entry juju kongsikan apa perasaan menggunakan produk UniSeri ini okey. 

Juju sangat suka dengan artis Malaysia Puan Ernie Zakri, sebenarnya sangat kagum beliau sendiri amal produk UniSeri tau. Patutlah dia sentiasa nampak awet muda dan makeup pun sangat minima tetapi tampak manis bersahaja.

Produk UniSeri 

Dua produk dalam UniSeri yang juju sudah cuba selama seminggu lebih iaitu...
  1. Blu telang rejuvenate serum 
  2. Blu telang pore refining CC cream (color corrector perfect primer)
Bijaknya para penyelidik dari UniKL MICET menghasilkan produk berasaskan bahan semulajadi, berkesan dan sudah tentu ianya selamat untuk digunakan untuk semua masyarakat. 

Tahukah anda bahan aktif didalam bunga telang?

Selain melambatkan kesan penuaan, ia adalah ejen utama melindungi kulit daripada radiasi UV. Kesan radiasi ke atas kulit mana kita nampak betul tak, tapi UniSeri melindungi kulit dari bahaya tersebut.

Menarik kesan si bunga telang.

Nak lihat rupa cairan serum dan cc cream UniSeri. 
Lihat gambar dibawah, juju ada tunjukkan kedua-dua produk tersebut.
Serumnya berbau harum dan sedikit cair. Ia bertindak untuk cepat meresap,  water based dan tidak berminyak di wajah. CC cream atau senang kata primer + color corrector ni sangat membantu melindungi wajah dari kusam dan mengekalkan ketahanan makeup, sebelum sapu bedak pakai asas ini dulu. 

UniSeri Blu Telang Rejuvenate Serum 
Skincare asas sangat penting, adanya serum dapat memperbaiki & melindungi struktur kulit jauh ke dasarnya. Serum banyak bertindak sebagai agen pertama untuk mengawal terjadinya jerawat dan masalah kerengsaan di wajah. 

Hasil pemakaian serum UniSeri (water based) terhadap juju dapat rasakan kulit bertambah mulus, bermaya dan kelihatan sedikit muda. Ini yang rakan-rakan sendiri komen ya dekat juju. 

Jadi juju nak kongsikan kebaikan serum UniSeri yang juju amal. 

Kebaikannya:
  • Mengecilkan liang pori
  • Membantu mencerahkan kulit wajah
  • Menghilangkan jerawat dan jeragat
  • Tekstur kulit lebih anjal, sihat dan halus
  • Memudarkan parut jerawat dan jeragat
Kandungan bahan utama didalam Blu telang serum UniSeri. 
Ekstrak semulajadi sangat diberi penekanan. 

Tambahan info kebaikan serum UniSeri

Makeup akan kelihatan lama dan nampak tidak tebal. 

UniSeri Blu Telang Pore Refining CC Cream 
Selepas sapu serum, terus sapu cc cream. Ia bertindak sebagai primer dan corrector untuk lapisan pertama makeup, hasilnya makeup akan tahan lama, tak bercapuk dan solekan tidak nampak keterlauan tebal. 

Nak cuci pun senang, tak perlu berada didalam bilik air terlalu lama. 

Kebaikannya:
  • CC beads - bertukar warna dari asanya putih kepada tona kulit sendiri.
  • Merangsang pertumbuhan pertumbuhan kolagen
  • Mengecilkan pori-pori terbuka
  • Melembabkan dan mencerahkan kulit
  • Anti oksida dan anti penuaan
Kecil dan compact, senang dibawa kemana-mana sahaja. 

Tak perlu masa lama untuk nampak berseri, lepas sapu serum, terus sapu cc cream dan oleskan sedikit bedak tabur dan lipstick. Siap!

Tutorial bagaimana juju pakai kedua-dua produk UniSeri.

Berita gembira untuk semua pembaca.
Yay UniSeri ada sale!
Dua set promo tengah berlangsung, hanya RM105 sahaja.

Betul-betul jimat, kalau tak grab sale ni rugi. Hadiahkan kecantikan ekstra buat diri anda sendiri dan wanita-wanita seperti anda. Kerana dirimu begitu berharga. 

Untuk maklumat lanjut layari:

Facebook : UniSeri Malaysia
Instagram : @uniseri.my
Website : www.uniseri.my


7 Comments

  1. Wooowww Bunga Telang gituu. Macam best jer ni. Biasa kalau Bunga Telang ni KakYa ingat orang buat bagi warna nasi kerabu hehehe. Menarik gak produk ni kan Juju. Nanti KakYa gi usha okey. Tq Juju sudi kongsi manfaat produk buat pembaca blog. Moga bermanfaat buat kita. Blh la pakat2 try nanti.

    ReplyDelete
  2. Setau nad bunga telang ni orang buat air kan.. Ni dh ade produk. Pergh bagus juga ye utk kulit.. Menarik sangat ni

    ReplyDelete
  3. Comel je packaging dia, igtkan bunga telang utk nasi kerabu je haha byk benefit dia

    ReplyDelete
  4. Wah! Menarik nih... Tak expect pulak bunga telang pun banyak khasiatnya daripada aspek kecantikan ya Juju... Kalau sebelum ni, cakap pasal bunga telang je hanya boleh imagine penggunannya dalam penghasilan nasi kerabu je... Hehehehe...

    ReplyDelete
  5. Tgk bunga telang...terbayang nasi leravu ja..rupanya sibunga telang telah melebarkan pengunaannya utk skincare..

    ReplyDelete
  6. Bnyk khasiat uniseri ni...cm nk cuba jugak..

    Jemput singgah Blog mommylin.com ye 😘

    ReplyDelete
  7. Glowing Kak Juju. First time dengar pasal ekstrak bunga telang.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)