Tadi juju dah kongsikan entry resipi Korea halal klik Sundubu Jjigae, jadi entry seterusnya hari ini #juliamasak Gochujang Stew Daging. 

Baru taip pun dah meleleh air liur. 
Sedap bunyi daging tu sudah tentu. Ganding pula dalam stew gochujang lagi bertambah terangkat tau.

Dua kali masak masakan Korea, juju dapat rasakan pengalaman sangat berharga. Mudah sajian Korea sekarang di Malaysia sebab nak dapatkan sumber bahan halal Korea makin mudah. 

Dalam online banyak di jual, nanti akhir sekali juju share link dekat mana juju beli bahan tersebut okey.

Nampak bahan-bahannya, senang je jom cuba buat.

Gochujang Stew Daging Korea 

Bahannya:
2 sudu besar pes Gochujang
1 sudu kecil Gochugaru 
1 sudu kecil sos ikan 

1 sudu besar minyak zaitun (menumis)
1/2 biji bawang holland - hiris halus *
2 biji bawang putih - hiris halus *
1 biji tomato biji sederhana besar - racik halus *

1 set tofu telur atau tofu lembut
1 sudu kecil biji bijan
Daun bawang atau daun sup

Cendawan butang - belah 2
Kubis panjang - hiris tebal
Air setengah periuk
Daging 2 genggam tangan - rebus dulu buang air lemak daging, basuh dan hiris nipis.

Cara memasak:
Tumis bahan bertanda *, selepas bawang kekuningan masukkan tomato. Bagi tomato tu garing sampai keluar air juicy dia sendiri. Api kecil ya.

Masukkan air, pes Gochujang dan Gochugaru serta daging. Biar mendidih dalam 5 minit.

Kemudian, masukkan ke semua sayuran dan bahan lain. Reneh dalam 5 ke 10 min gitu. Kubis panjang tak mudah hancur ya. Tu sebab boleh buat makan dua hari.

Siap, boleh dihidangkan dengan tabur biji bijan.
Masuk hari kedua kami makan, lagi sedap sebab dah mesra kuah tu kan. 

Hidangkan dalam mangkuk. 
Kalau ada mangkuk hitam hot plate bowl ala Korea tu lagi cantik. 

Dah buat sekali mesti kau rasa nak buat lagi. 
Memang berbaloi belajar buat sekali.
Rasa gabungan tofu lembut, daging lembut, kubis tu wallaaa sangat.

Walaupun tak ada kimchi, pandai-pandaila nak adjust ya.
Sebab pes Gochujang tu dah sedia sedikit masam.
So tak buh kimchi pun bagi aku okey je.

Tetap rasa Korea! 
Selamat mencuba versi menu sihat. 
-------------------------------------
Beli bahan halal di Shopee
Gochugaru - link
Gochujang -  link 

4 Comments

  1. Tak pernah rasa lagi..nampak macam sedap tu ha...Kak SA nak cuba la buat...

    ReplyDelete
  2. Woww Korea mariiii maaa ... KakYa tak biasa sangat ngan makanan Korea ni Juju. Al maklum laaa tekak melayu hahaha. Kalau Ramen tu pon KakYa layan la sesudu dua .. Yang ni tak pemah try. Nnt KakYa gi umah Juju laaa makan sana hahahaha..Juju masak tau untuk kakak sayang boleh??

    ReplyDelete
  3. Naniey tak reti makanan korea ni tapi teringin nak rasa yang nampak ala2 tomyam ni. Nampak sedap..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)