Bila kawan baik kau tanya, "Kak juju oh kak juju dekat mana nak buat spek mata dekat KL ni. Harga berbaloi tapi nak yang lain dari yang lain." Tinkkkk! 

Terus aku teringat dekat oppa wajah ala-ala Korea Mr William Eye Pro Vision. Seingat juju dalam tahun 2018 juju teman suami ke sini untuk buat cermin mata klik SINI. Sampai sekarang suami dok pakai elok dan kurang rasa pening dia tu. 

Jadinya, aku cadang ajak teman-teman sepejabat terus ke Sungai Wang Plaza, Kuala Lumpur. Kedai Eye Pro Vision ni terletak di aras G111. Lokasinya tak berubah pun, tetap sama. 

Terus aku masuk, bertanyakan salah seorang staf di situ. 
Encik William ada?
Eh, saya macam kenal lah akak ni. Akak pernah datang kan dulu?
Ya, betul hehe ehhh dah lama betul saya tak datang ingat lagi ye, ehh malu saya haha
Terus staf situ call Encik William (director), tak lama selepas tu dia datang terpandang kami bertiga tunjuk simbol love ala-ala Korea tu weh hahahaha so sweet guy Mr William ni. 

Dah lama tak datang pun dia ingat lagi customer lama dia, terharu! 😱
Nampak kan promo diatas tu. 
Ramai kawan-kawan pm tepi juju tanya rupa kedai dia macam mana? Ini dia, korang save atau screenshoot je gambar ni dari blog juju je, halal okey.

Nak beli cermin mata ni kita kena kenal fungsi mata kita, cahaya apa patut dan tak patut di terima sewaktu kita mengendalikan komputer mahupun dalam apa jua keadaan sekalipun. Lagi-lagi yang bercermin mata setiap masa. 

Juju pun ada tau cermin mata khas untuk guna komputer dalam masa yang lama.  

Aku lihat, bukan setakat Encik William je ramah tamah, staf-staf beliau semua sangat membantu dan ringan mulut mix matchkan bingkai yang di idamkan oleh kawan-kawan juju tau. Nampak mereka sangat membantu, berinfo dan cepat servis. 

Cadangan pemilihan bingkai cermin mata dengan wajah oleh pakar cermin mata sendiri. 

Lepas penerangan lengkap di beri, masa inilah seronok nak cari bingkai cermin mata pilihan hati mengikut trend terkini tau. 

Rakan-rakan sendiri ambil masa sehabis baik untuk buat pilihan yang kena di wajah sendiri. Ada bingkai warna rose gold, gold, silver mahupun hitam. Kalau nak warna warni pun ada soft look bagai pun juju tengok pun cun juga kalau kena dengan wajah.

Menariknya, mereka di beri layanan dan cadangan bingkai dan rupa cermin mata mana yang sesuai dengan wajah mereka. Sudah tentulah pemilihan kena dengan umur dan nak tampak muda betul tak.

Jadi pilihan tepat sudah dipilih dan dicadangkan oleh pakar cermin mata, mereka puas hati dan nak tengok hasilnya?

Tunggu akhir entry ini ye. 

Teruskan membaca apa yang menarik dalam cermin mata Alpha Blue 420. 

Kelebihan Alpha Blue 420 yang perlu kita tahu!

  1. Cermin nipis - spek ringan sungguh tak rasa beban dekat mata. 
  2. 12 lapisan coating - lebih tahan lasak dan tak mudah calar.
  3. Warranty 1 tahun - coating terkopek? Datang terus sini dapat spek mata baru. 
  4. Kalis air - masa hujan dan cuaca sangat panas akan timbul wap air di cermin kan? Tidak bagi jenis ini. 
  5. Anti silau - sesuai memandu waktu malam.
  6. 100% tapis sinar UV - anak-anak yang suka mengadap gadget seperti game dan belajar guna gadget harus digalakkan guna untuk jaga mata. Bagi orang dewasa yang belajar dan bekerja mengadap PC dan hp dalam jangka masa panjang sangat bagus melindungi mata. 

Mata kawan juju sis Aida di test, masa ini dua kali ujian di lakukan pada beliau. Sampai rasa puas hati baru cermin mata di buat. 
Begitu juga dengan dik Aifa, penerangan lengkap dalam bilik khas untuk uji cermin mata baru. Nampak rakan-rakan selesa dengan penerangan dari Encik William. 

Aku pulak, tengah teman kawan-kawan pun asyiklah dok godek sana sini cermin mata kat sini. Walaupun juju bukanlah pengguna setia cermin mata (hanya guna waktu bekerja guna PC sahaja), tapi juju suka tengok bingkainya. Rupanya Tok Ti pun guna bingkai ni lah...waduh-waduh kena racun ni hahaha. 

Sebelum di proses, kawan juju akan pilih betul-betul dulu. Tak ada masalah lah nak duduk lama dalam kedai diorang, diorang sangat sporting lihat keletah kami yang sana sini dok mencuba cermin mata. Hehe. 

Wow....kagum jap lihat photo di tampal, bila artis-artis Malaysia pun datang sini buat cermin mata. Elizabeth Tan sama Shila Amzah wehh, phewiiitttt !

Aku memang sangat suka bergaya kalau pergi holiday, aku peminat cermin mata jenis avatar. One day fine, nak buat kat sini warna soft pink tu. 

Cantik macam warna nude je, alahaiiiii melting sungguh ni cakap. Aku kalau posing guna cermin mata jenis ni kalau snap dalam gambar perghhhhhhhhhhhh lain macam hahaha. 

Ramainya orang masa ni, kami pi waktu lunch break hari bekerja tau konon nak elak waktu pick hour. Ramai juga pelanggan dia, walaupun ramai tetap layanan satu-satu orang diberi dengan baik. Jarak pun di jaga waktu MCO ni. 

Dalam masa lebih kurang 1 jam, siap dah cermin mata mereka semua. 
Yeyyyyy! Nampak muda dan elegan kan. Cantik sungguh!

Close up, Aida dan Aifa dengan cermin mata idaman hati bersama Alpha Blue 420 dalam cermin mata mereka. 

Our sincere review

Video klik 👇


Masa keluar dari kedai Eye Pro Vision menuju ke kereta, kawan-kawan sendiri berkata:
"Bestnya juju, nampak jelas sangat sebelum ini punya cermin mata. Beza sangat, dah lah bingkai pun banyak pilihan. Thank you juju, happy we all"

Sebenarnya nak big thanks dekat Encik William di Eye Pro Vision. Dengan servis dan barang yang berkualiti setanding dengan wang yang dilaburkan, for sure pulangan yang kita dapat adalah kepuasan dan menjimatkan masa, wang dan tenaga. 

Seronok dapat cadangkan dekat kawan-kawan. 
Jikalau korang nak buat cermin mata dan nak cadang dekat keluarga tersayang mahupun rakan kenalan, juju cadangkan korang datang ke sini. 

Pasti korang rasa apa suami dan kawan-kawan juju sudah rasai. Thank you so much Eye Pro Vision, nanti kami datang lagi tau ! 😘😘😘

Tempat: 
Eye Pro Vision
G111, Sungei Wang Plaza, Jalan Bukit Bintang, 
55100 Kuala Lumpur.

Kedai dibuka setiap Isnin-Ahad (termasuk cuti umum)  
11.00 pagi – 8.00 malam.

Maklumat lanjut: 
Encik William 016-3771304

8 Comments

  1. Juliajohari terima kasih info yang sangat baik. Dalam masa 2 tahun ini saya dah 3 kali tukar cermin mata akhirnya saya pakai yang lama. Ada masa saya nak pergi juga.

    ReplyDelete
  2. kak ana memang tengah cari spec baru ni lepas pkp hari tu lagi Juju, boleh lah nanti try sini :)

    ReplyDelete
  3. Jauh kak, kalaulah dekat kita dah sampai dah ni. sebab memang tengah nak buat spek baru, yang sekarang ni dah bersalotep bagai dah.

    ReplyDelete
  4. Trend spek bulat-bulat sekarang.

    ReplyDelete
  5. wahh. pasni boleh try datangg sini . macam best je servis nya . siap director turun. power la aura kak juju

    ReplyDelete
  6. Memang murah kat sini, kena pergi jugak ni buat spek baru!

    ReplyDelete
  7. Eh kami pun buat dekat sini juju.. Order online ja... Bagi latest power yg kami pi test dekat optometrist.. Then buat dekat depa.. Mmg bagus.. Servis cpt.. Yg shades avatar yg juju ckp tu berapa eh.. Mcm berminat gaklah😜

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)