Woww! Rumah idaman masa usia emas, berangan tak salah kan. 
Tanah kat kampung dah ada.

Aku dah lama tak kongsikan pasal rumah kondo yang aku duduk sekarang, saban hari ada je pembaca email julia tanya pasal kontraktor buat plaster siling lah, buat dapurlah, buat partition rumah lah. 

Ya banyak betul komen dan pertanyaan melalui email.

Musim ini walaupun MCO, ramai masuk rumah baru. Tahniah semua.

Dulu aku banyak kongsikan di blog macam mana aku beli rumah dan cara ubah suai rumah mengikut bajet aku sendiri. Akan tetapi, baru-baru ini aku terdengar satu kisah benar dari seseorang ya.

Kisah benar... perit, tapi bacalah buat pedoman.

Beliau baru sahaja kena tipu dengan kontraktor yang dia langgan untuk bina rumah, duit hangus, pekerja lari dan pelan masih tak siap ikut masa dan jadual yang dipersetujui.

Bukan sikit kena tipu, beratus ribu woiii... ingat senang nak kumpul duit sebanyak itu? Hangus dalam tak sampai setahun, menyesal pun tak guna bila mana tahu kontraktor berkenaan tak berdaftar. 

Hanya dapat melalui rekemen kawan sendiri. Mungkin kebetulan masa itu rumah kawan dia buat okey, sampai dekat dia nasib tidak menyebelahi dia sendiri. 

Pedih dengar, nak buat report polis pun makan masa. Belum tentu dapat balik wang berkenaan kan, itu kalau dapatlah. Kalau tak dapat sampai langsung tak ke temu kontraktor tu semula mau putih mata si kawan tu.
Nusara Bina PMC syarikat berdaftar, ada pejabat sah terletak di Kota Damansara PJ Selangor. Nak baca kes kedua? 

Kes mak aku sendiri terkena? 
Teruskan membaca... lagi sadis ooo. 

Kes mak aku...
Ini kisah benar juga, sebab aku teringat beberapa tahun lepas mak aku sendiri terkena dengan satu geng kontraktor yang dia kenal dari kenalan dia juga.

Mak aku ni kumpul duit dekat bertahun tau semata nak buat dapur baru. Dia nak buat extend dapur jadi luas. Dapur lama dia tersangatlah uzur, sampai nak simpan barang & gadget dapur pun sangat sempit. 

Bila duit dah cukup, dia diam-diam pi tempah dengan pekerja buruh yang berlakon sebagai kontraktor bina rumah. Aku banyak kali pesan kat dia kaji dulu latar belakang orang buat rumah tu, betul ke boleh dipercayai?

Sekali mak aku telefon, suara dia cemas.
"Julia, mama pelik kenapa mama call orang tu suh datang kerja buat dapur mama masih tak siap ni lepas raya, dekat seminggu dah ni terbengkalai".

Sampai dekat 1 bulan terbengkalai dapur mak aku. Tekanan aku nak selesaikan masalah mak aku tu sebab dekat RM... gak hangus dibawa lari. (Aku rahsiakan ya, aib mak aku tu).

Heyyyy geram tau mak aku sendiri kena tipu hidup-hidul. Apa nak buat, mak aku sendiri tak mau report polis, banyak kali dah aku nak bawa kes ni ke atas muka pengadilan. Akan tetapi sebab atas kesalahan mak aku gak amik orang yang tak ada rekod syarikat berdaftar, sah-sah salah kita sendiri.

Jadi ambil iktibar dari dua kes benar diatas ya. Julia tak nak korang pun terkena. Impian nak ada rumah idaman, dah beli rumah nak hias itu ini, nak tambah itu ini semua pakai duit, bukan sehari dua kumpul betul tak?
Kita nak macam inilah, ada pereka yang tolong realisasikan angan-angan rumah baru dan apa jua rekaan luaran dan dalaman rumah. 


Nusara Bina PMC - syarikat sah berdaftar 
201001014251 (898485-M)
Aku cadang dekat kedua-dua orang kes berkenaan ambil khidmat dengan Nusara Bina PMC. Syarikat kontraktor ini dimiliki oleh 100% Bumiputera.

Berpengalaman luas dalam pembinaan & seni bina design rumah. Pejabat dia pun ada, ada pekerja-pekerja di tugaskan untuk melayan kehendak kita. 

Nak design rumah macam mana, nak extend rumah ke, dapur baru ke, nak buat plaster siling ke aku rekemen buat dengan Nusara Bina PMC. 

Aku bab mengkaji ni beri kat aku, sampai ke tulang aku kaji. Aku buka website Nusara Bina PMC ni banyak dia senaraikan projek lepas jenis pembinaan apa dia lahirkan. 

Antaranya :
1. Klinik Kesihatan Daerah Gombak
2. Design bagi pejabat PUSPAKOM
3. Chalet di Pulau Sayak, Pulau Pinang

Bermacam lagi lah projek lepas Nusara ni, macam inilah kita nak. Ada rekod depan mata, tak adalah cakap pung pang pung pang bukti no hado ! Ehhh marah pulak, bukan apa aku tak nak korang leburkan duit dekat salah kontraktor lagi. 

Ni aku tunjuk jalan dah, selebihnya korang fikir dan acu pelan nak tempah dengan kontraktor yang bukan menipu di kemudian hari, jadi aku suggest kat mak aku juga tau. Tak adalah kena tipu kali kedua. Pening oooo, sian orang tua aku tu. 

Lihatlah sendiri bukti hasil kerja dari kontraktor Nusara Bina PMC 👇

Dapur, cantiknya rekaan dapur ni. Mak aku tengok pun dia terbeliak. Bukan setakat dapur, nak buat build in wardrobe, wiring, almari kasut dan apa sahaja tanya je kontraktor ni dia boleh design depan mata kita. Sampai puas hati baru boleh proceed. 

Soalan paling popular saban hari orang dok email aku, julia boleh share nama kontraktor yang boleh buat plaster siling rumah dan pejabat? Okey ini dia buktinya. 

Kemaskan plaster siling dalam proses? 
Nampak teratur tu. Kalau basic macam ni dah cun, kalau dah siap? Wowww!

Rumah dah duduk lama, nak juga rasa feel duduk rumah baru. Mereka pun ada kakitangan yang boleh cat semula bumbung rumah, cat rumah tau. Senang!

Lantai simen rumah mak abah aku banyak pecah, aku ingat nak belanja la tiles baru untuk rumah diorang nanti kasi nampak cun. 

Di pejabat Nusara Bina ada disediakan sampel tiles rumah. Tinggal pilih dan beri keluasan lantai rumah. Kalau tak tau, haa korang deal la dengan diorang datang ukur. 
Bukan setakat itu, nak khidmat belikan tong cat pun boleh. Boleh kata semua benda pasal bina & dekorasi rumah atau pejabat korang tanya je pihak Nusara Bina. 

Confirm jadi! Duit tak lebur hangus macam itu je.

Okey, hilang satu beban kat bahu aku selama ini kisah pasal impian buat rumah dan hias rumah dengan perkongsian jujur aku kali ini. 

Bila dah dapat syarikat kontraktor yang jujur, aku kena kongsi supaya bukan setakat mak aku terbela, tapi kawan-kawan dan pembaca senyap aku tak kena tipu atau kena tipu kali kedua, ketiga dan seterusnya.

Aku doakan...
Bagi yang sedang masuk rumah baru, aku ucapkan tahniah. Bagi yang belum beli rumah tapi ada tanah dan nak beli tanah aku doakan impian dan angan-angan korang tu berjaya suatu hari nanti. 

Satu tips aku nak bagi tahu, mulakan dengan tabungan kecil dan berikan komitmen sepenuhnya untuk tabung berkenaan.

Baru kau akan rasa apa aku rasa, miliki rumah idaman dan deko hiasan dalaman yang diidamkan selama ini tercapai.

Untuk maklumat lanjut, layari lebih lagi info dibawah. 

19 Comments

  1. Bab kontraktor ni mmg kena pilih betul betul. Salah pilih, tepuk dahi..

    ReplyDelete
  2. Cantik hasil kerja dia. Memang puas hati kalau gini

    ReplyDelete
  3. Tq juju share . K.Sal tengah meninjau² jugak ni tuk hal ehwal deko². Nak buat sendiri tak reti .. huhuhu

    ReplyDelete
  4. Memang scary. Bagus info nih. Dulu masa nak buat dapur pun, puas survey betul-betul. Apatah lagi majo reno mcm ni..

    ReplyDelete
  5. Setuju.. kena betul-betul pilih kontraktor. So far memang Nusara ni bagus. Tiada kos tersembunyi

    ReplyDelete
  6. Tgh Cari kontraktor juga nak renovate rumah. Kdg tu lah risau jd kes2 mcm ni...kdg Kita pun xpasti diaorg tu mmg betul2 kontraktor berdfatar atau Tak kn

    ReplyDelete
  7. Bagus bila ada info camni .. Lagi mudah untuk kita buat pilihan yang tepat. Takut gak kalau kain pilih jer tapi tak tahu ok ke tak cara kerja dioarang. Bila baca info yamg bagus camni kita nak lokih pon takde rasa takut2..

    ReplyDelete
  8. Kan, kena hati2 memilih kontraktor. Nusara Bina terbaik

    ReplyDelete
  9. Memang kena pilih betul-betul kontraktor supaya tak kena tipu. Kaji latarbelakang kontraktor terlebih dahulu sebelum buat keputusan

    ReplyDelete
  10. Ye, nad pun tengah duk usha ni nak renovate rumah. Nusara ni dah masuk dalam list

    ReplyDelete
  11. pasal ni pun kita risau.. teringin nak buat rumah kat kg kalau ada rezeki nanti.. tapi duduk jauh dr kg ni senang ke nak pantau kerja2 org buat rumah ni yea?ke serah pada kontraktor jee?

    ReplyDelete
  12. Sedih kalau dengar atau baca cerita orang kena tipu dengan kontraktor rumah. Bab-bab rumah ni bukan makan belanja sikit-sikit. Nak kena menyimpan dulu.

    ReplyDelete
  13. boleh masuk list antara contractor pilihan ni kalau macam ni.

    ReplyDelete
  14. Yes. Have to choose a reliable contractor...otherwise money will go down the drain.

    ReplyDelete
  15. cite pasal kawan rekemen ni, saya pernah la terkena ngan kontraktor yg buat kabinet..kabinet org lain x sampai 2 minggu dah siap..saya punya 6 bulan x siap2. sampai asben maki2 konon kontraktor tu tp sbnrnya orang tengah yg amek untung angin..last2 kabinet dapur sy terbengkalai..mmg x sampai 10k kos dia tp sakit jiwa jugak nak kumpul duit balik utk buat & lantik org buat kabinet baru.,.,

    ReplyDelete
  16. Salam, Puan juju, kontraktor ni buat construction seluruh semenanjung ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalikumsalam, insyaAllah kot, ada nombor hp di atas boleh wassup mereka. Cuba tanya ya.

      Delete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)