Apakah senarai top 5 shopping kategori yang kita belum ketahui yang paling di cari dalam sosial media? Ya termasuk juju pun nak tau sangat top 5 yang dicari dalam website.

Tapi nak yang terus sampai ke ruangan carian, terkadang bila kita buat carian umum, barangan atau produk yang kita pilih selalunya tak jumpa, sentiasa sold out dan harga tak restu sebab tak kena bajet. 

Jadi, pilihan 5 top kategori shopping online kena bajet juju senaraikan 5 pecahan di bawah. Jom kita menerawang ke web-web sah berkenaan. 

1. Home & Living

Hasil tinjauan ramai dari kalangan kita semua suka dengan barangan dekorasi dan barangan susun atur sama ada di ruang tamu, dapur dan bilik tidur. 

Paling popular carian jenama dibawah. Kebanyakkan jenama di bawah juju sendiri beli dan pakai tau. Contoh Akemi, cadar dan bantal kebanyakkan dalam bilik tidur juju dan anak adalah dari jenama Akemi, manakala dari sudut susun atur bekas dalam peti ais banyak borong dari Elianware.

Barangan dapur juju sendiri beli pun dari jenama Tefal & Philips. Ke semua jenama di bawah juju sedang guna. Kagum sebab puas hati gunalah juju kongsikan link dibawah senang anda cuma klik link biru tu dan terus pilih pilihan hati. 

2. Health & Beauty

Bila masuk sudut kesihatan dan kecantikan, dua keywords ini memang paling di cari oleh kita semua. Nak baju lelaki dan wanita, nak barangan bilik air, nak beli pakaian menutup aurat seperti tudung, stoking muslimah, stoking lengan dan bermacam lagi.

Juju kongsikan beberapa link terus untuk kalian buat pembelian, rata-rata inilah link yang juju suka dan selalu masuk bakul haha. 

Kadang tu nak cari baju kerja sudah tentu nak cari muslim fashion. Kurta, sejadah, jubah pun banyak tau. Lagi-lagi menjelang musim Ramadan dan Syawal, sudah tentu link ini memudahkan anda membuat pembelian persiapan baju raya, kuih raya mahupun aksesori.

  • Baju wanita & lelaki muslim bawah RM50 pun ada - link
  • Stoking muslimah - link
  • Skin care - link 

3. Groceries & Pet

Sebut sahaja barang dapur, sah kita kena sediakan senarai groceries panjang lebar. Terkadang tu terlupa nak catat. Lagi-lagi kita dalam keadaan yang sangat sibuk dengan pekerjaan. Dengan list link dibawah, tak payah pening lagi dah tertinggal barang penting.

Barangan kelengkapan penjagaan haiwan seperti kucing, ikan dan lain-lain pun banyak disediakan dalam satu link ini. Juju pun baru-baru ini baru berjinak-jinak bela ikan laga. Jadi makanan ikan dan penjagaan haiwan juju beli di link dibawah. 

  • Kelengkapan dapur - link
  • Makanan kucing (cat food) - link 
  • Pet care - link
  • Pet fashion - link

4. Baby & Toys

Kelahiran bayi baru atau nak cari hadiah baby untuk keluarga mahupan rakan-rakan tersayang senang dah sekarang. Berbanding dulu kita kena menapak mencari bermacam jenis kedai barangan baby kalau nak beli pampers, susu baby, puting baby, permainan dan lain-lain.

Kini juju sediakan link ini untuk anda buat pembelian mudah. Sambil berpantang dirumah pun boleh klik-klik beli tau. Esok lusa sampai parcel. Kan senang camtu.


Ini antara link kegemaran juju kalau nak survey hadiah baby baru lahir. Mana tahu kalian tengah mencari permainan baby dan hadiah untuk diberi pada yang tersayang.

Fisher price, Genki, Petpet, Drypers, Poney, Anmum, Huggies, Johnson & Johnson dan bermacam lagi jenama yang disukai klik direct terus SINI

5. Mobile & Gadgets

Akhir sekali inilah paling tertinggi carian, mobile dan gadgets. Sekarang kita kena pilih website mana yang jual betul-betul jujur dan tak menipu. Jadi juju nak kongsikan link yang juju selalu intai dan beli sebab website ini adalah web rasmi. 

Nak pilih jenama seperti Samsung, Huawei, Xiaomi, Oppo, Vivo, Realme dan bermacam lagi kategori jenama dimasa kini, web rasmi ini sangat membantu kita semua. 


Mobile & Gadgets - link

Jadi inilah top 5 shopping kategori yang kita tak tahu sekarang semua sudah tahu. Ke semua link yang juju kongsikan sudah semestinya dari kategori rasmi dan kita tak rasa ragu-ragu untuk buat pembelian. 

Juju sekarang sedang mencari rak bertingkat untuk susun atur pokok-pokok hiasan baru tanam di antara ruang tamu dan ruang makan. Jadi carian link home & living sedang giat dengan rancaknya haha. 

Selamat bershopping bijak semua! 💗

1 Comments

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)